Posts

Es werden Posts vom 2012 angezeigt.

Takutlah..ade kabus depan tuh!

Bild

sekali lagi..

Bild
[kredit]
Sekali lagi... Datang lagi perasaan itu... Rindu itu... Pada buah hati pengarang jiwa.. Yang tak pernah terlihat di mata.. Yang tak pernah hadir dalam mimpi.. Yang tak pernah bertegur sapa ... Yang tak pernah saling bertukar bicara apatah lagi senyuman..
Tapi...rindu itu datang kerana aku amat cintakan kalian...yang teramt sangat.. Cinta yang tak tahu aku nak gambarkan bagaimana.. Yang tak terungkap dengan kata-kata... Yang hanya mampu di gambar dengan air mata.. Tak tahu bagaimana untuk gambarkan betapa rindu itu sentiasa menjelma.. Aku sentiasa menanti untuk berjumpa dengan penuh senyuman.. Di sana...disana itu yang segala galnya indah belaka..
tiada lagi duka... tiada lagi sengsara.. hanya gembira yang akan menghiasi..
Ya Allah...aku kepingin bertemu denganMu... Kerana Engkau , aku didunia ini..menikmati bermacam nikmat yang Engkau berikan Aku kepingin bertemu kekasihMu, yang gagah dalam menyampai agamaMu Tapi aku mahu bertemu kalian dengan senyuman.. Senyuman yang memapar…

Keberkatan Masa itu harta karun kita juga

Bild
Termenung. Terkesima. Terkedu.

"Seorang doktor, ada lima bulatan gembira, tengah buat master kedoktoran dan ada banyak amanah lain yang diberikan padanya, berjaya diexecutekan dengan sebaik-baiknya..sebab Allah berikan keberkatan masa padanya." [ayat sebenar di modify sebab saya tak ingat fully wordingnya, tapi lebih kurang beginilah maksudnya insyaAllah]

Masih terngiang-ngiang ayat itu kat benak otak nih...berulang - ulang..
KEBERKATAN MASA...
ada apa dengan keberkatan masa tu?..

Keberkatan masa adalah salah satu emas , intan , perak, zamrud dan harta karun yang Allah berikan khas pada seseorang yang benar² menggalas dan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan . Sebab tanggungjawab menyeru agama Allah adalah satu amanah yang besar lagi besar dan tak boleh di buat main-main.. Menyeru kepada agama yang mulia ini memerlukan banyak mujahadahnya dalam segala segi..

Mujahadah masa, tenaga, dan kehendak, bukanlah sesuatu yang mudah dan simple untuk di korbankan..Walaupun tak…

biar pipit di dunia, asal garuda didepan Allah.

Bild
.......pipit?


Iya. pipit. Burung pipit. Tahu enggak kisah burung pipit nih? 

Kisah semangat burung pipit comel dan kecil yang dengan susah payahnya mengayuh sayap kecilnya terbang membawa setitis demi setitis air untuk membantu memadamkan api yang membakar jasad Rasul tersayang kita Ibrahim a.s.  Mungkin berpeluh dia waktu itu bagai nak pengsan semata - mata nak menolong Rasul Allah walaupun diperlekehkan oleh sahabat-sahabat burungnya yang lain ketika itu.
Tapi ada pipit kisah? Pipit tak kisah sebab baginya itulah alasan untuk dia bertahan untuk menjadi 'Garuda' di hadapan Allah dan jugak untuk mencuri perhatian dan pengiktirafan dari Dzat Yang Maha Agung itu. Dengan bersungguh dia cuba sedaya upaya mempertahankan RasulNya dan secara tak lansung jugak mempertahankan seruan agamaNya yang mulia dengan kudrat kecil yang dia ada. 
SubhanAllah mulia sungguh pengorbanan pipit nih. Niat dan juga semangat dia, untuk jadi makhluk HEBAT hanya di hadapan Yang Maha Pengampun itu..

[sigh]..itu…

Berlari, yuk!

Bild
Petang di puasa ramadhan yang kedua, sengaja aisyah bersembang- sembang dengan opahnya yang sudah sekian lama tidak bersua muka.
Dalam berseronok bercerita tentang jeirt perih zaman dikala Jepun & British memerintah, tiba-tiba kata si opah kepada cucunya ; "Kata ayahanda opah dulu, manusia ini akan lupakan Allah bila di punya masa lapang, kesenangan dan kesihatan. Dan itu yang opah takutkan untuk semua. Opah takut sekarang kita ini senang dalam segala - galanya , kita akan lupakan Allah, dalam kita sedar ataupun tidak. Padahal kita ini perlu sentiasa mengingatkan diri tentang hari pembalasan."
Renung si opah jauh. Entah apalah yang di fikirkannya,
Tiba air matanya bergenang. "Lihatlah" sambil merujuk pada rancangan TV yang terpampang di hadapan aisyah. Aisyah melirik ke arah kotak TV itu. "Ya, sememangnya melalaikan" getus hati aisyah. Melihat satu persatu rancangan yang terpampang di TV, membuatkan ramai manusia lalai. Bukan tidak ada rancangan yang baik…

Dah kenal baru......mudah jatuh cinta :)!

