Be creative bro n sis, jom!
"Ktung..ktang..ktung ..ktang". Bergema bunyi kuali berlaga dengan penyeduknya sambil2 di selang selikan dengan suara mak bedah yang seakan-akan cik siti nur wan kembang mendendangkan lagu binnabil huda dr UNIC.."Binnabil huda Rasul ya salam"...Seronok beno mak bedah layan lagu-lagu yang 'membasahkan' jiwa dia pagi pagi hari.hehehehe..mak bedah..mak bedah...KREATIF sungguh!!
Kalo mak bedah boleh megkreatifkan diri dia di pagi-pagi hari. Kita macam mana pulak ya? Pernah atau tidak kita cuba untuk mengkreatifkan diri dengan 'membasah'kan jiwa kita dengan perkara2 yang 'basah' setiap hari? (errr...apakah maksudnya disitu????) hehehehe...perkara basah nih maksudya..perkara yang boleh melembutkan jiwa kita, atau dengan lebih tepat lagi..perkara yang boleh membuak buakkan perasaan rindu, cinta, cintun, separuh angau , sepenuh angau pada pencipta kita Yang Esa iaitu Allah SWT.
"Achsoo...tapi sis, aku tiap-tiap kali semayang zikir sampai nangis-nangis kot. Baca Quran tuh aku buat tiap-tiap kali sembahyang fardhu, habes 'basah' kot aku nih tiap-tiap hari" Gulp. terkejut sebentar dengan penyataan tersebut...hehehehe...tapi alhamdulillah jika diri kita semuanya begitu. Sentiasa basah dalam sembahyang dan juga beberapa minit selepas bersembahyang.
Tapikan yang menjadi soalannya...kita nak basah HANYA waktu solat dan beberapa minit setelah solat sahajakah? Ya, saya tak nafikan memang baguih...sejuk perut mak yang ngandungkan orang sebegini. Cumanya, saya terfikir juga...sampai situ sahajakah 'kebasahan' kita pada Pencipta kita yang lagi Maha Baik tuh. Sebabnya gini..Pencipta kita Yang Maha Pengampun tuh, bagi kita nikmat..sepanjang masa..ce cuba kita fikir, kalau nikmat tuh, dia tarik sekejap, dan bagi balik waktu kita sembahyang aje..sebabnya mudah sahaja..dah kita tak ingatkan Dia waktu-waktu lain kecuali sembahyang..jadi Dia boleh jek nak tarik sekejap dan bagi lepas tuh, ye dak...Fuhhh...naya kalau gitu...mau mati hidup semula pun kita tanak gitu..
Jadi itu lah pointnya saya disini...be creative in remembering Allah...bukan apa...kita dah diberi nikmat cukup banyak oleh Dia..takkan sesekali sesekala setakat nak mengKREATIFkan diri dengan berzikir atau mengingati Dia dalam hidup sehai-hari kita pun tak boleh, yedak? kang kene tarik betul2 nikmat bernafas tuh kang...haaa..tak ke pengsan?
Macam mana nak buat? Dah namanya kreatif..kene fikir sendirilah jawabnye...heheheheh...Banyak sebenarnya cara, asalkan dia masih mengikut kehendak syarak. Contohnya simple, kenapa kita di galakkan menghafal Al-Quran ye? Supayanya, bila kita ada masa senggang, waktu tengah jalan, sebelum bukak buku sekolah, tengah naik train, tengah turun train, tengah termenung tak tahu nak buat apa, tengah itu..dan tengah ini..kita boleh amalkan ayat2 quran yang dah kita hafal tuh...Kalau dapat hafal dengan makna...fuhhh lagilah...memang habes basah lenjun jiwa kita nih.InsyaAllah..
Jadinya saya nak ajak semua saudara-saudara yng saya kasihi kerana Allah : BE CREATIVE, tapi hati-hati ya, jangan kita mengubah kekreatifan kita itu pulak menjadi perkara bidaah dalalah yang boleh menyebabkan kita terjerumus dalam lubang neraka pulak.....tak salah menjadi kreatif..selagi mana kita tahu batas2nya..
InsyaAllah semua dari kita nak kebahagiaan dan nak hati kita nih..sentiasa tenang keranaNya ,bukan? jadinya..JOM! Hati hanya akan tenang dengan mengingati Allah...dengan ketenangan itulah..kebahagiaan, kemanisan iman dan kelazatan hidup di dunia ini akan kita rasai, insyaAllah!!
"Maka ingatlah kepadaku, Aku pun akan ingat kepadamu.." (Al-Baqarah ayat 152)
"Ingatlah...hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (Ar-Ra'd ayat 28)
Wallahualam.
Wallahualam.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen