Tumpulnya pisau tadhiyah

Comfort Zone. 

Memang selesa. Sapa yang tak suka , betul tak? 

Tipulah kalau ade yang kata, dari segi lahiriahnya mereka tak suka. Kan best duduk senang lenang, muka sentiasa tersenyum kepuasan kerana semua keliling kita best² belaka. Masalah pon takde nak serabut² fikir.

Tapi se'best' mana pon comfort zone tuh, ianya hanyalah didunia, which comfort zone kat dunia nih adalah satu satunya penumpul teragung buat tadhiyyah(sifat berkorban totok) manusia² yang bercita cita nak membawa kebenaran agama Allah ke seluruh pelusuk bumi yang mana  dikenali sebagai si duat@penyeru² setia di jalan Allah.

Comfort zone nih basically tak seselesa mana pon sebabnya ia bersifat sementara. Sgt² sementara sebenarnya . Tapi yang hairannya, walaupun hakikat masa comfort zone kita didunia, sangatlah di'master ' sifatnya oleh para du'at sedunia, ada yang tetap kecundang. Kecundang dengan membuang tadhiyyah yang merupakan antara Ticket termahal ynag boleh kita ada utk nak bawa ke syurga.. T.T

Yep. Sgt diakui tadhiyyah itu bukan mudah . Sebab ia menuntut seluruh jiwa dan raga seorang hamba Allah itu. Semuanya . Baik harta, masa, jiwa , perasaan , kekuatan dan apa sahaja yang boleh di korbankan, selagi itulah tadhiyyah menuntutnya daripada setiap du'at. 

Tapi susahnya bukannya tak boleh nak di atasi. Boleh, Asalkan kita ada latihan. Barulah mudah keadaan. Analoginya adalah macam nihlah. Bayangkan ye seorang athlete yang nak lari 400m, tapi dia pernah hadiri latihan selama berbulan bulan. Kemudian di hari pertandingan dia cuba berlumba dengan harapan akan dapat no 1 dan atasi orang yang dah buat preparation berbulan bulan lamanya..

Err...tak ke namanya syok sendiri tuh?


Hmm..jadi gitulah wahai du'at.. Tadhiyyah sangat besar ertinya untuk kita. Infact, inilah driving force kita. Kalau kita dok asyik nak mintak keamanan, kerehatan, kebestan in everything..capek lah dek..
Takkan mungkin punya kita mampu nak galas beban dakwah dan apatah lagi nak meraih syurga Allah yang tinggi bersama² para sahabat dan Rasul yang sememangnya tinggi tahap tadhiyyahnya.

So..let's question ourself : Do we really WANT the JANNAH?

So berkorbanlah! Berkorbanlah sekarang suapya Allah gantikan korban tuh dengan syurgaNya!
Kerna Allah telah berjanji, Dia akan membeli dirimu dengan apa yang kamu jualkan.. Jualan terbaik yang mana kita nak cari kalau tadhiyyah kita tolak ke tepi? (surah attaubah ayat 111 dan al baqarah aya 245)

Infiru!



allahualam


Kommentare