Bild
kredit

Basically secara logiknya, kalau kita nak kenal dengan seseorang, konfemlah kita akan cuba mengenali nama seseorang itukan? Tanpa nama, basically susah sebenarnya untuk kita nak rapat atau mengenali seseorang itu. Dengan nama berbagai topik boleh kita bincangkan, naikkan dan  dengan nama jugalah perhubungan akan mudah jadi mesra dan rapat.
Begitu juga dengan Allah. Allah punya beberapa nama² yang Dia sendiri mentionkaan dalam kitabNya yang suci yang mulai iaitu Al - Quran. Kenapa ye Allah mentionkan nama untuk diriNya ???
Sebabnya, dengan nama, kita boleh menjadi rapat dengan Allah. NamaNya melambangkan sesuatu yang berkaitan dengan diriNya, kekuasaanNya dan kehebatanNya. Kenappa Allah berbuat begitu ye?
Sebabnya, dengan cara itu adalah lebih mudah untuk kita sebagai hambaNya nih nak mengenali dirinya. Allah 'mengajak' kita untuk berfikir sejenak berkenaan diriNya melalui nama² Nya. Allah mahu kita nampakkan kekuasaanya. Sebab kita ini manusia yang sangat lemah. Jika Allah t…

Rawatan facial IMAN

Bild
Facial Treatment a.k.a rawatan muka,  ada siapa² pernah dengar atau pernah buat ?
(kalau tanya kaum hawa, konfem 89% daripada diorang akan angkat tangan kalau ditanya soalan nih..hehe)


Facial treatment nih tak kiralah samaada yang diupahkan orang ke atau yang self service ke, semuanya akan mengutamakan pengunaan produk² top-up facial yang bermutu tinggi, dengan harapan untuk mencantikkan wajah, walaupun kadang² ada yang wajahnya dah cantik bak Puteri Gunung Ledang dan Puteri Santubong. Kenapa perlunya semua itu ya? Sebabnya manusia inginkan dirinya sentiasa cantik dan berseri-seri dan tentulah sebab  manusia itu sendiri sememangnya sukakan kecantikan. Setuju?


[kredit]

Jadi, apa kaitannya rawatan facial mencantikkan muka dengan iman?


Begini, andaikatalah iman kita itu kita bayangkan seperti muka kita, mahukah kita nak lihat muka kita itu  buruk, berkedut dan penuh jerawat? Tentulah tidak bukan?
Jadi of courselah kita kena mencari 'produk²' yang bermutu tinggi yang boleh menghilangkan…

Bahaya dalam SENANG..gulp!

Bild
[kredit to one of my friend-no name]

"Maka ketika mereka meLUPAkan peringatan yang telah di 
berikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu 
(kesenangan) untuk mereka. Sehingga mereka bergembira 
dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa 
mereka secara tiba², maka ketika itu mereka diam terputus 
asa."(Al Anam ayat 44)

Fuuuhh...ayat ini memang sentap menyentapkan sebenarnya. Siapa sangka, kejayaan, kesenangan dan  kemewahan  itu  merupakan satu ujian yang BESAR dariNya. Sememangnya sangat besar. SubhanAllah...

Andaikata kita ini merupakan orang² yang berfikiran, ujian itu hanya pada orang yang di timpa kesusahan,ingatlah, kita adalah salah. Salah sesalah salanhya lah. Jangan sesekali berfikiran begitu. Kesenangan juga merupakan satu ujian terbesar buat diri kita sebenarnya.

Sekurang kurangnya, yang dtimpa kesusahan itu , dia mudah ingat akan Tuhannya. Jadi berkemungkinan pengharapan dan keteguhan hati mereka mudah untuk dikuatkan dek kesusahan yang melanda.

T…

Hati terkilan, kepala pun sakit..

Bild
Di tengah hiruk pikuk airport Dubai, saya melangkahkan kaki bersendirian menunggu transit kapal terbang yang lamanya selama 12 Jam. Kiri kanan saya lihat kemewahan. "waah, kaya sungguh orang-orang disini". Namun di sebalik kecantikan sinaran kemewahan itu, saya terasa terkilan. Sungguh terkilan. Terkilan bukan kerana tidak memilikinya, tapi terkilan kerana saya tidak punya daya untuk memberitahukan pada saudara saya sendiri : Kenapa tidak dibantu saudara kita lain yang memerlukan? Kenapa boleh di bina hotel yang gah berjuta juta harganya, tapi saudara sendiri kita lupakan. Mereka terseksa,mereka diseksa, dan kita hanya biarkan sahaja? Astaghfirullah.... Lihat syria, lihat palestin. Siapa kita yang mangaku sebagai saudara, atau adakah kita hanya sebagai pemerhati perlawanan bola, yang hanya akan bersorak tika pasukannya menang, dan mencemuh jika sesuatu yang tidak diingini berlaku ? Owh , bukanlah salah untuk sedikit bermewah kerana itu rezeki dari Allah, Tapi ingatlah..…

Dey, apa mau tunggu lagik? Jom..aa

Bild
"Sesiapa yang memusuhi kekasih (waliku) maka aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrub) kepada Aku oleh hambaKu yang lebih aku CINTAI selain daripada kewajiban-kewajiban yang Aku fardhukan keatasnya. HambaKu akan terus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka Aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengan dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul, dan kakinya yang dengannya dia berjalan.Jika dia memohon sesuatu dari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu) nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan seperti Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKU yang mu'min, dimana dia membenci maut, sedang Aku tidak suka menyakitinya." (Hadith Qudsi riwayat Al- Bukhari dipetik daripada buku Apa Ertinya Aku Menganut …

Be creative bro n sis, jom!

