Posts

Es werden Posts vom März, 2012 angezeigt.

Hati terkilan, kepala pun sakit..

Bild
Di tengah hiruk pikuk airport Dubai, saya melangkahkan kaki bersendirian menunggu transit kapal terbang yang lamanya selama 12 Jam. Kiri kanan saya lihat kemewahan. "waah, kaya sungguh orang-orang disini". Namun di sebalik kecantikan sinaran kemewahan itu, saya terasa terkilan. Sungguh terkilan. Terkilan bukan kerana tidak memilikinya, tapi terkilan kerana saya tidak punya daya untuk memberitahukan pada saudara saya sendiri : Kenapa tidak dibantu saudara kita lain yang memerlukan? Kenapa boleh di bina hotel yang gah berjuta juta harganya, tapi saudara sendiri kita lupakan. Mereka terseksa,mereka diseksa, dan kita hanya biarkan sahaja? Astaghfirullah.... Lihat syria, lihat palestin. Siapa kita yang mangaku sebagai saudara, atau adakah kita hanya sebagai pemerhati perlawanan bola, yang hanya akan bersorak tika pasukannya menang, dan mencemuh jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ? Owh , bukanlah salah untuk sedikit bermewah kerana itu rezeki dari Allah, Tapi ingatlah..…