Posts

Es werden Posts vom 2014 angezeigt.

Kita akan cerita, bila kita cinta

Kata seorang sahabat 'kita akan bercerita, bila kita cinta'.

Mantap. Itu yang saya terfikirkan tatkala pertama kali mendengar ayat itu dari seorang rakan baik. Kerana untuk kita bercerita kepada seseorang yang kita tidak cinta, amatlah susah.

Jika antara kawan baik(BFF) dan kawan biasa, dengan siapa kita akan lebih bercerita. Anda lebih tahu jawapannya , bukan?

Jadi saya secara automatik terfikir tentang satu perkara.
Perkara dengan Allah.
Sejauh mana kita mencintai atau cinta akan Allah.

Dengan sedikitnya jumlahnya kita bercerita pada Dia, adakah kita tidak cinta atau kurang bercinta atau tak cinta lansung?

Persoalan ini bertalu talu datang dalam fikiran ini. Sebabnya secara fitrahnya, kalau orang yangg bercerita dia tahu apa reaksi orang yang dicintainya itu. Dia mahu bercerita kepada orang yang mereka cintai itu.

Kerana hakikatnya :
Mereka akan memujuk, jika kita sedih.
Mereka akan mendengar dengan penuh empati.
Mereka akan memberikan perhatian tak berbelah bahagi.
Mereka a…

Yep, semudah membuat pancake coklat 'fluffy'

Tertanya dahulu saya suatu ketika bagaimana mahu buat pancake beserta coklat sebagai isinya.
Bunyinya mudah, tapi isi resepinya, boleh tahan juga banyaknya. Kussss..semangat dibuatnya..^_^

Tapi bila dicuba , ianya amat mudah dan menghasilkan satu pancake yang enak. tambahan pula dicicah bersama madu dan dinikmati sewaktu kedinginan.
Wow! Sekali cuba, nak lagi dan lagi.

Bila teringatkan pancake coklat ini, terrefleks saya pada sesuatu perkara dalam hidup kita yang tinggal berapa kerat aje lagi ni.

Iaitu USAHA.

Pancake coklat panas yang manis dan enak bercecahkan madu tidak akan menjadi jika tidak kita cari resepinya, berpenat lelah memasaknya, menyediakannya dan juga memakannya. Itu semua memerlukan usaha yang bukan sedikit jumlahnya. Jika tiada usaha , maka akan hilanglah penangan nikmatnya.

Semacam itulah kehidupan. Kita sering membayangkan kehidupan yang bahagia, sedangkan kita masih bermalasan dalam bekerja, sebagai contohnya. Jadi diceruk manakah hendak kita jumpakan kebahagiaan i…

5M yang sering dilupai

Muroqobah (rasa diawasi Allah).
Mujahadah (bersunnguh melaksanakan ketaatan pada Allah dengan mengenepikan tuntuan hawa nafsu).
Muhasabah (Evaluasi diri).
Mu'atabah (Kritikan pada diri).
Mu'aqabah (Hukuman sbg pengajaran untuk diri sendiri).

Pernah dengar 5M yang disenaraikan di atas ini?

Dalam buku Menuju Ketaqwaan hasil tulisan Abdullah Nasih Ulwan ada di sebutkan tentang 5M ini, yang mana jika 5M ini di applykan pada diri setiap muslim, dia akan menyuburkan ketaqwaan yang ada.

Ketaqwaan adalah kunci kebahagian. Benar. Ianya bukannya perasaan takut seperti takutnya kita kepada musuh. Tapi ketakutan yang menghasilkan ketundukkan. Yang membuatkan kita hendak lebih taat lagi dan lagi kepada Maha kuasa kerana kita tahu betapa hebatnya kekuasaan Dia. Betapa pengasihnya dan penyayangnya Dia pada hamba yang sering melampaui batas ini.

Dan hasil ketaqwaan itu akan membuatkan kita untuk tidak jemu beribadah, sentiasa akan memperbaharui niat, malah akan kreatif tanpa melebihi batas syara&…

Kita Boikot sbb kita CAKNA bukan SAJA²

Bild
Boikot. Dulu ade yang menyergah , apa gunanya boikot nih!
Menyusahkan diri sendiri.

Sekarang biar saya tanya kembali,
Apa yang kita dapat kalau kita tak boikot? You have seen enough in Tv's , heard in radios lots and tonnes of incidents that will not make you even breath for a second. Shockingly and Brutally inhuman.

