Keberkatan Masa itu harta karun kita juga
[kredit] |
Termenung. Terkesima. Terkedu.
"Seorang doktor, ada lima bulatan gembira, tengah buat master kedoktoran dan ada banyak amanah lain yang diberikan padanya, berjaya diexecutekan dengan sebaik-baiknya..sebab Allah berikan keberkatan masa padanya." [ayat sebenar di modify sebab saya tak ingat fully wordingnya, tapi lebih kurang beginilah maksudnya insyaAllah]
Masih terngiang-ngiang ayat itu kat benak otak nih...berulang - ulang..
KEBERKATAN MASA...
ada apa dengan keberkatan masa tu?..
Keberkatan masa adalah salah satu emas , intan , perak, zamrud dan harta karun yang Allah berikan khas pada seseorang yang benar² menggalas dan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan . Sebab tanggungjawab menyeru agama Allah adalah satu amanah yang besar lagi besar dan tak boleh di buat main-main.. Menyeru kepada agama yang mulia ini memerlukan banyak mujahadahnya dalam segala segi..
Mujahadah masa, tenaga, dan kehendak, bukanlah sesuatu yang mudah dan simple untuk di korbankan..Walaupun tak sesimple mana, ianya adalah possible untuk dibuat..
Tak percaye? Trylah dulu bro, baru boleh 'cer'.
Meh kita lihat satu contoh..Aminah baru sahaja pulang daripada kerjanya yang tiba-tiba terlebih masa(over time) sampai pukul 2:00 pagi . Kalau ikutkan hati, aminah nak balik terus tidur aje.. Cumanya dia teringat, bacaan qurannya belum habes lagi, tinggal lagi semuka..solat isya' belum lagi.. Jadi lepas fikir² aminah ambik keputusan untuk solat, habeskan bacaan qurannya dan tidur. Maka aminah dapat tidur dengan nyenyaknya walaupun dia hanya tidur 3 jam sahaja.
Hmm...apa jadi agaknya kalau aminah terus tidur...? Barangkali dia tak dapat tidur dengan nyenyak pun.. kalau nyenyak pun, bila dia bangun pasti dia akan dilimpahi dengan rasa bersalah yang teramat sangat pada diri dan juga pada si Dia...
Jadi itulah dia namanya keberkatan masa. Sebanyak mana pun tugas yang kita berikan, namun kita pasti akan dapat melaksanakannya dengan superb duperbly baik jika kita gunakan mujahadah kita dengan sebaik-baiknya. Sebab yang memudahkan kerja kita, yang memberi kita tidur nyenyak walaupun setakat tiga jam, yang mengenyangkan kita tatkala kita lapar dan kekeringan duit...siapa lagi kalau bulan Ar razzaq itu? Kalau bukan Al-Wadud yang hanya perlu mengatakan 'kun fayakun' itu?
Persoalannya seperti yang Inche Gabbana [seorang blogger yang saya 'kenali' kerana blognya] katakan, bukanlah kerana ketidak mampuan kita untuk tak mampu berbuat atau melaksanakan sesuatu, tapi kerana kemahuan kita : samada kita mahu atau tidak mahu menjalankannya.
Jangan kita kalah dengan syaitan wahai du'at..mereka sesungguhnya kreatif...Andaikata kita terkalah sekalipun... kembali mujahadah untuk menyerahkan diri kembali padaNya. Sebab hasil mujahadah dan penyerahan diri kembalilah yang akan memberikan kita juga hasil keberkatan masa. Tapi sebelum tertewas, apa salahnya kalau kita terus berlari padaNya. Biar kita berlari sambil tersadung, jangan birkan diri kita berlari dan jatuh tersungkur..Jika berjaya bangun tidak mengapa, jikalau tidak??Sungguh ruginya kita..
Kita suka melihat orang berjaya, hebat dan gah... tapi kita tak sukakah melihat diri kita pula yang berjaya seperti mereka? At least tidak di mata manusia, tapi di depan mata Allah SWT?
Jadi, terus dan kuatkanlah diri bermujahadah, sebabnya, 'harta karun' yang Allah nak kasi itu ada sahaja di depan mata. Dia hanya menunggu masa untuk kita datang dekat dan meminta 'kunci' kepada peti harta karun itu untuk di buka. Dan kunci itu tersembuyi didalam mujahadah yang berterusan dalam tindak tanduk kita semata-mata untuk meraih redhaNya..
"Sesungguhnya orang-orang yang berkata , " Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), " Janganlah kamu merasa takut dan bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah di janjikan kepadamu" (Fussilat : 30)
wallahualam.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen