Jauh lagi gunung everest atau jauh lagi kita denganNya?

Mujahadah(usaha bersungguh) dan ikhlas. 

Dua perkara yang berbeza tapi dalam konteks yang sama.

Konteksnya dalam KEDEKATAN DENGAN ALLAH & juga lambang bukti cinta padaNya..

Dekatnya kita dengan Allah adalah dekatnya hati kita denganNya.. Dimana , dalam apa jua tindakan buah fikiran.. kita meletakkan Dia di hadapan..takkan pernah alpa..takkan pernah terleka..

Kata seorang pendidik..Hati kita akan jauh dari Allah, jika kita sedang melupakannya.

sentap.

Di kala hati kita terleka atau sedang...maka sifat ikhlas dan mujahadah dan juga pastinya juga jauh dari kita beribu batu..

Jika jauhnya hati kita melangkah pergi..meninggalkan si Dia..apakah tidak akan ada rajuknya..
...Allah..terpancar kecumburuanMu dalam surat Mu...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Uissh...nampak sgt Allah nih sgt sayang kan kita...kan?

Cuma itulah..mana mungkin kita ini boleh lupakan kekasi hati ini..
Kita minta ia beri..
Kita sedih..dipujuknya lagi..
Kita kesusahan, dillapangkannya hati..
digembirakan dengan 'orchestra' ciptaanNya yang Maha tinggi..

Tapi iyalah..manusia sering kata : kita kan insaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannn(pelupa) dan banyak khilafnya..

Cuma hati ini berdesis : sampai bila?!sampai bila hanya alasan lame ini sahaja..

Bukankan ini masanya untuk kita kembali padaNya..?

Argh , jangn lagi berteka teki..nasihat utama pada yang menulis ini..

Jika buntu..gunakn formula ini : mencari Allah dengan hati..hati adalah kunci pada mujahadah dan keikhlasan sendiri..Cuma semai baja cinta, tambahlah benih amal, airkan dengan dzikir al quran , dan cahayakan dengan keteguhan keimanan dan keistiqamahan..

Moga mujahadah kita ,usaha mengikhlaskan dri kita datang sbg saksi rujukan cinta kita padaNya..

Allahumma amin!

Moga Allah redha

-Maynadiah-



Kommentare