Siapa engkau untuk jadi hakim?
Husnuzon @ bersangka baik...kenapa ia teramat susah nak dibuat?
Mudah saja...
sebab kita lebih suka memandang kelemahan seseorang berbanding kelebihannya,
Lebih suka mencari buruk dan celanya berbanding keindahan akhlaknya,
Lebih 'menghargai' dan 'puas' dengan kesalahannya berbanding kebaikan dirinya,
Percayalah..kini..takdek manusia yang sempurna.. kita pasti ada cacat celanya,
Jadik..mengapa mahu mengadili diri seseorang..
sedangkan diri kita masih di takuk lama...
dan mungkin di takuk rendah berbanding si dia?...
yang masih tak mampu untuk memalingkan muka melihat kecacatan orang lain..
yang mungkin hanya sebesar kuman sahaja..
betullah kata pepatah melayu..
Kuman diseberang lebih kita nampak berbanding gajah yang didepan mata..
astaghfirullah hal azimm..
Jom sama2 kita memberi peluang untuk diri kita bersangka BAIK..
Dah terlalu lama kita biar diri ini di tenggelami arus prasangka..
Mengapa sering mahu mengumpul noda..
Mengapa ingin menjadikannya berganda?
Siapa kita untuk menghakim dan menghukum seseorang
walaupun hanya kata2 dan prasangka yang terletak jauh di lubuk hati?
Tanyakan pd diri, adakah dirimu sempurna? Jawapannya yang pasti adalah TIDAK
Jadi....marilah...marilah kita berubah...tinggalkan dunia prasangka itu..
mari lari darinya..
Kerna jika tidak..di SANA...jika kita pula di adili..
Pasti sukar bg kita menjawabnya..pada persoalan,mengapa kita tidak pernah atau cuba lari dari dunia prasangka itu..astaghfirullah..
"Wahai orang -orang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebagian prasangka itu DOSA, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu menggunjing sebahagian yang lain.Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya sendiri yang sudah mati?Tentu kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat , Maha Penyayang" (Al-Hujurat, 49 :12)
Kommentare
Kommentar veröffentlichen