Posts

Es werden Posts vom 2013 angezeigt.

Susah itu indah, ada tau ka?

Kadang kala kita sering rasa takut dengan 'momokkan' dakwah itu susah.

Tarbiyah itu payah dan memenatkan.

Iya.Hakikatnya sememangnya begitu.

Tapi tatkala kita berbicara tentang kesusahan, kita kadang lupa untuk selitkan message kegembiraan.

Walhal methode Allah dalam nak menyediakan mutarobbinya yang agung iaitu Rasulullah s.a.w sentiasa jika ada momokkan tentang negara pasti diberi janji indah tentang syurga. Tak caya?

Cubalah belek surah Al Insan ayat 1 sampai habes.

Susah dalam dakwah itu indah sebenarnya. Teramat indah. Sampai mampu buatkan manusia yang disentuh, tak mati kekeringan ruhinya, tatkala usrah tak menjengah, daurah jauh skali , mukhayyam sentiasa ternanti tak kunjung tiba.

Tapi kerana Allah, langkah kakinya tetap teratur , menyusun langkah dalam dakwah mentebarkan benih² tarbiyah dan qudwah bersinar sinar tak kira di mana dia berada!

Tapi hakikatnya manusia, gemar benar lepa, bila berada dalam kesusahan;
Kita lepa dengan keberadaan Allah dengan kita.
Kita lepa…

Tak kenal Maka Tak Cinta : Al Wakeel (The Most Trustee)

Trust. Kepercayaan.

Adalah sesuatu yang bukannya mudah untuk kita dapat dan juga bukanlah mudah untuk kita berikan kepada sesiapa pon.

Kita takkan mudah mempercayai manusia begitu aja, kerana tiada siapa mampu dalam rangka kita sebagai manusia biasa untuk memberikan dan meletakkan kepercayaan 100% ke atas manusia lain.

Tapi tidak pada Allah. Allah itu di atas sifatnya Al Wakeel. Dalam bahasa inggerisnya The Most Trustee, bahasa melayunya, yang paling dipercayai. Percayalah kita hanya mampu untuk meletakkan sepenuh kepercayaan hanya kepada Dia, pada apa yang Dia perintahkan, pada siapa yang Dia suruh letakkan kepercayaan.

Jika sifat ini kita imani, hidup kita akan aman, dan amat bahagia.
Sebab fitrahnya manusia ini, Allah ciptakan hidup dengan pengharapn.

Pengharapan pada keampunan, pengharapan kepada semangat.
Pengharapan pada kebahagiaan, pengharapan kepada ketenangan di kala kesedihan.

Tatkala mendengarkan penerangan daripada seorang saudara jauh yang amat saya cintai keranaNya iaia…

Siri Nasihat : Mufti Menk - How to to make it difficult to sin.

Ini merupakan 'extraction' daripada pengsian daripada mufti menk yang bertajuk 'how to make it difficult to sin'. Pada saya ini sangat bermanfaat untuk kita semua dalam menghadapi dunia ynag penuh ranjau ini dan jugak dalm nak mengejar redha Ilahi sebaik baiknya


How to make it difficult to sin : Take care of your dress code properly : Use the sunnah dresscode. Grow beard, wear jilbab. This will increase other people respect on you. Do not miss the single salah. Remember the 7 people under shades of Allah, one of them is that a man who is hanging with the masjid. Salah will make them stop comitting sin. Give zakat n the correct way. Give it voluntarily Fasting voluntarily as it will be shield between uy and sin and the for of jahannam. Tips : increase good deeds and the sin will decrease as it will become difficult to commit sin. Remembrance of Allah SWT. Keep your tounge moist with zikir and moist your tongue Keep saying astaghfirullah hal …