Bild
"Ktung..ktang..ktung ..ktang". Bergema bunyi kuali berlaga dengan penyeduknya sambil2 di selang selikan dengan suara mak bedah yang seakan-akan cik siti nur wan kembang mendendangkan lagu binnabil huda dr UNIC.."Binnabil huda Rasul ya salam"...Seronok beno mak bedah layan lagu-lagu yang 'membasahkan' jiwa dia pagi pagi hari.hehehehe..mak bedah..mak bedah...KREATIF sungguh!!
Kalo mak bedah boleh megkreatifkan diri dia di pagi-pagi hari. Kita macam mana pulak ya? Pernah atau tidak kita cuba untuk mengkreatifkan diri dengan 'membasah'kan jiwa kita dengan perkara2 yang 'basah' setiap hari? (errr...apakah maksudnya disitu????) hehehehe...perkara basah nih maksudya..perkara yang boleh melembutkan jiwa kita, atau dengan lebih tepat lagi..perkara yang boleh membuak buakkan perasaan rindu, cinta, cintun, separuh angau , sepenuh angau pada pencipta kita Yang Esa iaitu Allah SWT. 
"Achsoo...tapi sis, aku tiap-tiap kali semayang zikir sampai nangis-n…

Bila agaknya kita akan jumpa,ye?

Bild
Bilakah agaknya kita akan jumpa..
Entah..aku tak tahu..
Dengan amalan diri yang tidak seberapa mana..
Sunnguh aku tak tahu..


Bila agaknya kita akan jumpa..
kadang-kadang rindu ini  buatkan empangan air mata berkali-kali pecah tak terkira..


Mampukah untuk aku bertemu dikau ya habibi..
Rasa sangat tidak layak..
Namun aku terlampau ingin berjumpa..
Engkau pembawa rahmat kepada seluruh alam..
Hadiah dari yang Esa pada hambaNya..


Sunngguh...aku benar-benar tidak tahu bila kita akan berjumpa..
Namun..aku akan simpan rindu ini..
Aku akan buatkan apa yang aku mampu..
Untuk meraih cintaNya..
Supaya suatu hari nanti...dengan rahmatNya  akan Dia pertemukan kita..
Di jannah sana..



Kembali padaNya

Bild
Kembali padaNya.. Keperluan kita.. kerana dosa yang bertambah  walaupun dalam usaha untuk cuba menambah pahala akhirat dengan gunakan dunia..
Namun kita INSAAN.. yang pastinya akan melakukan dosa.. sehinggakan Saidina Abu Bakar r.a sendiri pun,  sentiasa mengingatkan orang sekelilingnya  supaya mengingatkan dirinya, jika dia kelalaian.. kerana ini hakikat yang di sedari dan dihadamnya.. yang INSAAN....takkan mampu lari dari kesalahan..
Jika insan yang  imannya melebihi seluruh umat ini akur dan kembali pada penciptaNya yang Maha Kuasa.. bagaimana pula dengan kita yang kerdil ini?.. Masih mahu sombong pada Dia? Ayuh! Lajukan langkah berbuat sesuatu yang boleh  menyebabkan diri kita dapat menggapai RedhaNya yang Maha Esa, Pemilik seluruh Alam ini.. InsyaAllah!

Panjat Jom, apa tunggu lagi?..

Bild
Isnin. 9 Jan 2012. Kuliah Managing Complexity-Last day of lecture.

Kuliah yang sebelum ini saya rasakan ada tak sampai 0,1% pun pekdahnya(baca=faedah) dalam hidup ini. Kenapalah saya pergi register untuk kuliah nie..huhuhuh...buhsan tahap yang bergaban-gaban (oops, maafkan atas kekurang cumilan bahasa).

Tapi entah kenapa, hari yang terakhir kuliah ini, ada satu perkara yang Mr Noel Spare katakan yang menggamit sanubari nih..Jika kita Cuba memperbaiki kualiti,hasil yang akan kita dapat adalah produk yang bagus, tanpa ada pembaziran masa, tenaga, dan wang. Ini adalah rahsia kejayaan negara Jepun, yang mana mereka menitik beratkan kualiti berbanding kuantiti. Kualiti yang bagus akan secara otomatiknya menghasilkan kuantiti dan memastikan kuantiti itu berkekalan dan bertambah.(*note : ada beberapa penambahan dan pengeditan berdasarkan pemahaman yang dapat di tangkap waktu kuliah terakhir)

Zasss..satu persatu flash back tentang image maratib amal datang menjengah ke dalam otak ini entah kenap…