Posts

Es werden Posts vom September, 2016 angezeigt.

Martabatkan posisimu

Sekadar bebelan pasca merdeka.

Semenjak saya membut keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan wanita bekerja dirumah (SAHM and WAHM singktannya dalam bahasa inggeris) , saya sentiasa tertanya² kepada diri sendiri atas keputusan ini. Ya, jika sesiapa yang mengenali diri saya akan sedikit terkejut dengan keputusan yang saya buat. Betui ke nak jadi surirumah ni? Bukankah awak seorang yang highly ambitious. Saya kadang² meragui keputusan ni, tapi setelah lama saya duduk dan 'bekerja' dalam bidang ini. I've made up my mind. This is what i need to do and want to do. Setelah saya meneliti semua aspek dan juga setelah meminta nasihat dan pendapat dari keluarga, suami dan murobbi.
Keputusan ini bukanlah keputusan yang drastik seperti yang disangka. Malah sebelum berkahwin lagi , ini merupakan perancangan yang telah saya sematkan untuk kehidupan saya juga sebahagian daripada perancangan untuk memanfaatkan diri kepada ummah. Cuma ia tidaklah seawal ini. Tapi i have no regret…