Bila lukisan alam bercerita
Dalam suka , hitunglah kesyukuranmu ,
dalam senang , awasi kealpaaanmu,
setitis derita melanda,
segunung kurniaanNya
.........
Hidup tak selalunya indah,
langit tak selalunya cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam...
Tersenyum. Lagu dendangan kumpulan hijjaz itu ada benarnya. Mungkin kena pada hidup setiap manusia yang sememangnya adakala naik dan turunnya.
Namun sukanya dengan alam cinpataan Allah ini adalah dia mengajarkan kita apa erti menjadi seorang yang optimis.
Hakikatnya serang mukmin itukan sentiasa akan optimis. Kenapa? Kerana kita ada Allah Yang Maha Kuasa yang sentiasa back up kita. Buruk kita, lemah kita, kurangnya kita ,jeleknya perangai kita. Dia tetap ada malah bertambah pula kasih sayangNya , bila kita datang merintih, mengeluh, menangis , meminta..
SubhanAllah.
Bicaranya Dia pada kita "Dan Kami pasti akan memberikan balasan kepada orang yang sabar, dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan." An Nahl : 96.
Well..that is so super deliciously SWEET.
Cuba ambil contoh logikal dikalangan kita bila kita buat salah.
Ada seorang lelaki mencuri beberapa biji buah epal di kedai anda, dan kemudian datang mengaku dan meminta maaf pada anda. Kemudian anda dengan selamba dek anda berkata-"kata, ooo...dats ok...saya akan belikan awak kebun buah tersebut disebabkan anda meminta maaf"
Tapi Allah berbeda. Dia akan buat lebih lagi daripada memberi sebuah kebun.
Dia akan berikan kita segala kenikmatan. Kadang syurga itu tak tergambarkan, kerana kita memandangnya sebagai satu perkara yang biasa.
Anggur, bantak empuk, tilam empuk, cawan perak emas...besele tuh..
Pergghh... baik anda duduk sejenak tepi pandai dan pandang kelangit dan keliling anda.
Biase ke semua tuh?
Kadang wahai duat.. kita selalau menyempitkan pemikiran kita dnegan tak memikr jauh tentang hal syurga dan neraka ini.
Kita selalu rasanya ianya adalah nikmat yang sekadar nikmat seakan didunia.
Sebab itu Allah suruh kita perhatikan alam, tambah ilmu tentang apa jua hatta termasuk alam ini.
It's so wonderful that you cannot afford yourself to ever stop thinking about it..
It's so frightening to think that you will not be in Jannah.
"Dan Allah akan menambahkan petunjuk kepada mereka yangbtelah mendapat petunjuk. Dan amal kebajikan yg kekal itu lebih baik pahalanya disisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya"
Maknakata Allah nak naikkan semangat kita untuk lebih mencuba.
Takkan hanya kerana salah sedua kita, terlemah sekejap semangat Allah akan hukum kita seteruknya tatkala kita dah menyampaikan kata² taubat?
Kadang yang jadi masalah adalah mindset kita.
Mind set kita perlu sentiasa positif.
Duat yang mind setnya selalu negatif, boleh saya katakan, dia seakan negatif dengan tawakal kepada Allah. Syurga Allah.
Kenapa perlu bersangka negatif yng melampau sehingga tak mampu nak lakukan apa²?. Sayangnya masa dan sayangnya tenaga. menjadi orang ynag berada dalam keadaan depressed adalah lebih memenatkan berbanding orang ynag sentiasa tersenyum dan positif hidupnya.
Ya anda boleh muhasabah, tapi bukan muhasabah namanya jika ia menjatuhkan diri kita. sepatutnya dengan muhasabah kita tahu diceruk mana yg kita perlu perbaiki.
Makin boleh diperbaiki, makin kita nampak peluang Allah nak beri pahala lebih.
So itu sikap seorang daie, tak mengambil mudah tapi tidak jugak menyusahkan dalam masa yang sama.
Find a balance in it.
Your life is dedicated to da'wah. If you are not be inspired by it, then how we can sustain the da'wah in ourself?
allahualam.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen