Posts

Es werden Posts vom Juli, 2014 angezeigt.

5M yang sering dilupai

Muroqobah (rasa diawasi Allah).
Mujahadah (bersunnguh melaksanakan ketaatan pada Allah dengan mengenepikan tuntuan hawa nafsu).
Muhasabah (Evaluasi diri).
Mu'atabah (Kritikan pada diri).
Mu'aqabah (Hukuman sbg pengajaran untuk diri sendiri).

Pernah dengar 5M yang disenaraikan di atas ini?

Dalam buku Menuju Ketaqwaan hasil tulisan Abdullah Nasih Ulwan ada di sebutkan tentang 5M ini, yang mana jika 5M ini di applykan pada diri setiap muslim, dia akan menyuburkan ketaqwaan yang ada.

Ketaqwaan adalah kunci kebahagian. Benar. Ianya bukannya perasaan takut seperti takutnya kita kepada musuh. Tapi ketakutan yang menghasilkan ketundukkan. Yang membuatkan kita hendak lebih taat lagi dan lagi kepada Maha kuasa kerana kita tahu betapa hebatnya kekuasaan Dia. Betapa pengasihnya dan penyayangnya Dia pada hamba yang sering melampaui batas ini.

Dan hasil ketaqwaan itu akan membuatkan kita untuk tidak jemu beribadah, sentiasa akan memperbaharui niat, malah akan kreatif tanpa melebihi batas syara&…

Kita Boikot sbb kita CAKNA bukan SAJA²

Bild
Boikot. Dulu ade yang menyergah , apa gunanya boikot nih!
Menyusahkan diri sendiri.

Sekarang biar saya tanya kembali,
Apa yang kita dapat kalau kita tak boikot? You have seen enough in Tv's , heard in radios lots and tonnes of incidents that will not make you even breath for a second. Shockingly and Brutally inhuman.

Tak perlu untuk saya membuka helaian sejarah yang berbelit belit dan rumit kepada anda, kerana apa yang terpapar di dunia ketika ini sudah lebih dari cukup.

Apa rasanya jika kita ditempat mereka? Apa rasanya kita jika anak, isteri sanak saudara kita diperlakukan sebegitu ? Takkan meraungkah kita? Mungkin meroyan agaknya kita.

Tapi kalau kita lihat di kaca TV, tak pernah orang palestin meminta belas kasihan.
Kerap kali mereka laungkan 'hasbunallahu wa ni'mal wakiilll!!' (cukuplah Allah bagi kami)

Cuma pertanyaan mereka terhadap kita di kaca TV menggetarkan jiwa saya. Mereka tanya:
Apakah dunia tidak melihat?
Dimanakah ubatan? Dimanakah bantuan?

Tidak, mere…

Tiada Ramadhan yang sama

Sudah berlalu separuh ramadhan. 
Sememangnya cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah separuh perjalanan. 
Tapi secepat mana pon berlalunya Ramdhan itu, yang pernah saya perasan setiap satu ramadhan yang berlalu dalam hidup kita, setiap kalinya ia sangat berbeza. Agendanya, semangatnya hatta ahlinya.
SubhanaAllah, cantiknya susunan Allah, kan?
Pasti ada sahaja tarbiyyah terbaru, potensi diri yg baru, muhasabah diri yang baru yang boleh kita kecapi daripada tiap2 ramadhan.
Berbeza dan awesome. Itu kata2 diri saya utk ramadhan kali ini. Perasaan mengenali semula diri, tahu potensi, kelemahan diri juga dalam masa yang sama, walaupun berbaur perasaan tatkala menerimanya, hasilnya  cukup indah.
Nampak dimana target diri, usaha yang selama ini saya dambakan untuk nampak cukup buatkan diri bahagia. Bahagia pada mujahadah baru, bahagia sebab seakan mengenali diri yang baru. SubhanAllah2.
The fact that i knew i can endure something bigger than my ownself is just awesome!!
Selama ini kita san…

Sampai lelah kelelahan mengejar

Seusai membaca Buku "Sudahkah Kita Tarbiyah" hasil nukilan pakcik hebat, Eko Novianto dan juga beberapa article motivasi di lifehack.com.

Saya terpanggil menulis berkenaan satu value yang perlu ada, malah boleh dikatakan sangat essential dalanm kehidupan seorang manusia, tambahan pula seorang dai'e ilallah iaitu sikap optimis.

Dilahirkan sebagai seorang yang kadang² tak lari daripada sikap pessimis, saya akui untuk menjadi optimis atau dalam erti kata lain, mengamalkan value yang satu ini adalah satu perkara yang bukannya mudah. Kenapa tidak mudah, kerana ianya adalah sunnatullah tatkala sesuatu yang positif itu pasti akan ada perkara yang menentangnya . Dan disitulah akan datangnya ujian kesabaran, berlapang dada, mujahadah(sungguh²), tadhiyyah(pengorbanan) , ikhlas, etc².

Walaupun ianya bukan mudah, ianya juga bukanlah mustahil lansung. Cuma macam mana kita menyikapinya, itu yang akan menjadi persoalan dan berkemungkinan, menajadi kayu ukur (bench mark) samada kita aka…