Wahai hati menangislah

Teringat kisah Tsabit bin Qais r.a...Tatkala dirinya mendengar sepotong ayat Al Quran daripada surah 31 ayat 18..berkenaan dengan manusia yg sombong..menangis dirinya mengenangkan yg keadaannya yg sukakan pakaian dan kasut yg indah..
Tertawa Rasulullah tatkala mendengarkan sikapnya..dan Rasulullah jamin yg dia bukan dr golongan itu dan akan masuk syurga, subhanallah!!
Tatkala mengenangkan kisah sahabat yg seorang ini..aku pula yg kepiluan..sentapkah hatiku bila membaca ayatNya..
Lebih menakutkan bila kita tidak menggangap ayat Allah itu diturunkan utk kita naudzubillahi min dzalik..
Pandanglah ayat quran..bacakah dan menangislah..menangislah kerana  kita tak tahu dimana salah kita..istighfarlah..kerana kita tahu Allah itu akan ampunkan..
Nangislah semahunya.. Kerana cinta padaNya..kerana..menangis keranaNya takkan merugikan walaupun satu jiwa..kerana disitu kita cuba cari keampunan dan juga jaminan syurga di sana..
Allahualam.

Ku Baca Firman Ilahi, Lalu ku Tunduk

Ya Allah...tolong aku... Bisik hati yang keluh kesah ini.. Beberapa hari hatiku tak tenang.. Gelisah. Semua aku buat tidak kena.. Ku asyik terdengar bisikan durjana syaitan.. Arghh.. Kenapa ia bermain difikiran.. Jerit sudah ku buat..Qalam sudah ku khatamkan.. Apa yang tidak kena dengan diri ini..
Apa masalahnya..? Belum sampaikah lagi masanya bagi orang² beriman untuk khusyuk hati mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang² yang diberi kitab sebelum mereka, setelah orang² itu melelui masa lanjut maka hati mereka menjadi keras,dan banyak di antaranya orang² fasik- derhaka. Al hadid : 57:16
Ku dengar daripada seseorang ayat ini.. Rebah aku..longlai..bayangan neraka..bayangan azab, bayangan sakaratulmaut datang bertalu talu.. Mampukah lagi diri ini di maafi Kemudian ku cari jawapan dalam helaian Al-Quran , KataNya : Itulah keterangan-keterangan mengenai (hari) kiamat yang …

Tarbiyyah tak ajar kita ber'camping'!

Terpana sebentar ketika menyelak helaian muka buku Zero to Hero.

We are not campers, definitely not quitters, but we are climbers!

sikapnya orag yang suka bercamping, apabila menjumpai sesuatu yang memuaskan hati, mereka akan berhenti dan bercamping. Jika yang cepat mengalah, penat aja , berliku aja, sudah mula berhenti.

Tapi halnya lain dengan di pendaki. Halangan ke ribut, hujan batu, lautan api sekalipun, akan diredhainya juga. takkan berhenti. Bezanya antara mereka lambat dan cepatya. Kreatif atau tidak. besar atau kecilnya langkah. Tapi jauh sekali mengalah. Mereka tergelincir hatta terjauth atau terpelcok masuk ke dalam gaung sekalipun akan mereka naik semula, walaupun dengan kepayahan, dengan rasa malu kerana terjatuh kerana mereka tak puas. Tak puas lagi tak sampai ke puncak. Tak puas lagi tak nampaknya sinarnya matahari, birunya awan.

Itulah hakikatnya tarbiah. Itu itu penuh dengan liku² kesusahan. Tapi tarbiyyah yang Allah ajarkan, tak pernah mengajarkan kita untuk kalah malah u…

Bila mesin menjadi murobbi sementara #1

"Ok kit naikkan suhu ke 900 darjah celcius" kata ketua technician..

"Nadiah, ambil cermin mata nih dan pergi 'observe' nyalaan api hari nih"

Telan air liur. Biar betik mamat nih. Kalau harituh suhu 400 darjah pon macam nak pengsan, ini kan pulak 900.

Takpe jangan risau, 'flame' tuh kat dalam tempat membakar katanya. huh, sungguh rolling the eyes.

Dengan langkah longlai..saya membontoti..

Sampai di hadapan mesimn pembakar tuh, lubang kecil dibuka dihadapan mesin tuh, dan saya disuruh melihat..

Bahang panas tak terkira. Kering habes lotion muka yg saya pakai pagi tadi.

Kemudian saya melihat.

Api.

Membakar dengan rakus bahan bakarnya. Banyak bahan bakarnya.
Sudah mula bertukar rupa. Api yg diberi adalah bersuhu 900 degree celcius.

