Tiada Ramadhan yang sama

Sudah berlalu separuh ramadhan. 

Sememangnya cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah separuh perjalanan. 

Tapi secepat mana pon berlalunya Ramdhan itu, yang pernah saya perasan setiap satu ramadhan yang berlalu dalam hidup kita, setiap kalinya ia sangat berbeza. Agendanya, semangatnya hatta ahlinya.

SubhanaAllah, cantiknya susunan Allah, kan?

Pasti ada sahaja tarbiyyah terbaru, potensi diri yg baru, muhasabah diri yang baru yang boleh kita kecapi daripada tiap2 ramadhan.

Berbeza dan awesome. Itu kata2 diri saya utk ramadhan kali ini. Perasaan mengenali semula diri, tahu potensi, kelemahan diri juga dalam masa yang sama, walaupun berbaur perasaan tatkala menerimanya, hasilnya  cukup indah.

Nampak dimana target diri, usaha yang selama ini saya dambakan untuk nampak cukup buatkan diri bahagia. Bahagia pada mujahadah baru, bahagia sebab seakan mengenali diri yang baru. SubhanAllah2.

The fact that i knew i can endure something bigger than my ownself is just awesome!!

Selama ini kita sangka mehnah yang berselirat disekeliling kita sangat melemaskan. Kadang penat sebab ianya datang dalam pelbagai sisi, pelbagai bentuk dan juga dr pelbagai jenis ragam manusia. Sekarang saya mampu tersenyum dan ketawa melihat 'kebodohan' diri sewaktu berhadapan mehnah2 itu.. haha sungguh waktu itu tidak matang dan sesungguhnya ego itu menebal.

Namun tatkala ramadhan ini sudah semakin menghampiri penghujung, saya bertanya pada diri : mampukah aku melalui 11 bulan kehadapan yg akanpenuh mehnah nanti. Adakah saya akan kembali melatah jika mehnah itu datang menghinggap lagi?

Am i gonna constantly evolving like in ramadhan. Jujurnya saya tiada jawapan utk itu semua. Tapi saya yakin Allah ada. Dan saya teramat yakin jika kita usaha menjaganya, Allah pasti akan menjaganya utk kita. 

Jadi mari kita jaga.
Kerna impak ramadhan kali ini berbeda.
It peel of the old layer and revealing the new you.

So , optimist with Allah.
As long as you rely on Him. Everything will be smooth and easy.

Just remember, He will never let you down.

Here or in the hearafter.

Allahualam.



Kommentare