Posts

Es werden Posts vom Januar, 2012 angezeigt.

Bila agaknya kita akan jumpa,ye?

Bild
Bilakah agaknya kita akan jumpa..
Entah..aku tak tahu..
Dengan amalan diri yang tidak seberapa mana..
Sunnguh aku tak tahu..


Bila agaknya kita akan jumpa..
kadang-kadang rindu ini  buatkan empangan air mata berkali-kali pecah tak terkira..


Mampukah untuk aku bertemu dikau ya habibi..
Rasa sangat tidak layak..
Namun aku terlampau ingin berjumpa..
Engkau pembawa rahmat kepada seluruh alam..
Hadiah dari yang Esa pada hambaNya..


Sunngguh...aku benar-benar tidak tahu bila kita akan berjumpa..
Namun..aku akan simpan rindu ini..
Aku akan buatkan apa yang aku mampu..
Untuk meraih cintaNya..
Supaya suatu hari nanti...dengan rahmatNya  akan Dia pertemukan kita..
Di jannah sana..



Kembali padaNya

Bild
Kembali padaNya.. Keperluan kita.. kerana dosa yang bertambah  walaupun dalam usaha untuk cuba menambah pahala akhirat dengan gunakan dunia..
Namun kita INSAAN.. yang pastinya akan melakukan dosa.. sehinggakan Saidina Abu Bakar r.a sendiri pun,  sentiasa mengingatkan orang sekelilingnya  supaya mengingatkan dirinya, jika dia kelalaian.. kerana ini hakikat yang di sedari dan dihadamnya.. yang INSAAN....takkan mampu lari dari kesalahan..
Jika insan yang  imannya melebihi seluruh umat ini akur dan kembali pada penciptaNya yang Maha Kuasa.. bagaimana pula dengan kita yang kerdil ini?.. Masih mahu sombong pada Dia? Ayuh! Lajukan langkah berbuat sesuatu yang boleh  menyebabkan diri kita dapat menggapai RedhaNya yang Maha Esa, Pemilik seluruh Alam ini.. InsyaAllah!

Panjat Jom, apa tunggu lagi?..

Bild
Isnin. 9 Jan 2012. Kuliah Managing Complexity-Last day of lecture.

Kuliah yang sebelum ini saya rasakan ada tak sampai 0,1% pun pekdahnya(baca=faedah) dalam hidup ini. Kenapalah saya pergi register untuk kuliah nie..huhuhuh...buhsan tahap yang bergaban-gaban (oops, maafkan atas kekurang cumilan bahasa).

Tapi entah kenapa, hari yang terakhir kuliah ini, ada satu perkara yang Mr Noel Spare katakan yang menggamit sanubari nih..Jika kita Cuba memperbaiki kualiti,hasil yang akan kita dapat adalah produk yang bagus, tanpa ada pembaziran masa, tenaga, dan wang. Ini adalah rahsia kejayaan negara Jepun, yang mana mereka menitik beratkan kualiti berbanding kuantiti. Kualiti yang bagus akan secara otomatiknya menghasilkan kuantiti dan memastikan kuantiti itu berkekalan dan bertambah.(*note : ada beberapa penambahan dan pengeditan berdasarkan pemahaman yang dapat di tangkap waktu kuliah terakhir)

Zasss..satu persatu flash back tentang image maratib amal datang menjengah ke dalam otak ini entah kenap…