..am i too blind before this?



...be a nature's lover..

matahari mula menampakkan sinar..
kiri.kanan.depan. belakang.
penuh badan disimbahi cahayanya.
hijau.merah.coklat.hitam.k​uning.oren. dan berbagai lagi,
mula menampakkan diri satu persatu..
satu persatu kecantikkan alam mula menunjukkan diri..
tatkala ku melalui simpang2 laluan ke tempat kerja..

SubhanAllah..
Hadiah rupanya yang Kau nak berikan padaku..
Ku sangka kehadiranku di Quakenbrück ini adalah satu ujian kesusahan..
Tapi nah..Kau berikan aku antara nikmat dunia yang terindah..
Yang masih mampu untuk aku saksikan setiap harii..
Alhamdulillah..alhamdulila​h..

Di situ terselit seribu satu rahsiaMu..rahsia kebesaranMU
Yang tak mungkin mampu untuk aku rungkaikan satu persatu..
melalui pengetahuan ku yang hanya seperti setitis dakwat pena di lautan
Namun..
Apa yang aku tahu...Engkau Maha Berkuasa dan ini buktinya..
Engkau menciptakan ini semua..
yang sangat2 indah di pandangan mata sesiapa sahaja..
yang menenangkan jiwa bila melihatnya..
yang menghilangkan kerunsingan diri..
dikala diri di himpit kesibukan duniawi..
Alhamdulillah2..hanya itu yang mampu aku rungkaikan dalam hati ini..

Alhamdulillah kerana di beri kesempatan ini..
Alhamdulillah kerana diriMu yang begitu menyayangi diri yg kerdil ini..
Alhamdulillah kerana sentiasa engkau memujuk diri ini..
dengan mengingatkan diri ku melalui keindahan alam ciptaanMu
Alhamdulillah..Alhamdulill​ah..

Jadi kawan2..alam itu indah..
Dijadikan indah buat diri kita untuk kita renungi..
untuk kita cari jalan menginsafi diri sendiri..
untuk dijadikan pendorong buat kita supaya sentiasa berterima kasih pada Ilahi,

Jadi mari kita sama2 ambil peluang ini..tenunglah alam itu..
kerana disitu kau akan lihat satu keajaiban kekuasaan Penciptamu ,
Yang Maha Kuasa, 
Yang sentiasa menghadirkan keindahan buat diri kita, 
Yang sentiasa indah di pandang mata,
walaupun...
hampir setiap hari kita seakan 'melukai' diriNya,
dengan janji yang jarang..terlampau jarang untuk kita penuhi..
Jadi..marilah..dan renungkanlah..

Kommentare