sebuah cerita ttg si udin makcik leymah

Kredit : http://ahlipenyakit.com/wp-content/uploads/2012/08/Kucing-lucu.jpg
Hari hari mak leymah bagi kucingya. Bukan setakat hari ini aje.
Dah 6 tahu mak leymah komited dengan tugasanya nih.
Membela kucingnya si udin, bukan mudah.
Nak bagi makan, basuh berak, kalau zaman si udin masih kecil mak lemahlah yang akan angkut si udin punya tempat danjuga hasil buangan air. Tapi bila dah besar sikit, mak lemah train si udin untuk buang air di bilik air..

alhamdulillah. menjadi plannya. Si udin skang tak perlu di hambat lagi. Kalau nak buang air kecil mahupun besar, ia akan berlari lari sendiri ke bilik air. 
Pergh dah macam manusia lah pulak.

Ok. Kat sini bukan saya nak ceritakan ttg mak leymah mahupun si udin yang gemok lagi sekor kucing ynag comel.

Tapi nak kita tadabburi(think & refleks)  mak leymah punya sifat yang komited dalam nak membentuk diri kucingnya. Penuh dengan mujahadah(kesungguhan) dan kerajinan.

Maka hasilnya, subhanAllahkan.

Jadi as apa yang anda tgh predict dalam kepala otak masing², saya mmg tgh nak mnyeru anda untuk tingkatkan mujahadah.

Hehe cliche bukan.

Tapi kali ini bukan setakat menyeru. Saya ingin menyeru dan menyuruh.
Menyuruh jiwa kita untuk bermujahadah.Saya katakan suruh ye bukan seru.

Kalau nak menyeru, dah berasap dah telinga semua kalau nak dengar ttg seruan, sebabnya setiap kali ade aje pengisian,pastikan akan diselitkan ttg mujahadah. Setiap kali usrah,itulah msg yang akan naqibah bawak. Setiap kali dpat taujihat, itulah ynag di ingatkan. 

Tapi kita still liat. Bangun tidur malas² ,masa terbuang tak tahu kemana. Buat apa benda pon rasa berat hatta nak membaca quran atau nak buat qiam  2 rakaat.

Jadi, habaq mai, anda nak lagi seruan ataupun sepatutnya kita dah kene disuruh buat seruan? 

Supaya peringatan tuh tak jadi sekadar peringatan yanghanya di sarekan di FB ataupun Twitter .

percayalah, tanpa mujahadah dan pertambahan kemalasan , kita takkan kemana.

saya ulang. TAKKAN kemana.

Kita hanya akan jadi orang yang hanya akan melihat sahaja kehebatan orang lain bermujahadah. Dan mengaguminya.  Tapi  setakat itu ajelah (rolling eyes)

Tapi bila lihat diri sendiri, kita ketinggalan. Dalam segala hal. Dunia wal akhirat. Naudzubillahi min dzalik.

Ya, di akui,pengkahiran setiap orang takkan sama. Kita takkan tahu. Sememangnyalah tak patut kita fikirkan sbb itu urusan Allah.

Tapi , apa yang kita tahu sekarang ini, bila Allah dah buka mata dan minda, masih lagi ke nak guna ketidaktahuan itu? Itu kurang bjak namanya, bhai.

Hatta, Rasulullah pernah kata , orang yang bijak itu adalah ynag mengingati mati. So are you bijak enough? If you are, better to start think like one.

Jadi, dalam nak membijakkan diri kita , ada beberapa tips ynag saya nak sharekan untuk kita boleh sama² memulakan langkah kearah mujahadah berganda :
  1. Start dengan berniat  kita nak masuk syurga, jumpa Allah, Rasuullah dan bawak family sekali kesana.Nak senang cerita.  Kita perbetulkan Niat.
  2. Kemudian, buat muhasabah diri. Telus. Check and balance. Tuliskan segala keburukan ynag signifcant yang kita pernah buat dan vice versa. Bukan nak bongkak tapi nak reflect.
  3. Istighfar. Tak kesah samada keburukan atau kebkan kita ynag memberat. Jika banyak salah. Kita istighfar moon keampunan atas kesalahan. Jika banyakkebaika. kita mohon keampunan unuk dihindarkan daripada keujuban, takbur dan riak.
  4. Tulis improvement, untuk keburukan yang kita lakukan dan enhancement untuk kebaikan. Samada improvemet atau enhancement, letakkan sekecil² perkara dahulu dan kalau boleh jangan banyak sangat.
  5. Kemudian fikirkan secara thorough target harian,mingguan, dan tahunan. Contoh, nak hafaz Al Quran dalam masa 5 tahun, you need 3 ayat per day and could complete 1 page of hafazan per week.
  6. Start dengan ambil seminggu percubaan.
  7. Kalau tak mampu, rearrange your target. Jangan paksa,mungkin kene kurangkan sikit volumenya. Sebab kalau tak, percayalah, planning tuh akan tiggal planning shaja.
  8. Last but not least,doa, mohon kekuatan daripada Allah. Kalau boleh serta dengan titisan air mata, lebih bagus.
Jadi, selamat mencuba.

Ingat, apa yang di buat ini adalah usaha kita untuk mujahadah. 
Allah akan bantu orang yang mujahadah. Tak caya, bukak lah surah 48 ayat 4 dan juga surah 47 ayat 7.

So jangan risau. At last kalau kita meninggal di tengah jalan, kita adalah orang yang matinya dalam berjihad.

So mari kita tambahkan kerajinan, tingkatkan kemujahadahan kita.

allahualam.


Kommentare