sekali lagi..


Sekali lagi...
Datang lagi perasaan itu...
Rindu itu...
Pada buah hati pengarang jiwa..
Yang tak pernah terlihat di mata..
Yang tak pernah hadir dalam mimpi..
Yang tak pernah bertegur sapa ...
Yang tak pernah saling bertukar bicara apatah lagi senyuman..

Tapi...rindu itu datang kerana aku amat cintakan kalian...yang teramt sangat..
Cinta yang tak tahu aku nak gambarkan bagaimana..
Yang tak terungkap dengan kata-kata...
Yang hanya mampu di gambar dengan air mata..
Tak tahu bagaimana untuk gambarkan betapa rindu itu sentiasa menjelma..
Aku sentiasa menanti untuk berjumpa dengan penuh senyuman..
Di sana...disana itu yang segala galnya indah belaka..

tiada lagi duka...
tiada lagi sengsara..
hanya gembira yang akan menghiasi..

Ya Allah...aku kepingin bertemu denganMu...
Kerana Engkau , aku didunia ini..menikmati bermacam nikmat yang Engkau berikan
Aku kepingin bertemu kekasihMu, yang gagah dalam menyampai agamaMu
Tapi aku mahu bertemu kalian dengan senyuman..
Senyuman yang memaparkan cinta aku..

Cinta yang aku tebar dengan usaha menyampaikan agamaMu..
Sepertimana tegarnya kekasihMu Muhammad berusaha..
Kuatkan aku ya Allah...
Kerana atas rindu ini...
Aku akan terus dan terus mencari redhaMu..
Biar dari sekecil mana atau sebesar mana pun usahaku...

Akan aku buat.hanya untukMu...
Kuatkan aku ya Allah...
kaki ini untuk terus berlari dalam nak menggapai redhaMu
Jika aku jatuh...pimpin aku untuk kembali bangun yaAllah..

Sungguh....aku amat rindu..

Kommentare