Comitted serial lover?Are you?
Susah.Payah.Berat.Tak Mampu teruskan.
Itu yang sering berlegar dalam fikiran kitakan..tatkala mengharungi badai ujian..
Ya, ujian itu ada kalanya perit.
Ya,Ujian itu adakalanya berat dan payah.
Ya, Ujian itu adakalanya tak mampu rasanya untuk kita teruskan.
Tapi lupakah kau,
Yang...dengan ujian itu..Dia cuba mengingatkan kan diri kita yang sering terlupa ini..
untuk kembali bergantung padaNya,
untuk kembali bermunajat kepadaNya,
kerana..kadangkala kita mungkin TERLUPA padaNya seketika
ketika diri bergelumangan dalam kesenangan hidup duniawi..
tak begitu bukan?
Jadi jangan sesekali menganggap uijan itu satu bebanan,
walaupun bahumu kadangkala sudah letih memikulnya,
kerana ujian ini adalah hadiah cantik yang indah buat diri kita ,
Yang sering terlupa,
Yang sering alpa tatkala diuji kesenangan...
Allah itu Maha Baik ,
Maha Baik,
Jangan sesekali buruk sangka padaNya , kerana...
hanya Dia tempat engkau bergantung,
Tak mungkin Dia akan mengujimu dengan sesuatu yang tak mungkin tertanggung oleh mu,
kerana Dia Maha Mengetahui..
dimana kekuatan dirimu..
Hanya engkau sahaja yang menyangka dirimu lemah..
yang menyangka dirimu tak mampu bergerak maju kehadapan lg..
sedangkan..
Jika engkau selak helaian KitabNya,
sudah Dia katakan padamu, datang padaNya
mohonlah, rayulah ,merataplah pada Nya agar diberi kekuatan diri,
ketika engkau berasa lemah dan hampir berputus asa..
kerana...
Dia ada di sisimu..dekat..sgt dekat..
Dia melihatmu, dia memerhatikan perilakumu,
Jadi ambil peluang ini...
ambil peluang ini untuk mengingatkan dirrimu..
ambil peluang ini untuk kembali dekat padaNya..
Dunia ini hanya sementara,
jika engkau kejarnya secara bersungguh sunguh pon,
dengan melupai diriNya ,
akan tiada maknalah ia, kerana nanti..
ia akan terhenti jua di satu noktah..
terhenti tanpa engkau tahu bila tarikhnya...
atau dimana ia dihentikan...
Jadi ambil peluang ini..tingkatkan amalanmu mengejar negeri akhirat..agar..
dunia yang dikendong tak berciciran,
dan AKHIRAT itu engkau citakan untuk diletak dalam genggaman..
Alhamdulillah andai diri kalian itu sedang dalam ujian.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen