Posts

Es werden Posts vom Juli, 2011 angezeigt.

Sebelum mata terlena

Bild
Teringat kata2 seorang saudara padaku suatu ketika dahulu. "Jangan biarkan diri kita selalu memikirkan perkara kecik, slalulah pikirkan perkara2 yang besar".Yep..so true yet it is so difficult for me to do.. i don't really know why..itu yang menyedihkan sebenarnya..mungkin terlampau kuat diri nih 'berkarat' dahulu hinggakan sukar sekali nak  cuci 'bad2 habits' yang dah melekat dengan gam UHU kat dalam jiwa nih..sigh..
Satu tahap, mau aje rasanya nak hantuk kepala nih kat dinding..sbb geram dan rase sgt2 susah..sgt2 marah dengan diri sendiri..How can you not be able to control yourself, your own TEMPTATION? You own it, aren't you? Itu yang selalu berlegar dalam otak nih...tapi itulah...berlegar ajelah..pastuh buat lagi..argh Nadiah! Berjam-jam lamanya...mengadap cerita-cerita yang tak berfaedah..does that really benefits you? 'Not AT ALL' is the answer..masa hanya di bazirkan untuk kenikmatan dunia yang sementara..tapi itulah manusia..yang penuh…

A person that i admire

Sheikh Ahmad Deedat = a great Da'ie

Namanya dahulu pernah aku dengar seimbas lalu daripada beberapa saudaraku.Mukanya..hmmm...sememangnya kurang ku kenal...tapi..  SubhanAllah...Alhamdulillah..dengan izinNya..aku terpanggil untuk mencari satu dua perkara mengenainya..dan..amazingly..i am too impressed with him...especially his Works in bringing the words of Allah to other people...to us...superb!


Al fatihah buat sheikh Ahmad Deedat,smoga Allah merahmatiNya dan dia di golongkan di kalangan orang2 yng beruntung..aminn



Haish,JOM Sedar!

Bild
Hari ini buat kesekian kalinya aku terkedu. Aku terkedu kerana negaraku dikritik depan batang hidung sendiri. Kemajuan, cara etika bekerja orang kita dibandingkan dengan cara bekerja masyarakat disini...Pergghh..malu untuk aku akui kita adalah jauh kebelakang jika dibandingkan dengan mereka..
 "Eleh..nak banding ngan Germany..mmglah susah!Diorangkan dah maju?" mungkin akan terdetik hati kita jika Germany yang dijadikan perbandingan..Tapii..lupakah kita..suatu ketika dahulu Germany pernah hampir longlai di baham bom penjajah? Ekonomi mereka 100% lumpuh! Lupakah kita semua itu? Jadi bagaimana sekarang pula mereka boleh maju berpuluh puluh tahun ke hadapan berbanding kita. Kata Mr Feldker ,"orang di Malaysia nampaknyamanja,semua yang kita hendak akan diberikan;seakan- akan kita meminta sesuatu pada ibu,dan ibu akan berikan kesemuanya,tanpa perlu untuk kamu mencari jalan dan bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu yang kamu kehendaki. Dari situ baru saya faham kenapa pemiki…

Aku..tak mahu lari..

Bild
Berulang kali aku menghela nafas... Lagi dan lagi.. Berulang kali air mata ini tumpah.. Lagi dan lagi..
Kalau bukan kerana peringatanNya dalam kitab suci.. mana mungkin aku mampu berdiri lagi..
Aku zalim..ya itu aku perlu akui.. aku zalim pada diri sendiri.. Berkali kali aku ulangi perbuatan yang tidak bererti.. membazir masa disana sini.. menghambakan diri pada keindahan duniawi..aargghh!!
Apakah semua itu? Apakah kau tak mengerti..kehendak naluri dan hatimu Kononnya mahu dekat pada Ilahi.. tapi adakah sama ianya perbuatanmu?! Samakah?! Jika sama, mana kebenarannya?! Atau hanya setakat manis dibibir sahaja?
Ya Allah..sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui diri ini.. Ya..aku zalim.. Ya..aku banyak tersadung.. Ya..aku banyak terlalai.. Ya..aku penuh dengan kekhilafan dan ketidaksempurnaan Ya aku penuh dengan itu dan ini.. Aku akui itu semua...tidak ada satu pun yang mahu aku tidakkan kerana itu adalah kesilapan aku.. kesilapan ku dalam meniti jalan menuju diriMU..
Aku lemah ya Allah..aku sememangnya lemah.. Kalau b…

Siapa engkau untuk jadi hakim?

