Judgementalism













...not judging people , but to really 'punishing' them hard ♥♥

Sungguh indah bait kata di dalam gambar di atas,
" Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan pada kita ialah dengan berbuat baik kepadanya"

SubhanAllah...sungguh Islam itu indah,
Sungguh ajaran agama Allah itu benar,
jika diikutkan logik akal, 
mana mungkin kita yang disakiti, yang dikejami yang dikhianati,
perlu dahulu berikan senyuman?

SubhanAllah.. sungguh cantik Islam itu,
ia mengajar aku erti sabar, erti bertolak ansur, erti memaafkan sesiapa sahaja, especially saudaraku sendiri,
sungguh indah...
sungguh tak terbayangkan bg diriku sebelum ini
untuk berbuat baik pada orang yang pernah menyakiti diriku secara terang mahupun sembunyi,
yang pernah berprasangka padaku, 
yang pernah dan sering melukai hati ini,
tidak kira melalui apapon cara, 
riak muka, bahasa badan mahupun tutur kata yang sering kali membuat aku kecewa menangis terluka,

Namun aku terlampau dan amat yakin,
Allah itu sangat dekat dengan diriku , kerana....
setiap kali aku terluka,
setiap kali aku kecewa dengan sikap manusia yang sering berubah-ubah,
setiap kali itulah kurasakan bagai Dia 'datang' kepadaku memujuk diri ini...
melalui ayat2nya dalam kitab suci kesayanngan diriku dan seluruh umat Muhammad,iaitu Al quran,

bukan itu sahaja,
alam ini kurasakan berirama merdu tatkala diriku sedang kesedihan,bagaikan memujuk diri ini..
Dia sering berikanku peluang untuk menerima dan menjamah nasihat dar diriNya, 
melalui kitabNya
sungguh Ya Allah, Engkau Maha Pemurah , Maha Mengasihi hamba2 Mu,
biarpun beribu kali diriku menyalahi perintahMu,
Engkau tetap berada denganku, tambahan dikala aku kesusahan , kesedihan, keliru, terseksa dan diseksa....

Jadi, jom kawan2 ...kita start daripada hari ini
Jom kita buat baik dengan sesiapa sahaja, pada saudara dan jua musuh kita,
senyum pada mereka, ceriakan hati mereka ,
walaupun mereka pernah, sering ataupun sedang menyakiti hati kita,
kerna, 
memaafkan kesalahan orang lain dan kezalimannya pada dirimu adalah lebih baik dan di sukai oleh Allah.

Jadi ini adalah peluang keeemasan untuk kita rebut dan cari redha serta cintaNya, 
InsyaAllah.

Kommentare