Jaga software anda!

[Khas buat para daie diluar sana, ya, bukan sahaja golongan agama, tapi anda yang digelar manusia yg diberi Allah nikmat islam iman dan iman]

seorang tabi'in mengatakan : sesungguhnya sesuatu yang harus anda lawan pertama kali adalah nafsu yang mengeliling anda. Jika anda menang dengan nafsu anda, anda akan mudah mengalahkan yang lainnya. Tetapi jika anda kalah, anda akan lebih mudah kalah dari yang lainnya  -Amr Khaled, hati sebening mata air-

Nafsu. Yang bukan berupa mutmainnah(baik), dalam apa sahaja bentuknya, sekecil mana amountnya,  seringkas mana bentuknya, hatta nampak macam 'hek eleh, benda nih kacang jek nak lawan' . Jangan di pandang ringan.

Jangan.

sebabnya, sifatnya yang berupa bestfren dan supporter terulung kepada syaitonnirrajim. 

Nafsu yang dah di programmkan dalam diri kita adalah hanya 'software' kecil yang memerlukan kita sebagai 'domain' untuk memilihnya. Jika anda tersilap pilih, pastinya software itu akan membuka ruang kehancuran yang besar kepada seluruh domain. ia akan merebak parasitnya berupa cengkaman syaitonirrojim kepada  'core processor'nya iaitu hati dan parasit ini akan terus merebak dan merebak hingga hinggap di luar ruang physical domain tersebut. 

Maka domain itu akan secara perlahan bertukar wajah. Wajah yang bertopengkan nafsu parasit syaitanirrojim.

Allah....mengerikan bukan. Dan tempat untuk menghilangkan parasit nih hanyalah berupakan rebakan api neraka, samada sementara atau selamanya, bergantung kepada amount dah tersebarnya parasit tersebut...naudzubillahi min dzalik!

Allah² , perkara yang mengerikan ini sebenarnya boleh di elakkan para sahabat. anda boleh lari jauh² daripada parasit nih. Dengan satu cara : Jaga software anda!

Kita jaganya daripada parasit nih. Antibacterialnya ada dengan Al quran..

Dengan bacaan , penghayatan dan pengamalan. Jika anda baca, tapi tak mengahayati dan mengamalkan, laksana mencurahkan minyak dalam airlah jawabnya. Ianya takkan membantu, malah menyusahkan diri sendiri lagi adalah. Kerana kita hilang rasa nikmat menggunakan Al Quran itu. Hikmahnya tak sampai, tenangnya tak di rasakan. Malah pengurangan rutin dan bacaannya pula yang di nantikan..Allaaaahhh..jangan sampai begitu hati kita.

Jika kita mahu bahan tambahan, topupkan dzikir pada mulut dan hati kita, tambahkan amalan sunat yang Allah dah sediakan dan Rasulullah tunjukkan secara fizikalnya dan diriwatkan oleh para sahabat pada kita. Cumanya, persoalannya adakah kita nak mengamalkannya atau tak? Rajin nak mencari daripada sumber yang sahih atau tak? Atau rajin bertanyakan murobbi atau tak?

Kita yang pernah lepa. sekali kita lepa, sekali kita terleka, syaiton akan bertindak men'tarbiah' kita dengan didikannya tanpa henti. Akan digunakan titik kelemahan kita itu untuk merebakkan hasutannya. Jangan dibiarkan. Jangan dibiarkan ada lompong dalam diri kita. 

Ya, mujahadah(usaha besungguh² melawan nafsu) itu bukan mudah, tak senang malah lagi memayahkan. Tapi takkan kita nak duduk lepak bila tahu diri kena serang??  Itu penasaran namanya !! Kalau dalam hidup sebenarlah ada orang ambil air longkang yang busuk lagi menjijikkan berkali kali simbah pada kita..kita nak marah tak? Haa..macam tuhlah analoginya.. apa yang syaitan dan nafsu yng tak best tuh nak beri berupa 'air longkang' pada amalan kita..malah pada jiwa hati dan badan kita.. takkan tanak lari atau at least counter attack balik atau buat benteng pelindung diri?

Jadi kawan², maka, sangat perlulah untuk kita tahu hakikat nih dan belajar macam mana nak sustain selalu nafsu mutmainnah dalam diri kita. Tak dinafikan kita ada turun naik imannya. Tapi takkanlah setiap kali iman jatuh kita nak jugak bergolek dalam gaung sampai berdarah darah setiap kalinya? 

Have pride on yourself a bit. Be thankful to Allah. Dia pilih kita untuk terima hidayahNya, rasakan nikmat islam, rasakan nikmat dakwah dan tarbiah..tup²..kita sia² kan lagutuh aje.. Kalu macam tuh baik tak payah bagi..ada orang lain lebih bagus dan akan lebih mantop berbanding kita yang penuh dengan kelalaian. Tapi Allah beri juga, sebab Dia nak kita lebih bersyukur padaNya. Lebih dekat dengannya. so have some respect, please. At least..for yourself.

Hatta Nabi Muhammad s.a.w yang hebat tuh pon , berkali kali menguatkan dirinya untuk bermujahadah, sampai bengkak kakinya, sampai lelah dirinya, menuju pada Tuhannya. inikan pulak kita yang kerdil. Nabi Muhammad tuh dah dijanjikan syurga kot. Tapi apa kata baginda pada saidatina aisyah r.a...takkan tak boleh baginda menjadi hamba ynag bersyukur. Allahu allah...He strived...and he strived very³ HARD for Allah. so untuk kita yang belum pun tahu matinya macam mana, kena sedar diri sikit jom..tampar² kasi bangun sikit: Bangun at least nak mujahadah tuh walaupun kita terpaksa titiskan air mata darah sekalipun.

Menariknya lagi, Rasulullah s.a.w pernah memberi nasihat pada Rabi'ah bin Ka'ab Al aslamy, tatkala Rabi'ah memberitahu keinginannya untuk menemani baginda di syurga ,kata Nabi : "Berjanjilah mengendalikan nafsumu dengan memperbanyakkan sujud" (HR Muslim)

so sapa nak duduk dekat dengan nabi, kena kawal nafsu dan salah satunya dengan sujud!

Allah..kita nak syurgakan, wahai rakan du'at sekelian.. Kita tahu harga ticketnya mahalkan..Jadi kenapa kita tanak preparekan diri? tak perlu berlengah..mulalah dari sekarang..sebab 1 atau 2 saat selepas ini..kita tak boleh nak pastikan kita masih hidup atau tidak. Kalau ya, alhamdulillah kita punya masa..Tapi kalau tidak..takkan kita nak kembali dengan diri yang penuh kekotoran.. sedangkan nak pergi kekelas kita nak tampak cantik dan hensem..Inikan pula didepan Allah dan Rasul...

kan?

p/s : doakan diri ini juga kuat melawan dan berjihad pad nafsunya.. doakan ramadhan ini menjadi titik tolak refreshment pada kita semua..allahuakbar! La haw la wala quwwa ta illla billah

allahualam

Kommentare