Tapi kata pakcik technician "owh dalam nih panas lagi cik. Kadang cecah 1200 degree celcius".

Saya menelan air liur. Panasnya bisik saya dalam hati.

Tiba-tiba saya merasakan kehibaan.

I wish everybody could see this…

Moh Kita tampor diri sejenak #2 - Kerana ego itu rahsia jiwa

Jiwa yang dekat dengan Allah akan cuba menjauhi ego.
Ya sukar untuk elak bukan. Sememangnya sukar kalau kita sekadar mengelak bukannya mencantas.
Syaitan itu pandai. Akan di beri nafsu kita berjuta juta lemon pilihan untuk ke neraka. Dan ego salah satu cabang besarnya. Ianya yang menjadikan Qabil sanggup membunuh adeknya. Membuatkan Abu Jahal mengherdik anak saudaranya, Nabi yang mulia.  Menyebabkan ayah sukar menerima nasihat anaknya. Menyebabkan berdesingnya telinga kita sampai kejiwa tatkala dicabar kredibiliti kita di cabar oleh manusia yang bernama sahabat fillah.
Jadi ego ini perlu di cantas. Cantas habes habesan. Sebab kalau tak ego yang ada akan bercambah dan bertambah dnegan punca² ego yang selainnya.
Bagaimana caranya bhai? Lihatlah surah Al Aaraf ayat 200 hingga 201.
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila …

Moh kite tampor diri sejenak #1- Jiwa yang hidup dengan D

"Syahid jikalau kita mahukan secara jujur, mati atas katil boleh dapat tau!"

Tersentak aku..bukan sebab tak pernah dengar orang mengungkapkan hadith ini.
Tapi tersentak mengingatkan diri saat ini.

Dimana letak keluhuran kejujuran kita dalam ibadah samada sendirian mahupun berjamaah.
Kejujuran dalam beribadah bukan maksudku hanya di tikar ibadah.
Tapi ibadah dalam keseluruhan jiwa kita.

Argh, kata seorang sheikh tersohor di jordan, jika dakwah itu hidup dalam jiwa kita, pasti akan ianya juga mati bersama kita. matinya kita adalah matinya dakwah dan begitu sebaliknya.

SubhanAllah, mmg sangat perlu untuk kita buat check list, setiap hari, kalau mampu setiap masa.

Sebabnya manusia yang hidupnya subur dengan dakwah pasti akan ada keberkatan masanya. tatkala dia susah mahupun senang. Seletih mana pon dia, akan di gagahkannya berjihad dalam melakukannya. Penuh disiplin dan kejujuran.

Argh..salahnya daie jika kita fikir sefokusnya kita dengan dakwah,maka matilah rasa kita mengejar c…

Kembali

Kembali itu pasti..
Pesan tuhanku innalillahi wa inna ilaihi rajiun..
KataNya mati itu pasti..
Tak ku sangkal..takut diri memikirkan mati..
Tapi jika mati itu beerti..
Senyuman syuhada pasti meniti dibibir ini..
Argh..adakah mampu diri ini..
Menjadi syuhada laksana sahabat nabi..
Tapi apa pesan ilahi..
Jika benar janjimu ini..diatas katil pun dikira syuhaa matimu nanti
Owh ilahi..
Tatkalu ku buka lembaran surat cintamu lagi..
Terbit rasa hati..redhaMu yang aku nanti..
Tidak kiralah bagaimana cara aku kembali..
Yang aku pasti..walaupun diri ini cuak memikirkannya sehingga ke hari ini..
Kuatkan diriku ini..
Agar aku melangkah dalam hidup ini
Dengan satu tujuan..ku nanti redhamu setiap hari..Allahumma ya muqallibal qulub..tsabbit qulubana ala deenik!!

