Posts

Es werden Posts vom Juni, 2013 angezeigt.

Indahnya di bawah naungan Al Quran jika kita tahu

Indahnya di bawah naungan Al Quran..

teringat saya  akan isi kandungan buku Fil-zilal, karangan syed qutub di bahagian mukaddimahnya..diulang berkali kali perkataan itu..sebabnya keindahan duduk dibawah naungan al quran itu betul² satu keindahan yang tak terungkapkan keindahannya.

Macam mana perasan kita rasa bestnya dapat menggunakan kompas ketika kita sesat di hutan rimba sampai boleh berjumpa kembali jalan untuk pulang..Macam itu jugalah dengannya Al-Quran...Al quran itukan guider teragung, guder hidup kita kot!!

Kalau di pandang isinya dengan mata hati, di terjemah, di baca dan di fahami lain effectnya dengan hanya kita baca tanpa teringin untuk dapatkan apa² benefit daripada Al-Quran tuh , terutamanya perkara² yang akan mendekatkan diri kita nih dengan Allah..

Al quran nih Allah jadikan sifatnya adalah memberi..kalau kita nak dapatkan sesuatu daripadanya pasti akan diberikan dengan keizinan Allah. Kalau nak ilmu, ilmulah yang kita akan dapat.. Kalu nak belajar teknik pemahaman bahasa…

Tanya sama Dia apa sebab hati goncang..

"Moh kita duduk beriman sebentar, hati nih cepat benor berbolak baliknya" 
sapa Man tiba² kepada rakan seperjuangannya khalid.
Khalid "Ada apa² ke Man? Hati tengah goncang ye?"

Berkerut muka Man, lantas dijawabnya ringkas "aah, Entahlah Lid, ade rase macam tak sedap jek"
Tiba² khalid menyanyi kecil " tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang. Tapi..tanya sama Allah, sebab hati goncang, nanti jawab Allah, dekat hang sorang"
Hehe..tertawa kecil Man sebentar..
Tapi dia membenarkan dalam hati lagu kecil khalid tuh sebentar..Ada benarnya kata²nya situ..Arrgh dalam kesibukkan mentarbiyyah, aku terlupa akan sang pencipta dalam nadi ku..patutnya ..hidup seorang daie tuh, sgt attach dengan penciptanya..takkan pernah mahu berenggang.. Jika berenggang.. hatinya akan gundah gulana..
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati merek…

Dunia nih macam gudang toy r us!

Hari ini tetibe sahaja selepas siap menunggu proses simulation yang memakan masa setengah setiap satunya habes, hati saya nih tergerak utk mendengar lagu siti nurhaliza. Tetibe aje. Saya sendiri pon tak tahu kenapa. Basically dah lama saya tak dengar lagu cik siti nih.
Kemudian saya capai handphone dalam beg, saya browse dalam you tube dan mainkan lagunye bersama hafiz AF yang bertajuk 'muara hati'. Berkali selepas saya habeskan saya ulang sekali lagi dan lagi dan lagi.
Sedap lagunya. Bisik hati kecil nih.
Saya mainkan lagu cik siti nih berkali kali hatta dalam perjalanan menuju ke masjid utk solat. 
Sampai di tempat wudhuk, baru saya berhenti mendengar.
Ketika mengambil wudhuk tetiba saya terasa tersentak. Terasa terkilan. Terkilan kerana tak menyedari, hanya mendengar lagu yang tak sampai 5 minit tuh selama 2 jam lamanya! Di ulang dan di ulang lagi.. Ketika itu saya bisik pada diri "oohh ini rupanya dia...permainan yang Allah sentiasa sebutkan  dalam Al quran ini..senda gurau…

Tumpulnya pisau tadhiyah

Comfort Zone. 

Memang selesa. Sapa yang tak suka , betul tak? 

Tipulah kalau ade yang kata, dari segi lahiriahnya mereka tak suka. Kan best duduk senang lenang, muka sentiasa tersenyum kepuasan kerana semua keliling kita best² belaka. Masalah pon takde nak serabut² fikir.

Tapi se'best' mana pon comfort zone tuh, ianya hanyalah didunia, which comfort zone kat dunia nih adalah satu satunya penumpul teragung buat tadhiyyah(sifat berkorban totok) manusia² yang bercita cita nak membawa kebenaran agama Allah ke seluruh pelusuk bumi yang mana  dikenali sebagai si duat@penyeru² setia di jalan Allah.

Comfort zone nih basically tak seselesa mana pon sebabnya ia bersifat sementara. Sgt² sementara sebenarnya . Tapi yang hairannya, walaupun hakikat masa comfort zone kita didunia, sangatlah di'master ' sifatnya oleh para du'at sedunia, ada yang tetap kecundang. Kecundang dengan membuang tadhiyyah yang merupakan antara Ticket termahal ynag boleh kita ada utk nak bawa ke syurga.. T.T…

Khianat dalam tahu?

"Wahai org yang beriman! penuhilah seruan Allah dan Rasul,apabila dia menyerumu kpd sesuatu yg memberikan kehidupan kepadamu, dan ketahuilah bhw sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan" surah al anfal ayat 24

"Wahai org yang beriman!! Jangan kamu khianati Allah dan Rasul dan jgnlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." surah al anfal ayat 27


Kehidupan sebenardengan adanya kesedaran di  Batas hati takkan mampu menyebabkan mereka  Khianat pd Amanat yg dipercayakan.

Inilah sepatutnya yang kita ada!

Moh kejar mardhatillah!

Allahualam