biar pipit di dunia, asal garuda didepan Allah.



.......pipit?


Iya. pipit. Burung pipit. Tahu enggak kisah burung pipit nih? 

Kisah semangat burung pipit comel dan kecil yang dengan susah payahnya mengayuh sayap kecilnya terbang membawa setitis demi setitis air untuk membantu memadamkan api yang membakar jasad Rasul tersayang kita Ibrahim a.s.  Mungkin berpeluh dia waktu itu bagai nak pengsan semata - mata nak menolong Rasul Allah walaupun diperlekehkan oleh sahabat-sahabat burungnya yang lain ketika itu.

Tapi ada pipit kisah? Pipit tak kisah sebab baginya itulah alasan untuk dia bertahan untuk menjadi 'Garuda' di hadapan Allah dan jugak untuk mencuri perhatian dan pengiktirafan dari Dzat Yang Maha Agung itu. Dengan bersungguh dia cuba sedaya upaya mempertahankan RasulNya dan secara tak lansung jugak mempertahankan seruan agamaNya yang mulia dengan kudrat kecil yang dia ada. 

SubhanAllah mulia sungguh pengorbanan pipit nih. Niat dan juga semangat dia, untuk jadi makhluk HEBAT hanya di hadapan Yang Maha Pengampun itu..

[sigh]..itu baru cerita pipit. Belum lagi masuk cerita para² sahabat yang hebat lagi nak terbeiak biji mata bila dengar tentang kisah pengorbanan mereka.

Barangsiapa mengerjakan kebajikan, baik laki-laki maupun perempuan 
dalam keadaan beriman, maka pasti akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan dengan pahala yang 
lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.
(Surah An-Nahl , ayat 97)

Macam mana dengan kita pulak? [Astaghfirullah..pecah sudah 'empangan' ayo mate den]

Agaknya, dalam berjuta manusia di Hari Akhir nanti..mampu tak kita atau layak tak kita nak dapat recognition daripada Allah, semacam mana pipit yang comel  itu dapat pengiktirafan Dia? Agaknya mampu tak? Cuba jawab kejap dengan diri sendiri.

Kalau pipit ada cerita tentang dia menolong Nabi Ibrahim a.s sebagai cerita sensasi yang boleh nak dia ceritakan dengan gahnya di depan Allah nanti dan boleh dengan bangganya berkata :

"Ya Allah, dulu kat dunia, apa yang aku buat untuk tolong agamaKau adalah sewaktu semua orang  menolaknya dan cuba mencederakan rasulMu aku dengan semangatya menolong mempertahankan RasulMu supaya agamaMu terbela."

Macam mana pulak dengan kita? Apa kesah² sensasi kita nak bentangkan depan Allah nanti? 

Muhasabah time......

Bukan nak suruh kita buat pertandingan sapa lebih hebat dengan burung pipit dan sebagainya, cumanya, kalau kita nih tak berusaha dan tak try pon nak nak bermati-matian dalam nak menyeru kebaikan, atau berbuat kebaikan dalam nak mempertahankan agama Allah, jadi macam mana? Sedangkan dengan jelas lagi tak payah bersuluh pon, kita dah nampak agama yang mulia nih di hina dan di pijak-pijak bagaikan memijak selipar buruk atas tanah maruahnya oleh orang yang tak memahami agama ini ataupun yang faham tapi buat-buat tak faham.

Jangan beri alasan selagi kita tak mencuba dengan hebatnya. Jangan beri alasan : "pipit tuh bolehlah, dia nak tolong Rasul Allah".

Dey makcik atau pakcik! Ummah kita nih, bukannya sebagai amanah dari Allah dan Rasul kita ke? Kalau sekalipun Rasul tak ada, nak biarkan sahaja ke agama yang mulia kene pijak? 
Bila orang hina agama dia marah. Bila kita ajak bela agama pulak, dia marah kita balik pulak. Eish² mana satu nih?

Bayangkan ye pipit tuh bila dia nak bawak air ke arah api yang marak menjulang tuh. 
Apa kita ingat dia tak rasa panas bahang api tuh? 
Apa kita ingat dia tak rasa lelah? 
Apa kita ingat dia tak rasa nak patah sayap dia berkayuh ulang alik nak ambik air untuk padamkan api yang marak tuh?
Apa kita ingat dia tak rasa hopeless bila tengok amount air yang dia bawak tak padan lansung dengan besarnya api yang tgh marak?
Apa kita ingat dia tak rasa susah?

Tapi burung comel tuh gagahkan juga berusaha.
Sebab apa?
Sebab dia nampak kuasa Allah yang meliputi segala.
Sebab dia nampak Allah itu ada dengannya . Selalu.
Sebab dia yakin, Allah pandang dan iktiraf usaha dia.
Sebab dia nampak, selagi mana dia ikhlas berusaha , Allah redha.
Sebab dia nampak jugak, itu sekadar ujian Allah pada hambaNya, nak tengok sama ada betulkah kita hambaNya sayangkan diriNya.

Jadi, saudaraku? Apakah kita nih tak sayangkan Allah?
Tanak RedhaNya kah? Tak dapat redha Allah, masuk neraka tahu?

Kalau ya, jom kita usaha. sampaikan islam tuh. sampaikan bermula dari diri sendiri. Bukan susah pon, latih diri amalkan islam yang sebenarnya. Jangan asyik nak fikir yang boleh amalkan islam nih ustaz ustazah aje. Yang boleh sampaikan islam tuh geng² itu aje. Kita hamba, diorang pon hamba. Jadi sama aje. 

Bermulalah dengan diri sendiri nescaya,pengamalan islam yang sebenar akan berjangkitan kepada jiwa² yang lain yang ada sekeliling kita, sampai akhirnya, Islam itu di letakkan kembali pada makam yang tertinggi di dunia nih.

Usahalah sedaya upaya semampu kita, walau usaha kita tuh dipandang lekeh oleh warga dunia, asalkan Allah iktiraf, kita akan bahagia.

wallahualam.



Kommentare