Kita Boikot sbb kita CAKNA bukan SAJA²



Boikot. Dulu ade yang menyergah , apa gunanya boikot nih!
Menyusahkan diri sendiri.

Sekarang biar saya tanya kembali,
Apa yang kita dapat kalau kita tak boikot? You have seen enough in Tv's , heard in radios lots and tonnes of incidents that will not make you even breath for a second. Shockingly and Brutally inhuman.

Tak perlu untuk saya membuka helaian sejarah yang berbelit belit dan rumit kepada anda, kerana apa yang terpapar di dunia ketika ini sudah lebih dari cukup.

Apa rasanya jika kita ditempat mereka? Apa rasanya kita jika anak, isteri sanak saudara kita diperlakukan sebegitu ? Takkan meraungkah kita? Mungkin meroyan agaknya kita.

Tapi kalau kita lihat di kaca TV, tak pernah orang palestin meminta belas kasihan.
Kerap kali mereka laungkan 'hasbunallahu wa ni'mal wakiilll!!' (cukuplah Allah bagi kami)

Cuma pertanyaan mereka terhadap kita di kaca TV menggetarkan jiwa saya. Mereka tanya:
Apakah dunia tidak melihat?
Dimanakah ubatan? Dimanakah bantuan?

Tidak, mereka tidak meminta dibelas kasihankan. Cuma pertanyaan mereka adalah simbol terhadap tanggungjawab kita yang masih belum terlangsai.

Apa yang akan kita jawab, jika mereka tanya persoalan ini ditanyakan dihadapan Allah? Jangan katakan hendak jawab, mungkin mengangkat muka pon belum tentu kita mampu.

Jadi tujuan boikot ini, bukan kerana kita saja² memberi belas kasihan. Sebab mereka tak perlukan itu semua kerna dalam diri mereka ada ALLAH!. tapi kita boikot kerana kita cakna dan KASIHANKAN diri kita.

Sudahlah tidak mampu turun padang disana, sebarkan tentang kesengsaraan mereka hatta nak boikot beberapa jenama itu saja pon kita tak mampu, memang patutlah jika kita tak mampu mengangkat muka di hari akhir.

Saya bukan mengherdik, jauh sekali menghina jika anda tak lakukan ini semua, cuma saya hanya mahu tanya, mereka disana itu bukan manusia kah?

Layakkah diperlakukan sebegitu rupa.

I'm sick of crying all the time in front of computer and then do nothing to help!

I'm sick of hearing people debating on violence but still do not donate or spreading the awareness.

Tolong jangan cakap sekadar lebat, kerana Allah, amat membencinya.

Saya tak kesah, jika anda kaya ataupun miskin, anda nak makan sedap ataupun nak berjalan, atau nak tgk movie atau nak buat apa yang anda mahu dengan rezki yang Allah berikan.

Tapi dalam banyak² rezki ynag Allah berikan, takkan sedikit pon tak boleh kita berikan kepada mereka yang memerlukan.

Takkan nak boikot pon anda tak sanggup. Bukan product² tersebut yang menjadi sedapnya makanan anda ataupun kenyangnya perut anda, bukan?

********************

Now, it is time to change right? It is not yet too late
Allah is al mujeeb (supllications answerer), so jangan rasa depress..

Masih ada masa lagi :

  1. Jom banyakkan doa, qunut nazilah, selawat atas nabi , puji pujian, bacaan Al-quran, doa dengan penuh rasa rendah hati dan khusyu' padaNya. 
  2. Sebarkan CAKNA - dalam komuniti kecil : office, keluarga, jiran sampai komuniti besar : audience in social networking paling kurang pon
  3. Boikot dari yang kecil. Boikotlah walaupun hanya satu product. Jika tak mampu boikot product² besar, boikot product² kecil secara istiqamah pon dah ok.
mungkin ada banyak lagi action plannya, tapi saya berikan tiga ini sahaja dahulu supaya kita boleh bermula dengan langkah yang kecil sehingga sebesar besar langkah yang kita mampu dengan istiqamah.

p/s : maafkan saya jika ada yang terkasar bahasanya dalam post kali ini.

allahualam






Kommentare