Tak perlu untuk saya membuka helaian sejarah yang berbelit belit dan rumit kepada anda, kerana apa yang terpapar di dunia ketika ini sudah lebih dari cukup.

Apa rasanya jika kita ditempat mereka? Apa rasanya kita jika anak, isteri sanak saudara kita diperlakukan sebegitu ? Takkan meraungkah kita? Mungkin meroyan agaknya kita.

Tapi kalau kita lihat di kaca TV, tak pernah orang palestin meminta belas kasihan.
Kerap kali mereka laungkan 'hasbunallahu wa ni'mal wakiilll!!' (cukuplah Allah bagi kami)

Cuma pertanyaan mereka terhadap kita di kaca TV menggetarkan jiwa saya. Mereka tanya:
Apakah dunia tidak melihat?
Dimanakah ubatan? Dimanakah bantuan?

Tidak, mere…

Tiada Ramadhan yang sama

Sudah berlalu separuh ramadhan. 
Sememangnya cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah separuh perjalanan. 
Tapi secepat mana pon berlalunya Ramdhan itu, yang pernah saya perasan setiap satu ramadhan yang berlalu dalam hidup kita, setiap kalinya ia sangat berbeza. Agendanya, semangatnya hatta ahlinya.
SubhanaAllah, cantiknya susunan Allah, kan?
Pasti ada sahaja tarbiyyah terbaru, potensi diri yg baru, muhasabah diri yang baru yang boleh kita kecapi daripada tiap2 ramadhan.
Berbeza dan awesome. Itu kata2 diri saya utk ramadhan kali ini. Perasaan mengenali semula diri, tahu potensi, kelemahan diri juga dalam masa yang sama, walaupun berbaur perasaan tatkala menerimanya, hasilnya  cukup indah.
Nampak dimana target diri, usaha yang selama ini saya dambakan untuk nampak cukup buatkan diri bahagia. Bahagia pada mujahadah baru, bahagia sebab seakan mengenali diri yang baru. SubhanAllah2.
The fact that i knew i can endure something bigger than my ownself is just awesome!!
Selama ini kita san…

Sampai lelah kelelahan mengejar

Seusai membaca Buku "Sudahkah Kita Tarbiyah" hasil nukilan pakcik hebat, Eko Novianto dan juga beberapa article motivasi di lifehack.com.

Saya terpanggil menulis berkenaan satu value yang perlu ada, malah boleh dikatakan sangat essential dalanm kehidupan seorang manusia, tambahan pula seorang dai'e ilallah iaitu sikap optimis.

Dilahirkan sebagai seorang yang kadang² tak lari daripada sikap pessimis, saya akui untuk menjadi optimis atau dalam erti kata lain, mengamalkan value yang satu ini adalah satu perkara yang bukannya mudah. Kenapa tidak mudah, kerana ianya adalah sunnatullah tatkala sesuatu yang positif itu pasti akan ada perkara yang menentangnya . Dan disitulah akan datangnya ujian kesabaran, berlapang dada, mujahadah(sungguh²), tadhiyyah(pengorbanan) , ikhlas, etc².

Walaupun ianya bukan mudah, ianya juga bukanlah mustahil lansung. Cuma macam mana kita menyikapinya, itu yang akan menjadi persoalan dan berkemungkinan, menajadi kayu ukur (bench mark) samada kita aka…

Selagimana tiada cop G.I.L.A

Dari tadi Aina pandang aje BFFnye aisyah, ke sana kemari, ke sini kesitu.

Sekejap kat tikar sejadah, sekejap baca quran,

sekejap check tepon, sekejap dia mop lantai , sekajap dia buat itu dan ini.

Aina yang melihat sahaja dah terasa penat.

Infact begitulah hidup rakannya itu aisyah. Setiap hari. Ada sahaja perkara yang dibuatnya. Nak kata lekat kat rumah tuh, memang payahlah. Kalau lekat tuh, memang boleh dikatakn setahun dua tiga kali gamaknye kot.

Hairan aina. Aina tahu Aisyah sering mewar-warkan kerja² dakwah dan tarbiah katanya. Pernah juga diajaknya oleh Aisyah masuk ke bulatan gembira, tapi ntah...belum terbuka kati kot. Baik nafsi² aje lagi senang.

Cuma satu perkara yang aina perasan, walaupun se'hectic' itu hidupnya, sepenat mana pon keadaannya, aisyah tak pernah mengeluh walaupun sekali.

