Aku..tak mahu lari..
Berulang kali aku menghela nafas...
Lagi dan lagi..
Berulang kali air mata ini tumpah..
Lagi dan lagi..
Kalau bukan kerana peringatanNya dalam kitab suci..
mana mungkin aku mampu berdiri lagi..
Aku zalim..ya itu aku perlu akui..
aku zalim pada diri sendiri..
Berkali kali aku ulangi perbuatan yang tidak bererti..
membazir masa disana sini..
menghambakan diri pada keindahan duniawi..aargghh!!
Apakah semua itu?
Apakah kau tak mengerti..kehendak naluri dan hatimu
Kononnya mahu dekat pada Ilahi..
tapi adakah sama ianya perbuatanmu?!
Samakah?!
Jika sama, mana kebenarannya?!
Atau hanya setakat manis dibibir sahaja?
Ya Allah..sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui diri ini..
Ya..aku zalim..
Ya..aku banyak tersadung..
Ya..aku banyak terlalai..
Ya..aku penuh dengan kekhilafan dan ketidaksempurnaan
Ya aku penuh dengan itu dan ini..
Aku akui itu semua...tidak ada satu pun yang mahu aku tidakkan
kerana itu adalah kesilapan aku..
kesilapan ku dalam meniti jalan menuju diriMU..
Aku lemah ya Allah..aku sememangnya lemah..
Kalau bukan kerana Engkau yang memapah ku kembali berdiri..
Takkan mampu hambaMu ini berdiri kembali..
Tapi ya Allah..
kelemahan ku ini..bukan bererti aku akan lari..
bukan bererti aku akan berpaling dariMU..
Tapi aku mahu ianya dijadikan kekuatan untuk aku..
menongkah arus berduri menujuMU..
Aku akan gagahkan jua..
Kaki ini melangkah..
walaubagaimana dalam pun ia ditusuk duri..
walaubagaimana parah ia di hiris sembilu..
kerana aku tahu..Engkau sentiasa di sisi diri ini..
Sentiasa memberi peluang berkali kali..
dan teramat menyayangi diri hambaMU ini..
Tabahkan hatiku ya Allah..
Kuatkan iman didalam dada ini..
Aku mahu redha dan cintaMU..
Aku mahu terus berlari padaMU..
Aku mahu mengejar diriMU..
Aku mahu sentiasa dekat padaMU..
Kerna sungguh,sungguh aku takut..aku takut jika aku jauh dariMU..
Apalah erti hidup ini..kalau aku hanya hidup..
tapa Redha dan cintaMU..
Tak mampu dan tak mahu aku bayangkannya..
kerana di kala saat itu berlaku..
aku takkan mampu teruskan hidup ini..
Jadi ya Allah..
Aku pohon kekuatan dariMU..
Maafkan aku andai aku tersilap..
Jangan hukum diri ini..tika diri ini tersadung di lembah berduri..
Aku pohon..hanya pergantungan dari MU..
Ya Rabb
Kommentare
Kommentar veröffentlichen