Posts

Es werden Posts vom September, 2013 angezeigt.

Bila mesin menjadi murobbi sementara #1

"Ok kit naikkan suhu ke 900 darjah celcius" kata ketua technician..

"Nadiah, ambil cermin mata nih dan pergi 'observe' nyalaan api hari nih"

Telan air liur. Biar betik mamat nih. Kalau harituh suhu 400 darjah pon macam nak pengsan, ini kan pulak 900.

Takpe jangan risau, 'flame' tuh kat dalam tempat membakar katanya. huh, sungguh rolling the eyes.

Dengan langkah longlai..saya membontoti..

Sampai di hadapan mesimn pembakar tuh, lubang kecil dibuka dihadapan mesin tuh, dan saya disuruh melihat..

Bahang panas tak terkira. Kering habes lotion muka yg saya pakai pagi tadi.

Kemudian saya melihat.

Api.

Membakar dengan rakus bahan bakarnya. Banyak bahan bakarnya.
Sudah mula bertukar rupa. Api yg diberi adalah bersuhu 900 degree celcius.

Tapi kata pakcik technician "owh dalam nih panas lagi cik. Kadang cecah 1200 degree celcius".

Saya menelan air liur. Panasnya bisik saya dalam hati.

Tiba-tiba saya merasakan kehibaan.

I wish everybody could see this…

Moh Kita tampor diri sejenak #2 - Kerana ego itu rahsia jiwa

Jiwa yang dekat dengan Allah akan cuba menjauhi ego.
Ya sukar untuk elak bukan. Sememangnya sukar kalau kita sekadar mengelak bukannya mencantas.
Syaitan itu pandai. Akan di beri nafsu kita berjuta juta lemon pilihan untuk ke neraka. Dan ego salah satu cabang besarnya. Ianya yang menjadikan Qabil sanggup membunuh adeknya. Membuatkan Abu Jahal mengherdik anak saudaranya, Nabi yang mulia.  Menyebabkan ayah sukar menerima nasihat anaknya. Menyebabkan berdesingnya telinga kita sampai kejiwa tatkala dicabar kredibiliti kita di cabar oleh manusia yang bernama sahabat fillah.
Jadi ego ini perlu di cantas. Cantas habes habesan. Sebab kalau tak ego yang ada akan bercambah dan bertambah dnegan punca² ego yang selainnya.
Bagaimana caranya bhai? Lihatlah surah Al Aaraf ayat 200 hingga 201.
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila …

Moh kite tampor diri sejenak #1- Jiwa yang hidup dengan D

"Syahid jikalau kita mahukan secara jujur, mati atas katil boleh dapat tau!"

Tersentak aku..bukan sebab tak pernah dengar orang mengungkapkan hadith ini.
Tapi tersentak mengingatkan diri saat ini.

Dimana letak keluhuran kejujuran kita dalam ibadah samada sendirian mahupun berjamaah.
Kejujuran dalam beribadah bukan maksudku hanya di tikar ibadah.
Tapi ibadah dalam keseluruhan jiwa kita.

Argh, kata seorang sheikh tersohor di jordan, jika dakwah itu hidup dalam jiwa kita, pasti akan ianya juga mati bersama kita. matinya kita adalah matinya dakwah dan begitu sebaliknya.

SubhanAllah, mmg sangat perlu untuk kita buat check list, setiap hari, kalau mampu setiap masa.

Sebabnya manusia yang hidupnya subur dengan dakwah pasti akan ada keberkatan masanya. tatkala dia susah mahupun senang. Seletih mana pon dia, akan di gagahkannya berjihad dalam melakukannya. Penuh disiplin dan kejujuran.

Argh..salahnya daie jika kita fikir sefokusnya kita dengan dakwah,maka matilah rasa kita mengejar c…

Kembali

Kembali itu pasti..
Pesan tuhanku innalillahi wa inna ilaihi rajiun..
KataNya mati itu pasti..
Tak ku sangkal..takut diri memikirkan mati..
Tapi jika mati itu beerti..
Senyuman syuhada pasti meniti dibibir ini..
Argh..adakah mampu diri ini..
Menjadi syuhada laksana sahabat nabi..
Tapi apa pesan ilahi..
Jika benar janjimu ini..diatas katil pun dikira syuhaa matimu nanti
Owh ilahi..
Tatkalu ku buka lembaran surat cintamu lagi..
Terbit rasa hati..redhaMu yang aku nanti..
Tidak kiralah bagaimana cara aku kembali..
Yang aku pasti..walaupun diri ini cuak memikirkannya sehingga ke hari ini..
Kuatkan diriku ini..
Agar aku melangkah dalam hidup ini
Dengan satu tujuan..ku nanti redhamu setiap hari..Allahumma ya muqallibal qulub..tsabbit qulubana ala deenik!!