Hati terkilan, kepala pun sakit..
Di tengah hiruk pikuk airport Dubai, saya melangkahkan kaki bersendirian menunggu transit kapal terbang yang lamanya selama 12 Jam. Kiri kanan saya lihat kemewahan. "waah, kaya sungguh orang-orang disini". Namun di sebalik kecantikan sinaran kemewahan itu, saya terasa terkilan. Sungguh terkilan. Terkilan bukan kerana tidak memilikinya, tapi terkilan kerana saya tidak punya daya untuk memberitahukan pada saudara saya sendiri : Kenapa tidak dibantu saudara kita lain yang memerlukan? Kenapa boleh di bina hotel yang gah berjuta juta harganya, tapi saudara sendiri kita lupakan. Mereka terseksa,mereka diseksa, dan kita hanya biarkan sahaja? Astaghfirullah.... Lihat syria, lihat palestin. Siapa kita yang mangaku sebagai saudara, atau adakah kita hanya sebagai pemerhati perlawanan bola, yang hanya akan bersorak tika pasukannya menang, dan mencemuh jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ? Owh , bukanlah salah untuk sedikit bermewah kerana itu rezeki dari Allah, Tapi ingatlah..Allah akan persoalkan kita, kemana kita habeskan wang itu walaupun jumlahnya hanyalah satu sen semata di sepanjang perjalanan hidup kita.
Kaki ini melangkah lagi..menuju ke musolla yang berhampiran..
Ramai sungguh yang sedang bersolat, berkemungkinan mereka juga mereka baru turun daripada kapal terbang...Owh bila ditanya, ada yang ingin menegejakan umrah. SubhanAllah Alhamdulillah..sungguh jeles. Moga Allah berikan diri ini peluang masa dan kesihatan di masa hadapan untuk turut mengerjakannya. Namun , sekali lagi diriku terkilan. Terkilan bukan kerana diri ini sangat teringin untuk umarah bersama tapi tak dapat peluang. Tapi terkilan kerana lebih daripada 80% dari mereka adalah warga emas. Mana perginya anak muda? Kekangan Kerja? Bersukaria? Beginilah keadaannya, jangan katakan umrah, hendak bersolat di masjid berjemaah pun kita dapat lihat..siapa sahaja yang datang. Hanya mak-mak dan bapak-bapak yang sudah pencen. Terkilan. Terkilan. Kenapa ini jadinya? Banyak rezeki yang Allah limpahkan pada mereka yang bergelar anak muda. Tapi kemana habesnya wang dan masa mereka? Hanya diri sendiri yang mampu menjawabnya.
Sungguh, diri kita ini milik Allah saudara-saudaraku. Jangan sampai Allah tarik kembali apa yang kita ada, baru kita mahu terngadah. Tiada ruginya jika bersolat jemaah di masjid. Takkan lari tempat kerja yang di kejar. Takkan hilang rezeki jika Allah sudah tetapkan jika ianya milikmu. Tidak rugi, jika habeskan masa mendengar kuliah, daripada melepak bershopping hingga pukul 12 malam. Tidak rugi duit yang disedekahkan daripada membeli barang 'brand new' yang mengikut setiap 'season'.
Allah..Allah...Longlai sungguh jiwa ini memikirkannya. Tak sangka sungguh saya begini rupanya diri kebanyakkan dan jiwa saudara-saudara kita. Sungguh semakin parah dan semakin lemah. Yang mereka nampak hanyalah indahnya dunia.. Dunia itu indah belaka tiada yang buruk. Ya, ianya indah, indah hanya bagi sesiapa yang kurang tahu menilai, apa itu indahnya syurga di akhirat sana. Dan disebabkan dunialah...kita akan menjadi insan yang lemah selemah-lemahnya, jika kita tenggelam dalam arusnya yang tidak kemana. Jadi, pilihlah jalanmu saudaraku. Mahu "MENANG", atau "KALAH" di hadapan tuhanmu nanti?
"Maka apakah orang yan berpegang kepada keterangan yang datang dari tuhannya sama dengan orang yang dijadikan terasa indah perbuatan buruknya yang mengikuti keinginannya?" (Surah Muhammad, ayat 14, (47:14))
Kommentare
Kommentar veröffentlichen