Bild
Husnuzon @ bersangka baik...kenapa ia teramat susah nak dibuat?
Mudah saja...
sebab kita lebih suka memandang kelemahan seseorang berbanding kelebihannya,
Lebih suka mencari buruk dan celanya berbanding keindahan akhlaknya,
Lebih 'menghargai' dan 'puas' dengan kesalahannya berbanding kebaikan dirinya,
Percayalah..kini..takdek manusia yang sempurna.. kita pasti ada cacat celanya,
Jadik..mengapa mahu mengadili diri seseorang..
sedangkan diri kita masih di takuk lama...
dan mungkin di takuk rendah berbanding si dia?...
yang masih tak mampu untuk memalingkan muka melihat kecacatan orang lain..
yang mungkin hanya sebesar kuman sahaja..
betullah kata pepatah melayu..
Kuman diseberang lebih kita nampak berbanding gajah yang didepan mata..
astaghfirullah hal azimm..

Jom sama2 kita memberi peluang untuk diri kita bersangka BAIK..
Dah terlalu lama kita biar diri ini di tenggelami arus prasangka..
Mengapa sering mahu mengumpul noda..
Mengapa ingin menjadikannya berganda?
Siapa kita untuk menghakim…

Time=Masa=Zeit is wasted

Bild
Masa.
Ada seorang hamba Allah pernah katakan pdku bahwa masa itu adalah umur.
terkedu sebentar tatkala aku mendengar ungkapan itu
terima kasih sahabat.
aku benar2 menghargai nasihat itu hingga ke detik ini.

Ya...
Masa itu umur.
Mana mampu untuk kita menariknya kembali.
setelah sekian lama kita bazirkannya.
tiada masa lagi untuk kita lengah.tiada.
guna masa itu sebaiknya.
bahagikan masa itu secantik cantiknya.
ketika mengejar keseimbangan antara..
akhirat yang hakiki dan juga keindahan duniawi.
kerana..
jika kita belengah..masa itu pasti akan memintas kita..
hingga pada suatu ketika tatkala kita tersedar dr lena..
waktu itu sudah terlambat..
penyesalan tiada lagi berguna..ketika kita malu menghadap yang Esa..
atas kealpaan kita didunia..
mari kita jaga masa kita rakan2..
jangan hanya di bazirkan hanya untuk hiburan..
kerana masa itu tidak lama..
untuk di cabut nyawa dan bertemu dengan hari pembalasan di SANA..

Sungguh, masa itu laju laluannya ,
bak sungai yang mengalir tanpa henti..tanpa ada kudrat kita menghe…

Bunga2 itu..i'm jealous! :)

Bild
..be 'that' bunga-bunga..

aku kagum melihat bunga-bunga itu..
semakin lama semakin kokoh..
semakin lama semakin tegap...
semakin lama semakin indah warnanya..
memancarkan keindahan Sang Pencipta Alam
hingga menyebabkan aku sangat2 menyayangi dirinya..
tanpa perlu ku besuara..
tanpa perlu ku hamburkan bait kata-kata..
kerana.. aku kagumm..
aku kagum melihat pengabdian diriNya pada yang Esa..
Tika badai melanda..
Bunga-bunga itu kokoh disitu..
berharap pada kuasa yang Esa..
aku mahu jadi bunga2 itu..
kerana..aku masih lemah..dalam itu semua..

Ya Allah..sungguh aku amat ingin menjadi seperti si bunga-bunga itu...
hanya padaMU aku mohon pertolongan

..am i too blind before this?

Bild
...be a nature's lover..

matahari mula menampakkan sinar..
kiri.kanan.depan. belakang.
penuh badan disimbahi cahayanya.
hijau.merah.coklat.hitam.k​uning.oren. dan berbagai lagi,
mula menampakkan diri satu persatu..
satu persatu kecantikkan alam mula menunjukkan diri..
tatkala ku melalui simpang2 laluan ke tempat kerja..

SubhanAllah..
Hadiah rupanya yang Kau nak berikan padaku..
Ku sangka kehadiranku di Quakenbrück ini adalah satu ujian kesusahan..
Tapi nah..Kau berikan aku antara nikmat dunia yang terindah..
Yang masih mampu untuk aku saksikan setiap harii..
Alhamdulillah..alhamdulila​h..

