Smile is the best Medicine


....keep SMILING like smiling little forggie...

Senyum.Smile.Lächlen.
3 perkara yang serupa dalam berlainan bahasa.
Namun maknanya tetap sama.
kerana...
senyum itu amat bermakna dan tinggi ertinya buat sesiapa yang melihatnya..
senyum itu tanda mesra
senyum itu tanda sayang 
senyum itu bukti ketabahan di waktu susah
menandakan bukti hebatnya iman seseorang hamba yang merendahkan diri pada tuhan yang Esa,
senyum itu pengubat luka 
yang mampu membuat lawan menjadi kawan
yang mampu menghilangkan luka dan lara didalam jiwa
Tapi..
kadang2 mengapa begitu sukar untuk diri ini tersenyum?
terlampau banyak prasangkakah?
terlampau tinggikah ego diri?
walaupun untuk saudara sendiri?
sehinggakan dia berasa hati?
dek kerana cuka mukamu begitu tajam sekali..
berfikir dan berfikir aku berkali-kali,
buat diriku dan juga saudaraku yang sukar benar untuk tersenyum,
yang mana lebih gemar memilih untuk menghilangkan seri di wajah
berbanding rawatan awet muda secara percuma,
bukannnya susah, namun ia jua bukan mudah,
jika kita tidak mengingatkan diri,
untuk sentiasa senyum dan terus tersenyum,mengikut sunnah Rasul Ilahi,
bukan sahaja pada kawan dan saudara,
bahkan juga pada lawan yang pernah menjadikan diri kita sengsara,
senyum itu amat besar ertinya tapi hati-hati kerana jangan disalah guna,

namun Nadiah,
apalah ertinya jika engkau menasihati orang lain untuk tersenyum,
akan tetapi sukar benar untuk dirimu sendiri tersenyum,
sehinggakan selalu benar engkau melukai hati saudaramu,
dengan tajamnya cuka mukamu yang engkau sendiri adunkan,

jadi, saudara2ku..
marilah kita sama2 terSENYUM
SENYUM tatkala kita gembira,
SENYUM jua tatkala kita sengsara,
SENYUM pada musuh,
SENYUM juga pada saudara,

kerana SENYUM itu amat besar ertinya, buat sesiapa yang melihatnya,
dan juga antara jalan mudah buat kita,
dalam menggapai REDHA YANG MAHA ESA.

Kommentare