Aisyah malah boleh tersenyum. Dengan senyuman yang lebar dan manis pulak tuh!

Malah dia akan menangis hiba pabila perkara seharian yang menjadi kegemarannya tak dapat dilksanakan. Ata…

Daie di comfort zone mu

Seusai membaca blog seorang dai'e yang saya cukup hormati tapi belum pernah mengenali dirinya secara dekat iaitu kak Muharikah, saya terpana dengan ayat nya.

Setelah memasuki era keterbukaan ini, jemaahku banyak menyusun agenda-agenda dakwahnya. Banyak relung dakwah yang harus diterokai. Tahun ini sahaja dekat 10 jawatan di offer kepadaku. 3 telah aku tolak dengan berat hatinya untuk aku benar-benar fokus akan apa yang mampu aku laksanakan. Apabila jumlah like di FBku semakin meningkat dengan post2 yang viral, begitu ramai menyangka aku amat pakar dalam bidang media. Maka bertimbun timbun jawatan media yang aku ditawarkan, sedangkan minat dan bakat sebenarku di wacana berbeza. 

dan 

Quran tak sempat baca. Tahajud tak larat bangun. Buku-buku tarbiah langsung tak sempat sentuh.
Adakah ini model kader dakwah yang kita mahu lahirkan? Tentunya tidak.

Entahhati ini benar terusik dengan ayat² nya.

Bukan kerana kagum dengan hasil kerjanya atau ingin mengclaimnya dengan apa².

Cuma terus…

Qudwah dai‘e tidak melatah

Sebagai du’at yg melaung laungkan semangat membawa janji Ilahi, kita sentiasa menjadi atau terperosok dalam perhatian masyarakat.
Tidak kiralah samada komuniti itu kecil atau besar, kita akan jadi tunggak utama perhatian masyarakat. 
Pantang kita berbuat silap ataupun terlari qudwah sedikit, pasti kita akan menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat..
Mungkin kerana sinonimnya pembawa dakwah dan kebaikan , sedikit kejelekan akan membawa padah kepada imej pendakwah dan apa yang di dakwahinya juga. Pfft..kalau budak usrah tuh, aku dah tahu sgt dah perangai diorang, cakap jek lebat, hah..bila mai tang kena tolong menolong, berlapang dada, habuk pon tarak!
Sentap. Tak pasal² usrah yang kena tempias..kasihan..
Atau sentap kali kedua : ‘ diorang nih, tahulah sebok berprogram sana sini..tapi takkan manner dalam perbualan telefon tu takde..tup² habes jek perbualan terus letak..salam ke ape takde..ape diorag igt diorang je ke yg sebok dalam dunia nih.. Luah seorang rakan..terhadap akhl…

Jangan bermimpi jika tauhidmu lesu!

Zaman sekarang nih, dakwah berkembang secepat tumbuhnya cendawan selepas hujan.
Hebat, pelbagai, bermacam bentuk wadah dan kreativiti.
Hanya utk membangkitkan ummah yang dah jatuh terjelepuk lesu tak bermaya ini.
Namun satu perkara yang saya secara peribadinya merasakan sangat ralat dalam 'kesibukkan' kita mentarbiah ummah pabila kita mengekang kesuburan iman dalam hati.
Mengekang bagaimana?
Dengan mengekangnyanya amalan kita. Dengan merasakan, aku buat dah banyak nih. Setiap minggu berprogram, melaksanakan amal jamaie yg tak pernah putus.
Kadang sampai lupa untuk kita bermuhasabah. Tatkala Allah menegur kita dengan ujiannya kita terpana. Terkejut sehingga memfuturkan. Ditanya, kenapa ujian ini yang Allah berikan. Walhal itu satu tarbiah terus dari Allah membangkitkan jiwa yang lemah dihipokritkan dengan gerakan tubuhnya sahaja.
Dan kita yang bersalah sebenarnya kerana 'meninggalkan' Dia pada pertama kalinya.
Dalam kupasan berkenaan asas² islam , imam al maudud…

If you get Offended.. this means..you have a BIG ego problem

Bild
This is simple yet great reminder..from Mufti Menk
Ego will make us talk about people's Flaws instead of our own flaw..
Because people's action on you, is A TEST for you. Allah wants to see how you react Sabar or not. Angry or not.
Basically, if you have big heart, lower ego, it won't be a much of problem But if you do have EGO PROBLEM..
That will just eat you completely.
So may Allah grant us protection form an EGO heart.

wallahualam.

