Berlari, yuk!






Petang di puasa ramadhan yang kedua, sengaja aisyah bersembang- sembang dengan opahnya yang sudah sekian lama tidak bersua muka.

Dalam berseronok bercerita tentang jeirt perih zaman dikala Jepun & British memerintah, tiba-tiba kata si opah kepada cucunya ; "Kata ayahanda opah dulu, manusia ini akan lupakan Allah bila di punya masa lapang, kesenangan dan kesihatan. Dan itu yang opah takutkan untuk semua. Opah takut sekarang kita ini senang dalam segala - galanya , kita akan lupakan Allah, dalam kita sedar ataupun tidak. Padahal kita ini perlu sentiasa mengingatkan diri tentang hari pembalasan."

Renung si opah jauh. Entah apalah yang di fikirkannya,

Tiba air matanya bergenang. "Lihatlah" sambil merujuk pada rancangan TV yang terpampang di hadapan aisyah. Aisyah melirik ke arah kotak TV itu. "Ya, sememangnya melalaikan" getus hati aisyah.
Melihat satu persatu rancangan yang terpampang di TV, membuatkan ramai manusia lalai. Bukan tidak ada rancangan yang baik. Tapi dek kerana dominasinya di pegang oleh rancangan yang tak bermoral dan tak menambahkan iman, ia membuatkan kebanyakkan manusia, terutamanya umat islam terlalai dqan leka

Mata aisyah bergenang. Beginilah umat islam boleh melarut. Argh..bukan sahaja umat islam, dirinya sendiri pun turut larut sebentar. Tapi subhanAllah Allah datangkan peringatan itu pada dirinya tepat pada masanya.

Lantas bingkas aisyah bangun, mencapai Al-Quran di selak satu persatu helaiannya sehingga berderai jatuh air matanya. Apakah masih ada ruang untuk aku memohon maaf, pada masa yang aku terlalaikan..ya Allah...

p/s : Tentulah ada sahabat2ku ruang keampunan daripada Allah. Selagi mana taubat yang kita idamkan dariNya, selagi itulah akan kita dapat habuannya. Tetapkan pendirian, orak langkah baru , yang lepas itu , jangan dikenang lagi. Tetapkanlah langkah,teruskan berlari kerana dihujung sana, Allah sedang menunggu kita menuju padaNya.

wallahualam.

Kommentare