Puisi beringat : Jelas sampai ke sudah
Jelas.. Terang tanpa bersuluh..
Agendanya jelas..
Maknanya jelas..
Luhurnya juga jelas..
Jelas dan menjelaskan..
Jika tak terzahir dibibir..
akan nampak di fiziknya..
Jelas..
Perjalanannya panjang..
Perjalanan membawa amanah ini..sangat panjang..
Juga sangat syumul..merangkumi semuanya..
Jika ia memakan masa..tidak mengapa..
Kerana targetnya ada kesyumulannya..
Jelas..
ianya akan sedikit kelambatan secara fitrahnya..
Tapi bukan kerana kita yang melambatkan
bahkan kita berada dalam kelajuan yang malar
dalam membina..
mengerah seribu daya, menggapai bauan syurgawi..
melalui batu bata yang terbina dan tersusun
Jelas..
Matlamatnya di hadapan..
Arggh sekadar gigitan dua..itu adalah cabaran..
kerana jelas..
tanpa cabaran..diamanakah datangnya pembaikan?
Tanpa ujian,
mana mungkin terjelasnya kekurangan?
Tapi yang pasti..
Kita jelas dengan impian..
Kita jelas dengan matlamat..
hatta dalam kefahaman yang berbeda..
penghayatan yang berbeda..
Namun kerana matlamat yg sama..
Perbedaan itu bagaikan buan angin lalu sahaja..
Kerna..ianya jelas..
siapa yang meneliti atau mengecapi makna mendalam dalam matlamat ini..
Kesempurnaan akhlah dan ukhwah adalah teras kepada kegemilangan suatu khilafah yang pernah di kecapi..
Jika matlamatnya..impiannya jelas..tindakan kita juga pastilah akan jelas..dan menjelaskan..
allahualam
Kommentare
Kommentar veröffentlichen