ku nampak mereka berlari

Bild
Jiwa ku tak keruan.. Resah , gelisah..
Ku nampak mereka berlari.. Ku ingin juga sertai... Tapi banyak persoalan hinggap di diri.. Adakah larian ku mengiringi Atau bakal ditinggal penat dan lelah sendiri
Ku nampak mereka berlari.. mengorak langkah tanpa menoleh lagi.. Terbit persoalan diri.. mengapa engkau takut mencuba ya diri?
Mengapa takut jika Allah ada di sisi.. Kepenatan itu pasti akan bertaut pada diri mu nanti Kerna itu sunnatulah yng Dia janji.. Jadi sekali lagi.. Buat nak takut lagi?
Ku nampak mereka berlari,  ada yang memalingkan ke arah diri ini serya berkata,  mari ukhti, ku pimpin tangan mu pergi Gapai tangan ku ini ya ukhti..mari?
Ku nampak mereka berlari,  Ku capai tangan yang menanti, walaupun kutahu payah menanti,  akan ku cuba dan cuba lagi.. sampai aku mampu betul² berlari..
Ku nampak mereka berlari,  ku katakan pada mereka,  Ya ukhti wa akhi,  ana akan pastikan diri ini brusaha untuk capai larian yang sama,  Ana akan menyusul,akan menyusul Mungkin lambat sedikit,  …

sebuah cerita ttg si udin makcik leymah

Bild
Hari hari mak leymah bagi kucingya. Bukan setakat hari ini aje.
Dah 6 tahu mak leymah komited dengan tugasanya nih. Membela kucingnya si udin, bukan mudah. Nak bagi makan, basuh berak, kalau zaman si udin masih kecil mak lemahlah yang akan angkut si udin punya tempat danjuga hasil buangan air. Tapi bila dah besar sikit, mak lemah train si udin untuk buang air di bilik air..
alhamdulillah. menjadi plannya. Si udin skang tak perlu di hambat lagi. Kalau nak buang air kecil mahupun besar, ia akan berlari lari sendiri ke bilik air.  Pergh dah macam manusia lah pulak.
Ok. Kat sini bukan saya nak ceritakan ttg mak leymah mahupun si udin yang gemok lagi sekor kucing ynag comel.
Tapi nak kita tadabburi(think & refleks)  mak leymah punya sifat yang komited dalam nak membentuk diri kucingnya. Penuh dengan mujahadah(kesungguhan) dan kerajinan.
Maka hasilnya, subhanAllahkan.
Jadi as apa yang anda tgh predict dalam kepala otak masing², saya mmg tgh nak mnyeru anda untuk tingkatkan mujahadah.
Hehe cliche …

Obses Allah vs Obses ramadhan

Ramadhan itu satu rahmat daripada Allah berikan terutama pada hambaNya yang beriman agi bertaqwa.

Kita bersemangat melaluinya, 
mengaut dr segala segi pahala sebanya dan semampu yang mungkin.

Kita obses dengan ramadhan, pelbagai uvaha kita lakukan nak² mendapatkan pahala yang vangat berganda banyakkannya untuk memnuhi kantung pahal kita yang sememnagnya sudah mengering selama 11 bulan sebelumnya.

Anda berpuasa, anda menyeru orang melakuakan kebaikan, anda menjadi semakin baik. Ibadah naik bukan lagi secara kadar lansung tapi 'exponential' . subhanAllah! sungguh inilah semangat yang seharusnya ada tatkala melalui bulan pesta ibadah ini.

Kita menangis mohon diampunkan dosa yang lalu. Kita menangia menagih maghfirah dr Allah, kasihNya dan belasNya. subhanAllah, pasti gentar jiwa musuh ivlam melihatkan ummat islam tatkala di dalam bulan yang mulia ini..

Tapi...di malam 29 ramadhan...tatkalapengakhiran ramadhan múla menammpakkan dirinya dan mula mempamerkan kedatangan bulan kemenangan ia…

Life proposal..

