Sampai lelah kelelahan mengejar

Seusai membaca Buku "Sudahkah Kita Tarbiyah" hasil nukilan pakcik hebat, Eko Novianto dan juga beberapa article motivasi di lifehack.com.

Saya terpanggil menulis berkenaan satu value yang perlu ada, malah boleh dikatakan sangat essential dalanm kehidupan seorang manusia, tambahan pula seorang dai'e ilallah iaitu sikap optimis.

Dilahirkan sebagai seorang yang kadang² tak lari daripada sikap pessimis, saya akui untuk menjadi optimis atau dalam erti kata lain, mengamalkan value yang satu ini adalah satu perkara yang bukannya mudah. Kenapa tidak mudah, kerana ianya adalah sunnatullah tatkala sesuatu yang positif itu pasti akan ada perkara yang menentangnya . Dan disitulah akan datangnya ujian kesabaran, berlapang dada, mujahadah(sungguh²), tadhiyyah(pengorbanan) , ikhlas, etc².

Walaupun ianya bukan mudah, ianya juga bukanlah mustahil lansung. Cuma macam mana kita menyikapinya, itu yang akan menjadi persoalan dan berkemungkinan, menajadi kayu ukur (bench mark) samada kita akan berjaya atau kecundang.

Well buddy, Allah pon sentiasa mengajarkan kita untuk selalu mengoptimiskan diri.
An Nahlu ayat 97:
"Barangsiapa mengerjakan kebajikan baik laki2 ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya  kehidupan yang baik...."

Bukannya nak kata kita lansung tidak boleh berasa negatif, pastilah bukan itu argumen saya disini, cumanya sejauh mana kita nak 'stay in control' in terms of your akhlaq, emosi, thoughts, dan bermacam macam ketika menghadapai sesuatau yang dalam jangkaan atau diluar jangkaan kita. Iya, kita boleh sedih, marah, kecewa, dan sebagainya, tapi sejauh mana kita perlu menyikapi sifat² ini dan bagaimana kita elajar daripada apa yang Rasulullah saw dah ajarkan melalui sikapnya.

Jika Rasulullah itu pessimis orangnya, akan baginda terus kecewa dan tak lagi berusaha tatkala dilukai di Taif, di campakkan najis di Makkah. Jadi pada diri Rasulullah telah dítunjkkan, secara idealnya, sikap pessimis itu tidak perlu, Ianya hanya membazirkan masa, tenaga dan kudrat kita ynag kalau kita tolak ke tepi perkara pessimis ini, ia akan lebih membuatkan produktiviti pada diri kita dan ummah.

Jika nak becerita ttg apa yang perlu kita optimiskan, saya akan jawab, SEMUA.

Ya, semua sekali. Islam kan syumul? Jadi jika Allah sendiri menyuruh hambaNya sentiasa optimis, dan islam itu merangkumi semua perkara, maka ianya termasuk semua sekalilah , kan? Logik, kan?

Sikap yang menghalang optimisme

Maka akan tertanya antara kita, macam mana mahu optimis?

Pertama sekali tetapkan niat kerana Allah.

Tapi Allah ada menyebut dalam surah al anfal ayat ke 53:
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikanNya kepada sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. sungguh Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui"

Makan, optimisme itu memerlukan kekreatifan, sikap positif atau lebih senang nak kata akhlaq² mahmudah dan juga usaha. Jika kita asyik memilkirkan keadaan kita yang tak berubah² itu, dan asyik menumpulkan kekreatifan kita dengan sikap kecewa, malas utnuk mujahadah, kita takkan kemana.

Kita perlu usaha dan kreativiti, yang mana  dalam usaha itu ada mujahadah dan tidak ada sikap bertangguhan dan juga sikap nak memberi alasan atau justifikasi terhadap kekurangan kita. Optimistic people are prone to focus on improvements, not unnecessary things that could waste your energies, such as having constantly negatives attitude towards yourself and people around you.

Dalam akhlaq mulia, kita akan mengamalkan segala sikap mahmudah yang ada ditunjukkan oleh Rasulullah pada sahabat dan ynag terutama sekali , yang telah Allah syariatkan. Berlapang dada terutamanya ketika menerima kritikan atau menerima hamburan daripada orang² yang samada nak menjatuhkan atau menaikkan kita. Selagi mana ada perkara negatif atau positif yang mendatangi kita, santunilah dengan akhlaq mulia, yang terbaik , yang mampu kita lakukan.
Jika saya bercerita ttgnya disini, saya perlukan satu entry baru agaknya...hehe...cukuplah saya katakan, startkan mengaplikasikan setiap satu value dari akhlaq mulia itu betul2 dalam hidup kita. tak mahu, manis dimulut sahaja atau berkobar setakat suara, tapi kita datangnya situasi ynag memerlukan amalnya, semua hamperh belaka. Usahakanlah, hatta sedikit. Memang tak mudah, tapi jugak bukanlah mustahil. Yes you will cry a lot, you might also get your pride and ego hurt, but that's ok. Believe me, it all worth totally. Been There, Done That, dan terbukti betapa ianya tidak sia-sia, dan saya masih lagi terus dan terus belajar tentang perkara ini.

Optimisme juga perlukan 'hard work'

Hard Work ynag saya maksudkan disini adalah kerajinan dalam menimba ilmu. Jika kita ini sudah cukup krestif, ada usahanya tanpa henti dan juga sikap positifnya, jika kita tidak membuka dada untuk ilmu yang baru, sisi yang baru, perspective yang baru, belajar mengenai sikap manusia² yang pelbagai dan 'baru' dalam hidup kita, it could make us jumping slowly towards pessimisme area.

Sebab apa, ilmu itu adalah satu keperluan dalam kita nak mengaktifkan sel² optimisme  dalam diri kita.
Jika tidak, secara otomatiknya , kita boleh menjadi manusia yang jumud dan tidak berkembang.
Kekreatifan akan semakin haus, usaha akan menarik sisa2 kebosanan, dan juga tidak akan ada lagi sikap positif jika kita kerap haus dan bosan. Kita akan mudah malas dan akan terus jatuh ke lubuk futur.

Jadi belajarlah, timbalah ilmu daripada mana pun sisinya, sebab bukan buku dan video ceramah sahaja mampu hasilkan ilmu pada kita, malah kehidupan ini.

Perhatikanlah alam ini. Pasti kau akan mendapatkan sesuatu yang berguna. :)

Allahualam









Kommentare