Kerana kita bukan hang tuah dan laksamana cheng ho


Hang Tuah.

Satu nama lama yang terpapar dalam sejarah manusia.
Hang Tuah jugalah kita ingati sebagai perwira.
Kita agungkan kerana dia penyelamat bangsa, dengan peristiwa gahnya ynag menikam hang jebat di balik langsir tatkala hang jebat durhaka.

Dan kita COP itu sebagai sejarah bangsa KITA.

Tapi...bila dingati kembali...kalau setakat itu aja. banyak jugak persoalan ynag akan timbul dalam otak kita.
So kalau sejarah kita ada link dengan hang tuah...errr apa efeknya pada hidup kita sekarang.
Dia tu macam mana...?
So dia tikam hang jebat, apa kaitan dengan kita yang nak jadi engineer , doktor, dan arkitek?

Negara berdaulat? Err sultan sekarang cam tak sama jek macam sultan dulu...

Habes tuh?? Habes tuh??

Buat apa kita nak belajar sejarah daripada tingkatan 1-5 yang membosankan lagi penyebab utama tidur kita paling nyenyak dalam kelas waktu itu? haha..

*********************************************************************************

So itulah dia perkara yang bermain difikran saya dulu.

SEJARAH.

Apa gunanya kita belajar perkara yang menjadi sejarah..
Apa gunanya dalam kehidupan kita?
It's seems really not applicable langsung dan tak ade kaitan langsung dengan kehidupan kita sekarang.. Nak² pulak hidup sebagai engineer.

Macam takde kaita jeee...sebabnya..

Zaman tuh, apa jenis engineering pon takde.

Hurmm...if any case kita ada buat salah atau meninggalkan company yang kita kerja...takdelah pulak dikatakan mengacau daulat. Atau kene tikam..

Hurm ramai orang kata...kita belajar jadi sejarah kerana kita nak jadi better..

(krik...krik....krik...)

Itulah dia. SEJARAH yang selama ini kita ketahui.

Kita dimomokkan yang bahawasanya sejarah kita bermula dengan seorang yang tidak bertamadun, walhal kita tahu nabi adam itu seorang yang sangat bertamadun. Ia berpakaian , ia berjalan di pasar , ia juga makan dan minum dengan tata tertibnya.

Tapi dek 'kepandaian' sejarawan kini yang mengolah. Kita seakan buta sejarah.

Sejarah jauh lebih besar ertinya bagaikan dilupai bak angin lalu.
Sejarah yang membawa kita ke kehidupan ini. Yang dicatit dan diolah dalam Al quran dengan bgitu details sekali.

Cuma hanya nantikan kita mengorek sumber , pengajaran isinya.

Sejarah ini yang akan bawakan kita kaitan dengan kehidupan sekarang. Tak kiralah kita nak menjadi apapun, engineer, arkitek, doktor, technician etc.

Semuanya ada kaitan dengan sejarah ini. Semua yang boleh kita ambil pengajaran, ada pada sejarah ini. Ini bukannya  sejarah yang membosankan, tapi sejarah yang membuka mata dan menyedarkan

siapa KITA sebenarnya..
Dimana KITA.
Apa tujuan KITA.
Dan kenapa KITA perlu berusaha.

Cukuplah takat saya terangkan dari sudut pandangan seorang engineer yang mana jika anda sedar ataupun tidak, anda sdang berada didalam dunia yang serba berteknologi itu kerana kumpulan manusia yang bernama MUSLIM.

Tidak mahu tidak, itu satu perkara yang kita perlu akui. Sama ada kita setuju atau tidak , sejarah itu sendiri mengsahkannya. Perkembangan teknologi yang pesat dikembangkan di zaman kerajaan Empayar Islam.Paling pesat adalah sekitar tahun 750 Masihi hingga 1258 Masihi.

Tanpailmu ynag diolah oleh orang² ynag berbangsa MUSLIM ini disini, anda tidak akan dapat mengecapi kajian saintifik , cara kerja saintifik, hatta perkembangan dalam industri perubatan?

Renaissance? Zaman itu berubah daripada gelap ke cerah kerana ilmu yang mereka pelajari daripada bangsa MUSLIM ini.

Kenapa saya katakan bangsa. Kerna jati diri seorang muslim adalah itu.
Bangsanya , agamanya, dirinya adalah muslim.

Dan bagaimana muslim itu boleh mencorakkan sebegitu sekali halnya adalah kerana dia TAHU dan FAHAM apa tujuan hidupnya.

Keabdian pada yang Esa dan tugasnya sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Nak senang cerita , kita perlu sembah Allah sepenuh hati dan menjaga kebaikan sejagat.

So...itulah kaitan sejarah yang kita dipaksa untuk melupakan.

Sejarah yang sangat indah, yang membentuk peradaban dunia.

Momokkan demi momokkan memburukkan nama sejarah kita yang indah ini dengan pelbagai tuduhan yang palsu amat menyedihkan.

Secara tanpasedar kita telah kecilkan skop dan pandangan kita.
Kita cuba pandang apa yang ada di depan mata kita tanpa cuba memikirkan,

Dimana semua ini bermula,
apa tujuannya,
Kenapa kita perlu berbuat semua ini
dimana akhirnya
apa kebaikkannya.

Jika ana mampu jawab soalan² ini, percayalah, anda takkan lagi menoleh kebelakang amalah anda akan katakan dengan Izzah (bangga) : ini adalah aku, aku tahu kenapa dan kemana arah tuju hidupku dan kenapa aku berbuat begitu.

Jadi saya sertakan sekali satu video yang pernah menggamit perasaan dan menjadi wake up call untuk saya terus menerus mempelajari sejarah, mengambil kebaikkan daripadanya dengan berjaya menjawab persolan² diatas.

Dan saya harap...ANDA begitu juga.


wallahualam

p/s : Dan harapnya saya terus istiqamah sehingga Allah menjemut jiwa ini untuk kembali padaNya



Kommentare