Ku Baca Firman Ilahi, Lalu ku Tunduk
Ya Allah...tolong aku...
Bisik hati yang keluh kesah ini..
Beberapa hari hatiku tak tenang..
Gelisah.
Semua aku buat tidak kena..
Ku asyik terdengar bisikan durjana syaitan..
Arghh..
Kenapa ia bermain difikiran..
Jerit sudah ku buat..Qalam sudah ku khatamkan..
Apa yang tidak kena dengan diri ini..
Apa masalahnya..?
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang² beriman untuk khusyuk hati mematuhi
peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang² yang diberi kitab sebelum mereka, setelah orang² itu melelui masa lanjut maka hati mereka menjadi keras,dan banyak di antaranya orang² fasik- derhaka.
Al hadid : 57:16
Ku dengar daripada seseorang ayat ini..
Rebah aku..longlai..bayangan neraka..bayangan azab, bayangan sakaratulmaut datang bertalu talu..
Mampukah lagi diri ini di maafi
Kemudian ku cari jawapan dalam helaian Al-Quran , KataNya :
Itulah keterangan-keterangan mengenai (hari) kiamat yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil cara dan kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal soleh) an-naba' :39.
Allah..kurebah..
Sedu tangisku..
Maafkan aku..Maafkan aku..
Rapuhnya hubunganku..alpanya aku dengan dunia sementara ini..
Kupandang kiri..ku pandang kanan..
Semua ini milikMu..semuanya..termasuk diri kerdil ynag hina ini..
Maafkan aku atas khilafku..
Kembalikan aku kejalanMu..
Aku tak mahu rebah di pintu neraka..
Kerana yang aku cinta..hanya boleh ku jumpa di syurga..iaitu diriMu ya Rabb..
Teguhkan imanku seteguh teguhnya..
Tiada aku harap pertolongan daripada Mu ya Ilahi..
-HambaMu yang amat mengharap : NNM-
Kommentare
Kommentar veröffentlichen