Tidak Semahal Ticket Lufthansa Airways..ianya..lebih

Lufthansa.

Sebut aje dah tersedak, tatkala warga student di germany kalau berkehendakkan airline ini untuk ke tanah tercinta. Al maklumlah antara airline termahal gitu. Tambah pula kalau nak dibeli ASAP, mau mencecah puluhan riban ringgitlah jawabnya.

"Ekau gilo?! aku mana prepare duit kalau nak beli Lufthansa tiba².Kalau dah kumpul 5 tahun tuh, lain lah jugak"

Haha.

Itulah senarionya kalau nak membeli ticket Lufthansa. Kalau takde offer lah kiranya. If ada offer, lain pulak ceritanya.

~~~Ticket syurga vs Ticket Lufthansa~~

Bertahun lamanya,berbulan tikanya kita simpan duit untuk membeli ticket yang bakal digunakan 16-18 jam seperjalanan.

Yang selesa dan empuk bangkunya.

Bangku yaang tak menyakit kan belakang, makanan sedap, layanan pramugari dan -gara yang baik lagi bersopan santun.

Waaah Hebatnya Lufthansa!Semuanya best

...........................pause seketika.

Sekejap. Saya rasa anda terlepas sesuatu nih.

Ambil quran, buka muka surat 579. Baca sebentar...

  • Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur", 
  • Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.  
  • (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini. 
  • Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, 
  • (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih, 
  • "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut". 
  • Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). 
  • Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. 
  • Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; 
  • Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) - 
  • (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya. 
  • Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari "Zanjabil", 
  • Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. 
  • Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci. 
  • (Serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".               
Woalaweeeehhhh.....ticket apakah ini???

Pastilah ticket ke syurga!!

SubhanAllah. Sedikit reflection.

Kalaulah kita nak nikmati keindahan kapalterbang yang hanya berlaku dalam masa 18 jam sahaja kita sanggup untuk mengobankan masa, tenaga , perasaan untuk menyiapkan wang membelinya kenapa tidak pada AMAL KITA?

Adakah kita sudah cukup merasa selesa dengan ticket kita sekarang. 
Iya, amalan kita tiada siapa yang tahu akan penghujungnya, tapi tak salah bukan kita berusaha.

Sedangkan kita tahu Al Azim itu tidak pernah memandang produk usaha, tapi hanya pada usaha itu sendiri.

Jangan biar telahan kita memikirkan kita sudah punya cukup bekalan untuk mendapatkan ticket ke syurga. 

Life is a constant struggle, not a mere phase change from bad to good.
It has to be continuously evolving.

Not just one Revolution but multiple. 
Once you evolved in one phase you will struggle to surpass your limits to get to another phase.

Jadi apa kita tggu lagi.

Jom usaha TEMPAH Ticket ke syurga!

Wallahualam.







Kommentare