Life proposal. Menarik bukan 'terms' nih. Dikongsikan semalam oleh seorang mutarobbi tercinta pada saya.Menariknya adalah disebabkan apa yang ada pada life proposal tuh sendiri. Isinya..tujuannya. Target terakhirnya yang dilinkkan dengan akhirat. SubhanAllah..Katanya life proposal ini adalah merupakan satu senarai panjang sebuah perjalanan kehidupan yang kita nak target atau at keast nak di persembahkan depan Allah nanti. Kita bayangkan target akhirnya dan daripada itu..satu demi satu pencapaian hidup didunia dapat kita bentukkan.SubhanAllah, menarik bukan? Seakan akan skills ini mengajarkan kita bagaimana utk.meletakkan Allah dihaapan terutamanya dalam kita nak.menghadapi hidup sehari-harianTak kiralah apa pon profesyen kita, dimana beradanya kita seharusnya Allah itu yang berada di hadapan kita. Dalam dan luar kerja kita dasarikanlahnya dengan nak buat sesuatu kerana Allah. Secara spesifik. Hatta nak makan sebutir nasik pon.Kiranya jika kita ada sesuatu cita2 yg ingin dicapa…

Jaga software anda!

[Khas buat para daie diluar sana, ya, bukan sahaja golongan agama, tapi anda yang digelar manusia yg diberi Allah nikmat islam iman dan iman]
seorang tabi'in mengatakan : sesungguhnya sesuatu yang harus anda lawan pertama kali adalah nafsu yang mengeliling anda. Jika anda menang dengan nafsu anda, anda akan mudah mengalahkan yang lainnya. Tetapi jika anda kalah, anda akan lebih mudah kalah dari yang lainnya  -Amr Khaled, hati sebening mata air-
Nafsu. Yang bukan berupa mutmainnah(baik), dalam apa sahaja bentuknya, sekecil mana amountnya, seringkas mana bentuknya, hatta nampak macam 'hek eleh, benda nih kacang jek nak lawan' . Jangan di pandang ringan.
Jangan.
sebabnya, sifatnya yang berupa bestfren dan supporter terulung kepada syaitonnirrajim. 
Nafsu yang dah di programmkan dalam diri kita adalah hanya 'software' kecil yang memerlukan kita sebagai 'domain' untuk memilihnya. Jika anda tersilap pilih, pastinya software itu akan membuka ruang kehancuran yang besar…

Kefahaman yang mengalir

Kefahaman yang mengalir.. Bak air yang mengairi tanam.. Ianya tidak statik, Ianya tidak beku.. Malah ia mnghidupkan tanaman..
tanaman yang mekar.. tanaman yang berpotensi untuk hidup lebih bermakna.. tanaman yang menghidupkan kehidupan.. tanaman yang menyeru kepada sebuah kehidupan..
Argh...  kefahaman yang mengalir itu.. bagailah torch-light hati yang lara.. dikatakannya..nah di sini, jalannya yang jauh dan lurus itu.. memandu kita..hingga sampai ke destinasinya..
Kefahaman yang mengalir, datang dengan pakej cinta, cinta pada yang Maha Lembut.. cinta yang mencairkan jiwa tanpa mengira apa jua jenisnya
Kefahaman yang mengalir.. bukannya air tasik yang bertakung dan membusukkan begitu sahaja, ianya malah pewangi bagaikan 'freshner' di taman syurga
Kefahaman yang mengalir.. jika kita mintanya pada si Dia yang Esa, dan menjaga kesuciannya engan penuh taqwa.. Pastinya tenang kerana kita hidup denganNya..
wallahi..takda ilmu yang labih baik dan kefahaman yang lebih menghidupkan berbanding kefahamanya…

Jauh lagi gunung everest atau jauh lagi kita denganNya?

Mujahadah(usaha bersungguh) dan ikhlas. 

Dua perkara yang berbeza tapi dalam konteks yang sama.
Konteksnya dalam KEDEKATAN DENGAN ALLAH & juga lambang bukti cinta padaNya..
Dekatnya kita dengan Allah adalah dekatnya hati kita denganNya.. Dimana , dalam apa jua tindakan buah fikiran.. kita meletakkan Dia di hadapan..takkan pernah alpa..takkan pernah terleka..
Kata seorang pendidik..Hati kita akan jauh dari Allah, jika kita sedang melupakannya.
sentap.
Di kala hati kita terleka atau sedang...maka sifat ikhlas dan mujahadah dan juga pastinya juga jauh dari kita beribu batu..
Jika jauhnya hati kita melangkah pergi..meninggalkan si Dia..apakah tidak akan ada rajuknya.. ...Allah..terpancar kecumburuanMu dalam surat Mu...
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat ting…