Dah kenal baru......mudah jatuh cinta :)!



Basically secara logiknya, kalau kita nak kenal dengan seseorang, konfemlah kita akan cuba mengenali nama seseorang itukan? Tanpa nama, basically susah sebenarnya untuk kita nak rapat atau mengenali seseorang itu. Dengan nama berbagai topik boleh kita bincangkan, naikkan dan  dengan nama jugalah perhubungan akan mudah jadi mesra dan rapat.

Begitu juga dengan Allah.
Allah punya beberapa nama² yang Dia sendiri mentionkaan dalam kitabNya yang suci yang mulai iaitu Al - Quran. Kenapa ye Allah mentionkan nama untuk diriNya ???

Sebabnya, dengan nama, kita boleh menjadi rapat dengan Allah. NamaNya melambangkan sesuatu yang berkaitan dengan diriNya, kekuasaanNya dan kehebatanNya. Kenappa Allah berbuat begitu ye?

Sebabnya, dengan cara itu adalah lebih mudah untuk kita sebagai hambaNya nih nak mengenali dirinya. Allah 'mengajak' kita untuk berfikir sejenak berkenaan diriNya melalui nama² Nya. Allah mahu kita nampakkan kekuasaanya. Sebab kita ini manusia yang sangat lemah. Jika Allah tidak guide kita untuk berfikir, sudah tentunya kita tak mampu untuk menikmati dan menghayati kekuasaan dan kehebatan Rabbul Alamin itu. Resultnya, bila kita faham message yang Allah nak sampaikan itu adalah, kita akan menjadi hamba lebih bersyukur, dan ini akan pandu kita untuk terus berusaha dan berusaha untuk dapatkan redhaNya Yang Maha Hebat itu, SubhanAllah!

Jadinya , saya list beberapa nama² Allah beserta maksudnya yang saya petik daripada sebuah buku ynag bertajuk :'Kitab Tauhid diperakui oleh sains dan fakta', karya saudara Abdul Majid Aziz Az-Zindani :
  • Al -Hakim (Yang Maha Bijaksana) menjadi bukti kepada penciptaaNya yang penuh hikmah dan penuh dengan complexity,kita pun sudah cukup kompleks kan? SubhanAllah
  • Kita dapat melihat kepakaran setiap makhluk ciptaan Allah dan ini menjadi bukti bahawa Allah itu Al-Khabir (Yang amat dalam pengetahuanNya)
  • Setiap makhluk punya kekuatan tersendiri, tapi of courselah yang mencipta makhluk² yang itu terhasilnya daripada penciptaan Yang Maha Perkasa (Al qawiy)
  • Setiap ciptaan di pelihara Allah dengan baiknya ,mampu hidup makan bergerak , mancari rezki dan ini jmenjadi bukti yang Allah itu Al -Hafiz ( Yang Maha Memelihara) 
  • Bumi dan hidup kita, konsisten bukan processnya? Jadi sahihlah Allah ini adalah Yang Maha Esa (Al-Wahid). Tanpa tuhan yang Maha Esa, mana mampu dunia ini dapat dikawal dengan bersepadu dan konsisten.
  • Manusia ada pengetahuan bukan? Kalau makhluk pun sudah punya pengetahuan..Tuhannya bagaimana pula? sudah tentu lebih hebat..Jadinya Allah juga adalah Yang Maha Mengetahui (Al-A'lim)
wallahualam.




Kommentare