Rawatan facial IMAN

Facial Treatment a.k.a rawatan muka,  ada siapa² pernah dengar atau pernah buat ?
(kalau tanya kaum hawa, konfem 89% daripada diorang akan angkat tangan kalau ditanya soalan nih..hehe)


Facial treatment nih tak kiralah samaada yang diupahkan orang ke atau yang self service ke, semuanya akan mengutamakan pengunaan produk² top-up facial yang bermutu tinggi, dengan harapan untuk mencantikkan wajah, walaupun kadang² ada yang wajahnya dah cantik bak Puteri Gunung Ledang dan Puteri Santubong. Kenapa perlunya semua itu ya? Sebabnya manusia inginkan dirinya sentiasa cantik dan berseri-seri dan tentulah sebab  manusia itu sendiri sememangnya sukakan kecantikan. Setuju?




Jadi, apa kaitannya rawatan facial mencantikkan muka dengan iman?


Begini, andaikatalah iman kita itu kita bayangkan seperti muka kita, mahukah kita nak lihat muka kita itu  buruk, berkedut dan penuh jerawat? Tentulah tidak bukan?
Jadi of courselah kita kena mencari 'produk²' yang bermutu tinggi yang boleh menghilangkan jerawat , kedut, freckles, kesan UV iman kita itu. Seperti contohnya mentadabburi al quran, yang mana ia akan memperhalus dan melembutkan kulit iman kita yang juga akan berikan efek paling mantop kepada satu  organ  kita yang bernama HATI. Kemudian , dengan memperhaluskan kulit iman, maka tompok² hitam atau blackspot yang ada pada kulita iman dan juga permukaan hati kita itu akan di kurangkan sedikit demi sedikit setiap hari dengan sapuan bacaan Al-Quran itu tadi.


Jadinya saudara² saya sekalian, janganlah pernah penat untuk membuat 'rawatn muka' buat iman kita. Kita sukakan kecantikan bukan? Jika muka kita hendakkan cantik, kenapa tidak pada iman kita. Jika iman kita cantik, ia akan membuahkan kesan di hati yang akan mencantikkan seluruh tubuh seorang manusia itu. Akhlaq  yang baik, aqidah yang mantap, tubuh badan yang sihat , yang kita idam-idamkan akan menghiasi kita, jika kita pandai merawat iman itu. Jadi, carilah. carilah jalan untuk mendapatkan produk² terbaik dipasaran buat iman kita. Tadaburilah Al-Quran, berusahalah mencari jalan menuju Allah, kerana, usaha itu, tidak pernah sia-sia.


"Dan Barangsiapa yang mengkehendaki kehidupan akhirat da berusaha dengan sungguh-sungguh sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik" (surah al-isra' ayat 19)


Wallahualam

Kommentare