Bahaya dalam SENANG..gulp!

[kredit to one of my friend-no name]


"Maka ketika mereka meLUPAkan peringatan yang telah di 

berikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu 

(kesenangan) untuk mereka. Sehingga mereka bergembira 

dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa 

mereka secara tiba², maka ketika itu mereka diam terputus 

asa."(Al Anam ayat 44)


Fuuuhh...ayat ini memang sentap menyentapkan sebenarnya. Siapa sangka, kejayaan, kesenangan dan  kemewahan  itu  merupakan satu ujian yang BESAR dariNya. Sememangnya sangat besar. SubhanAllah...

Andaikata kita ini merupakan orang² yang berfikiran, ujian itu hanya pada orang yang di timpa kesusahan,ingatlah, kita adalah salah. Salah sesalah salanhya lah. Jangan sesekali berfikiran begitu. Kesenangan juga merupakan satu ujian terbesar buat diri kita sebenarnya.

Sekurang kurangnya, yang dtimpa kesusahan itu , dia mudah ingat akan Tuhannya. Jadi berkemungkinan pengharapan dan keteguhan hati mereka mudah untuk dikuatkan dek kesusahan yang melanda.

Tapi orang² yang di landa kesenangan dan kelapangan, You better watch out.  Kita berkemungkinan mudah untuk melupakan Dia yang memberikan segala-galanya pada kita.Bila kita enak di ulit mimpi indah, secara normanya, semamangnya , kita sentiasa mahu berada di alam mimpi itu bukan? Dan begitulah kesenangan itu itu di analogikan. Lebih menakutkan, kita tak akan perasan dan nampak perkara itu mengalir dan bereluasa dalam diri kita nauzubillah.

"Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia berkata, " Tuhanku telah memuliakanku". Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya,maka dia berkata, "Tuhanku telah menghinakanku." ( Al Fajr : 15-16)

Jadi saudara² ku sekalian. Marilah kita banyakkan muhasabah diri. 'Takut'lah anda akan kesenangan. Kesenangan yang mudah membuatkan kita lupa. Jika kita terlena dibuai mimpi indah itu, hingga kita lupa akan tanggungjawab diri di dunia. Lekas² bangun menghidu kepahitan dunia, yang penuh dengan onak duri....agar kita tidak terus terlena , sehingga terjaga hanya apabila kiamat itu sudah tiba. Nauzubillahi min za lik.

Wallahualam.

Kommentare