5M yang sering dilupai

Muroqobah (rasa diawasi Allah).
Mujahadah (bersunnguh melaksanakan ketaatan pada Allah dengan mengenepikan tuntuan hawa nafsu).
Muhasabah (Evaluasi diri).
Mu'atabah (Kritikan pada diri).
Mu'aqabah (Hukuman sbg pengajaran untuk diri sendiri).

Pernah dengar 5M yang disenaraikan di atas ini?

Dalam buku Menuju Ketaqwaan hasil tulisan Abdullah Nasih Ulwan ada di sebutkan tentang 5M ini, yang mana jika 5M ini di applykan pada diri setiap muslim, dia akan menyuburkan ketaqwaan yang ada.

Ketaqwaan adalah kunci kebahagian. Benar. Ianya bukannya perasaan takut seperti takutnya kita kepada musuh. Tapi ketakutan yang menghasilkan ketundukkan. Yang membuatkan kita hendak lebih taat lagi dan lagi kepada Maha kuasa kerana kita tahu betapa hebatnya kekuasaan Dia. Betapa pengasihnya dan penyayangnya Dia pada hamba yang sering melampaui batas ini.

Dan hasil ketaqwaan itu akan membuatkan kita untuk tidak jemu beribadah, sentiasa akan memperbaharui niat, malah akan kreatif tanpa melebihi batas syara' dalam nak caüai keikhlasan dalam beribadah.

SubahnaAllah², hebat bukan?

Jom kita mulakan.

Menariknya bila kita merasakan diri kita diawasi adalah kita akan sukar untuk melakukan perkara yang menjatuhkan diri kita pada lubuk dosa. Kita ambil analogi ini; jika kita sedang memandu kereta dan dikatakan ada lubang gaung di pertengahan jalan, adakah kita masih nak menempuh jalan itu atau kita nak mencari jalan alternatif ynag tak membahayakan nyawa kita? Dan kita tahu apa jawapannya, kan?
Dan perasaan diawasi ini akan membuatkan kita sentiasa berhati² dalam apapun tindakan. Hatta apa yang kita nak cakapkan juga. Apa sahaja. Dibenak fikiran kita akan ada persoalan : benda nih kalau buat Allah suka/redha tak?

Well perasann diawasi ini juga sebenarnya menunjukkan bahawa betapa sayangnya Dia pada kita. Kenapa ibu atau ayah kita akan sentiasa menanyakan kemana anaknya pergi, dan berjalan dengan siapa jika keluar. Kerana SAYANG! Pastilah Allah lebih dari itu. TAQWA itu sebenarnya simboliknya sayangnya Allah pada kita. Kalu tak sayang , sudah lama Dia akan biarkan terkontang kanting. Tapi tidak, Dia malah menyusun setiap satunya baik untuk kita, agar hidup kita selesa.

Jadi apa salahnya untuk merasa diawasi, bukan?

Dari pada perasaan itulah sebenarnya akan melahirkan mujahadah pada diri kita. Kita akan bersungguh dalam melakukan ketaqwaaan padanya walaupun kadang mujahadah itu menuntut jiwa, perasaan kita , harta kita malah masa kita!Dan kita secara amnya tahu, takkan sempurna ibadah itu tanpa amalnya. tak cukup jika berniat dan punya perasaan, kerana buah ibadah itu adalah pada penghasilan amalan.

Cuma dalam pada melakukan amalan , kita takkan terlepas daripada kesilapan. Dan jika kita buta dengan kesilapan kita , kita akan jadi buta dalam keegoaan. Sadis, kan? Dan disinilah gunanya muhasabah dan evaluasi diri. Manusia ini takkan sempurna. Kita PASTI akan lakukan kesilapan. Dan antara kesilapan terbesar apabila kita membiarkan diri kita disuburi dengan penyakit² hati. Lebih sadis, penyakit² ini yang sangat halus ini mampu menarik kita ke lubuk neraka dengan begitu mudah, malah segala amal akan dihapuskan kerana adanya penyakit² ini. Astaghfirullah. Moga allah hindarkan kita daripada penyakit² hati ini.

Jadi muhasabah hanya takkan cukup jika kritikan membina tidak dihasilkan. Bagaimana hendak membaiki jika kita tidak ada kesedaran untuk berubah. Kritikan membina sangat perlu. Kita akan mudah rasa kecewa tatkala melihat kegagalan kita dalam bermujahadah dan bermuroqobah pada Allah, jadi tanpa kritikan ynag membina, amat sukar untuk kita bangkit semula. Jadi kritiklah diri dengan seadanya agar kembali subur iman² kita yang lesu selama ini. Monologlah pada diri kita tentang peluang yang Allah masih beri, masa yang masih ada dan keampunan yang Allah telah sediakan. Bagaimana bentuknya, anda lebih mengetahuinya, sbb ada org yang bersemangat dengan kritikan positif, malah ada juga yang lebih bersemangat dengan kritikan negatif. Bagaimana bentuknya, usah dirisaukan, asalkan ianya mampu membina.

Hukuman kecil pada diri adalah keperluan pada saya. bak kata saidina Umar Al Khatab ; Hisablah dirimu sebelum kami dihisab. Menunjukkan selepas diisabkan baik dan buruk amal kita lakukanlah sesuatu agar kita dapat mengambil pengajaran, malah, hukum diri kita dnegan amalan tambahan. Ibadah yang benar adalah apabila kita semakin dekat dengan Allah dan bukannya semakin jauh denganNya. Hukuman yang saya maksudkan disini bukanlah untuk mencederakan fizikal atau memberatkan diri kita, tapi lebih kepada membalut luka² yang telah kita buat hasil kealpaan diri sendiri. Contoh hukumannya adalah seperti ; jika kita terlepas untuk qiam, maka kita akan mengantikannya dengan 12 rakaat solat dhuha.

InsyaAllah setakat ini dahulu perkongsian dari saya,

allahualam.










Kommentare