You will never walk alone..

Harap maklum ini bukan sesi mengpromote Liverpool FC..hehe..
Pertama skali..suatu perkara yang bermain di benak fikiran ini.
Tentang sunyi.
Secara clichenya manusia takkan lari daripada rasa sunyi tatkala tiada orang disekeliling mereka.
Cuma sebagai seorang muslim, yang secara fitrahnya mempercayai keberadaan Allah sebagai tuhan yang satu dan juga beriman kepadaNya..secara logiknya...perkara itu tak sepatutnya menjadi persoalann..bukan..?Bukan menolak fitrah manusiawi..tapi itulah kenyataan
Tapi kenapa kita masih atau sentiasa merasakan begitu dan sering dihambat perasaan begitu...ya?
Jawapannya..sebenarbya..ada pada kita..pada bicara kita.
Bicara apa? Bicara kita denganNya.
Anda bayangkan satu analogi yg sebegini. Didalam sebuah bilik..terdapat dua individu. Seorang berusaha utk berbicara dengan yang lagi satu..tapi yang satu ini hanya buat tak tahu..pekakkan telinga dan seakan tak menghiraukan keberadaan yang satu ini.
Jadi..secara logiknya..tak hairanlah jika yang buat tak.layan n…

Kerana kita bukan hang tuah dan laksamana cheng ho

Bild
Hang Tuah.

Satu nama lama yang terpapar dalam sejarah manusia.
Hang Tuah jugalah kita ingati sebagai perwira.
Kita agungkan kerana dia penyelamat bangsa, dengan peristiwa gahnya ynag menikam hang jebat di balik langsir tatkala hang jebat durhaka.

Dan kita COP itu sebagai sejarah bangsa KITA.

Tapi...bila dingati kembali...kalau setakat itu aja. banyak jugak persoalan ynag akan timbul dalam otak kita.
So kalau sejarah kita ada link dengan hang tuah...errr apa efeknya pada hidup kita sekarang.
Dia tu macam mana...?
So dia tikam hang jebat, apa kaitan dengan kita yang nak jadi engineer , doktor, dan arkitek?

Negara berdaulat? Err sultan sekarang cam tak sama jek macam sultan dulu...

Habes tuh?? Habes tuh??

Buat apa kita nak belajar sejarah daripada tingkatan 1-5 yang membosankan lagi penyebab utama tidur kita paling nyenyak dalam kelas waktu itu? haha..

*********************************************************************************

So itulah dia perkara yang bermain difikran saya dulu.

Tidak Semahal Ticket Lufthansa Airways..ianya..lebih

Lufthansa.

Sebut aje dah tersedak, tatkala warga student di germany kalau berkehendakkan airline ini untuk ke tanah tercinta. Al maklumlah antara airline termahal gitu. Tambah pula kalau nak dibeli ASAP, mau mencecah puluhan riban ringgitlah jawabnya.

"Ekau gilo?! aku mana prepare duit kalau nak beli Lufthansa tiba².Kalau dah kumpul 5 tahun tuh, lain lah jugak"

Haha.

