Takutlah..ade kabus depan tuh!

[picture kredit]


"SubhanAllah, tebalnya kabus!" getus aku sendirian..

Kabus. Sering buatkan ramai yang mengeluh...alamak! dah nak winter!!!
Tapi pada yang sukakan winter tuh pastinya akan melompat lompat keriangan (ini hanya applicable pada sesiapa yang berada di Eropah..di malaysia kabusnya lain ye..hehe) bila tengok kabus yang setebal ini..
Perghhhh...nak winter beb!!! 

hehe...macam² sebenarnya penerimaan manusia tentang sesuatu ciptaan Allah tuh... ada yang suka, ada yang tidak..ada yang favourite, ada yang dibenci..

Tapi satu yang pasti...kabus itu mengajar kita satu erti kehidupan yang sangat dan teramat berharga....erti TIDAK PUTUS ASA...
Cuba ambil masa kita jalan merentasi kabus-kabus itu dah perhatikan keliling kita...depan dan belakang kita..
Kita akan nampak suatu pandnagan yang berkabut...sangat berkabut, sampai buatkan kita susah nak meneka apa yang di hadapan dan belakang. Scary jugak sebenarnya..Terasa macam berada dalam filem thriller ala-ala hollywood "The Fog".

Cumanya bila kita merentasi kabus itu...semakin jelas apa sahaja benda yang tak terjelas kat mata sebelum tuh..semakin kita melangkah, semakin banyak keindahan ynag kita nampak...sampai kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah berjalan berkilometer jauh kehadapan meninggalkan tempat kat mana kita mula tadi..mungkin kadang-kadang kita terasa penat..tapinya sebab kita tahu yang di hadapan kita tuh ada yang menanti, kita akan teruskan juga perjalanan..walaupun kadang-kadang kita tersadung waktu berjalan atau terkejut dengan benda yang kita tak tersangka akan jumpa..

Dan saudaraku..macam itulah kehidupan ini...jangan sesekali putus asa..
Dalam apa jua keadaan sekalipun...sebabnya apa yang ada depan kita yang menyesakkan jiwa, yang melemaskan dada hanyalah 'kabus pagi' yang akan singgah sementara sahaja dalam hidup kita..kabus tuh takkan stay dalam hidup kita selama lamanya..
Cuma, beranikan diri untuk melangkah kehadapan.
Tak susah nak melangkah , kalau kita punya kemahuan..
Akan susah jika kita putus asa dan hanya berharap bantuan..Seriously!!
Sebab, selepas kita melangkah, pasti akan kita jumpa kebahagian, yang kadang-kadang kita sendiri tak sangka ia akan hadir dalam diri kita..

Dan satunya, apa yang kita nak takutkan dengan 'kabus' itu, kalau kita tahu Allah akan ada dengan kita? Kita hanya akan takut kalau kita tak yakin, Allah ada dengan kita...itu punca ketakutan...dan itu jugak akan membawa kita tak pasal-pasal pada putus asa itu.. 
Yakinlah saudaraku dengan bantuan Allah.. 
Yakinlah dengan rezki Allah..
Yakinlah dengan kuasa Dia..
Yakinlah dengan doa pada Dia..

Kadang-kadang kita mudah merasa jealous apabila dengar cerita orang yang menyebabkan ternganga mulut kita..wow! bagaikan miracle! detik hati kita..

Padahal hakikatnya, peluang untuk merasakan miracle tuh, ada Allah providekan untuk setiap satu jiwa yang ada kat dunia nih.. Just tunggu kita datang ambil aje..
Tapi malangnya, kita jatuh terjelepok di tengah jalan.. jadi..konfemlah akan melepas..kan?

Jadi fikirkan balik...muhasabah balik...adakah hidup ini berbaloi..
hanya dengan putus asa ?

Saya ada jawapan. Sedara. macam mana?

"Tidakkah engkau perhatikan, bahawa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tidak ada pembicaraan rahsia antara tiga orang melainkan Dia yang keempatnya. Dan tiada ada lima orang melainkan , Dia yang keenamnya. Dan tidak kurang dari itu, atau lebih banyak, melainkan Dia pasti bersama mereka dimana pun mereka berada.Kemudian Dia memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan.Sesungguhnya, Allah Maha mengetahui segala sesuatu" (surah Al Mujadilah ayat 7 (58:7))

wallahualam.

Kommentare