Di situ terselit seribu satu rahsiaMu..rahsia kebesaranMU
Yang tak mungkin mampu untuk aku rungkaikan satu persatu..
melalui pengetahuan ku yang hanya seperti setitis dakwat pena di lautan
Namun..
Apa yang aku tahu...Engkau Maha Berkuasa dan ini buktinya..
Engkau menciptakan ini semua..
yang sangat2 indah di pandangan mata sesiapa sahaja..
yang menenangkan jiwa bila melihatnya..
yang menghilangkan kerunsingan diri..
di…

Comitted serial lover?Are you?

Bild
Susah.Payah.Berat.Tak Mampu teruskan.
Itu yang sering berlegar dalam fikiran kitakan..tatkala mengharungi badai ujian..

Ya, ujian itu ada kalanya perit.
Ya,Ujian itu adakalanya berat dan payah.
Ya, Ujian itu adakalanya tak mampu rasanya untuk kita teruskan.
Tapi lupakah kau,
Yang...dengan ujian itu..Dia cuba mengingatkan kan diri kita yang sering terlupa ini..
untuk kembali bergantung padaNya,
untuk kembali bermunajat kepadaNya,
kerana..kadangkala kita mungkin TERLUPA padaNya seketika
ketika diri bergelumangan dalam kesenangan hidup duniawi..
tak begitu bukan?

Jadi jangan sesekali menganggap uijan itu satu bebanan,
walaupun bahumu kadangkala sudah letih memikulnya,
kerana ujian ini adalah hadiah cantik yang indah buat diri kita ,
Yang sering terlupa,
Yang sering alpa tatkala diuji kesenangan...

Allah itu Maha Baik ,
Maha Baik,
Jangan sesekali buruk sangka padaNya , kerana...
hanya Dia tempat engkau bergantung,
Tak mungkin Dia akan mengujimu dengan sesuatu yang tak mungkin tertanggung oleh mu,
kerana Dia Ma…

Judgementalism

Bild
...not judging people , but to really 'punishing' them hard ♥♥

Sungguh indah bait kata di dalam gambar di atas,
" Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan pada kita ialah dengan berbuat baik kepadanya"

SubhanAllah...sungguh Islam itu indah,
Sungguh ajaran agama Allah itu benar,
jika diikutkan logik akal,
mana mungkin kita yang disakiti, yang dikejami yang dikhianati,
perlu dahulu berikan senyuman?

SubhanAllah.. sungguh cantik Islam itu,
ia mengajar aku erti sabar, erti bertolak ansur, erti memaafkan sesiapa sahaja, especially saudaraku sendiri,
sungguh indah...
sungguh tak terbayangkan bg diriku sebelum ini
untuk berbuat baik pada orang yang pernah menyakiti diriku secara terang mahupun sembunyi,
yang pernah berprasangka padaku,
yang pernah dan sering melukai hati ini,
tidak kira melalui apapon cara,
riak muka, bahasa badan mahupun tutur kata yang sering kali membuat aku kecewa menangis terluka,

Namun aku terlampau dan amat yakin,
Allah itu sangat dekat dengan dirik…

Smile is the best Medicine

Bild
....keep SMILING like smiling little forggie...

Senyum.Smile.Lächlen.
3 perkara yang serupa dalam berlainan bahasa.
Namun maknanya tetap sama.
kerana...
senyum itu amat bermakna dan tinggi ertinya buat sesiapa yang melihatnya..
senyum itu tanda mesra
senyum itu tanda sayang
senyum itu bukti ketabahan di waktu susah
menandakan bukti hebatnya iman seseorang hamba yang merendahkan diri pada tuhan yang Esa,
senyum itu pengubat luka
yang mampu membuat lawan menjadi kawan
yang mampu menghilangkan luka dan lara didalam jiwa
Tapi..
kadang2 mengapa begitu sukar untuk diri ini tersenyum?
terlampau banyak prasangkakah?
terlampau tinggikah ego diri?
walaupun untuk saudara sendiri?
sehinggakan dia berasa hati?
dek kerana cuka mukamu begitu tajam sekali..
berfikir dan berfikir aku berkali-kali,
buat diriku dan juga saudaraku yang sukar benar untuk tersenyum,
yang mana lebih gemar memilih untuk menghilangkan seri di wajah
berbanding rawatan awet muda secara percuma,
bukannnya susah, namun ia jua bukan mudah,
jika kita tidak…