Itulah senarionya kalau nak membeli ticket Lufthansa. Kalau takde offer lah kiranya. If ada offer, lain pulak ceritanya.

~~~Ticket syurga vs Ticket Lufthansa~~

Bertahun lamanya,berbulan tikanya kita simpan duit untuk membeli ticket yang bakal digunakan 16-18 jam seperjalanan.

Yang selesa dan empuk bangkunya.

Bangku yaang tak menyakit kan belakang, makanan sedap, layanan pramugari dan -gara yang baik lagi bersopan santun.

Waaah Hebatnya Lufthansa!Semuanya best

...........................pause seketika.

Sekejap. Saya rasa anda terlepas sesuatu nih.

Ambil quran, buka muka surat 579. Baca sebentar...

Sesungguhnya ora…

30 Checklist Ikhlas kita dalam DnT!

Mendakwahi orang lain agar taat kepada Allah swt, dan memperjuangkan agama Allah swt. agar tegak di atas bumi adalah amalan yang sangat berat. Namun demikian, amalan ini hanya  akan berbobot di sisi Allah swt. jika dilaksanakan dengan cara yang ikhlas.
Seorang da’i hendaknya mengukur keikhlasannya dalam berdakwah. Hatinya harus selalu dalam pantauannya. Jangan sampai ada pergeseran orientasi dalam tugas-tugas dakwahnya. Perubahan orientasi dalam berdakwah juga bisa dilihat dan dirasakan dalam sikap dan tingkah laku seorang da’i. Berikut beberapa pertanyaan yang bisa digunakan seorang da’i dalam mengukur (muhasabah) apakah dirinya masih ikhlas kepada Allah swt. atau tidak.

Apakah aku malu dengan amalanku yang jauh dari sempurna?Apakah aku khawatir amalanku diketahui orang lain sehingga bisa membuatnya rusak?Benarkah aku tidak mengharap pujian orang lain dan tidak peduli dengan celaan mereka?Apakah aku tidak menceritakan amalan yang kuperbuat?Sudahkah aku berusaha menutupi amalanku?Benarkah…

Niat itu Bicara Jiwa

Niat satu bicara pada jiwa Tak tersuara tapi nampak diriak anggota Kadang baik dalam istiqamahnya  Kadang buruk tak tahu macam mana nak kata
Tapi ketahuilah,  Daripada niat bermula segalanya Ibadah dikira pahala yang berganda Niat yang kcil jangan di pandang hina,  Jika kerana Yang Maha Esa,  Pasti akan mampu menolong kita disana
Jangan kerana niat kita tercela,  Kerana daripada niat meng'define'kan siapa kita,  hatta dimana kedudukannya!
Niatkanlah yang besar semata,  Agar kerja kita BESAR sentiasa Perkara remeh bagaikan angin lalu sahaja,
Tak terganggu dek perjalanan jauh kita.
Bukanku kata mahu kejar UA semata,  Tapi kerana cinta pada Allah dan RasulNya  akan ku kejar semua! Dan UA itu tanda cinta kita padaNya!
Kerana  jika kita sentiasa berkecil kecilan sahaja,  UA pasti dirasakan hanya perjalanan jauh sahaja,  Meraih cintaNya bukan cukup hanya cukup makan sahaja,  Adakah kita buat kerana diri KITA semata,  atau kerana cinta dan juga janjiNya.. Yang pasti tiba..
Allah..sy…

Pelik Tapi Benar

Bild
Pelik tetapi benar. 
Di kala islam di pandang kolot , ada segelintir daripada jiwa² besar dalam masyarakat yang menyedari kehebataan Deen yang Allah kurniakan ini.
Deen ini melengkapkan diri bagi yang memahaminya keindahannya. Momokkan yng menyebabkan 'imej' deen ini buruk amat memedihkan jiwa. 
Sebabnya, al Haq(kebenaran) itu tersembunyi, tersembunyi disebalik keburukkan yang digembar gemburkan. Di sempitkan skop deen yang sangat sempurna , lengkap dan saling melengkapi ini kepada suatu skop yg teramatlah sepit. Dikatakan deen ini hanya untuk orang masjid dan hanya berkenaan halal dan haram.
Walhal inilah Rahmat kepada seluruh alam. 
Buktinya, jika anda tidak pernah melihat sejarah, silalah bongkar. Kenal Empayar Abassiyah? Di zaman ini, tiada yang kemiskinan, ilmu yang mencatur peradaban masa kini, didatangi hampir keseluruhannya dikala empayar ini.
Oleh siapa?
Oleh orang yang memahami islam itu Iya, kita mampu hebat dengan islam.  Kerana islam adalah segalanya, untuk seti…

Bila lukisan alam bercerita

Dalam suka , hitunglah kesyukuranmu , dalam senang , awasi kealpaaanmu,  setitis derita melanda,  segunung kurniaanNya
......... Hidup tak selalunya indah,  langit tak selalunya cerah,  Suram malam tak berbintang,  Itulah lukisan alam...
Tersenyum. Lagu dendangan kumpulan hijjaz itu ada benarnya. Mungkin kena pada hidup setiap manusia yang sememangnya adakala naik dan turunnya.
Namun sukanya dengan alam cinpataan Allah ini adalah dia mengajarkan kita apa erti menjadi seorang yang optimis. 
Hakikatnya serang mukmin itukan sentiasa akan optimis. Kenapa? Kerana kita ada Allah Yang Maha Kuasa yang sentiasa back up kita. Buruk kita, lemah kita, kurangnya kita ,jeleknya perangai kita. Dia tetap ada malah bertambah pula kasih sayangNya , bila kita datang merintih, mengeluh, menangis , meminta..
SubhanAllah.
Bicaranya Dia pada kita "Dan  Kami pasti akan memberikan balasan kepada orang yang sabar, dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan." An Nahl : 96.