Posts

Es werden Posts vom Juli, 2012 angezeigt.

Berlari, yuk!

Bild
Petang di puasa ramadhan yang kedua, sengaja aisyah bersembang- sembang dengan opahnya yang sudah sekian lama tidak bersua muka.
Dalam berseronok bercerita tentang jeirt perih zaman dikala Jepun & British memerintah, tiba-tiba kata si opah kepada cucunya ; "Kata ayahanda opah dulu, manusia ini akan lupakan Allah bila di punya masa lapang, kesenangan dan kesihatan. Dan itu yang opah takutkan untuk semua. Opah takut sekarang kita ini senang dalam segala - galanya , kita akan lupakan Allah, dalam kita sedar ataupun tidak. Padahal kita ini perlu sentiasa mengingatkan diri tentang hari pembalasan."
Renung si opah jauh. Entah apalah yang di fikirkannya,
Tiba air matanya bergenang. "Lihatlah" sambil merujuk pada rancangan TV yang terpampang di hadapan aisyah. Aisyah melirik ke arah kotak TV itu. "Ya, sememangnya melalaikan" getus hati aisyah. Melihat satu persatu rancangan yang terpampang di TV, membuatkan ramai manusia lalai. Bukan tidak ada rancangan yang baik…