Martabatkan posisimu
Sekadar bebelan pasca merdeka.
Semenjak saya membut keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa dan wanita bekerja dirumah (SAHM and WAHM singktannya dalam bahasa inggeris) , saya sentiasa tertanya² kepada diri sendiri atas keputusan ini. Ya, jika sesiapa yang mengenali diri saya akan sedikit terkejut dengan keputusan yang saya buat. Betui ke nak jadi surirumah ni? Bukankah awak seorang yang highly ambitious. Saya kadang² meragui keputusan ni, tapi setelah lama saya duduk dan 'bekerja' dalam bidang ini. I've made up my mind. This is what i need to do and want to do. Setelah saya meneliti semua aspek dan juga setelah meminta nasihat dan pendapat dari keluarga, suami dan murobbi.
Keputusan ini bukanlah keputusan yang drastik seperti yang disangka. Malah sebelum berkahwin lagi , ini merupakan perancangan yang telah saya sematkan untuk kehidupan saya juga sebahagian daripada perancangan untuk memanfaatkan diri kepada ummah. Cuma ia tidaklah seawal ini. Tapi i have no regrets sofar about this decision.
Pada saya tidak kiralah apa pun atau dimana pon kita, yang pastinya kita tahu bagaimana nak memartabatkan diri dalam bidang yang kita ada. Saya akui, ramai yang terpaksa terjun ke dalam sesuatu bidang, kerana keperluan keadaan, kerana keperluan untuk bantu mendidik ummah, kerana tiada siapa yang mahu berada di sesuatu posisi yang membolehkan kita membantu ummah. Atau samada keputusan itu dibuat secara sukarela berdasrkan minat dan kemahuannya. Pada saya apa sahaja keputusan yang kita perbuat, itu terpulang pada kita, selagimana kita tahu apa yang kita buat itu ada tujuan, kita sedar dengan akibat dan manfaat kita buat, apa sahaja pun bidangnya dan juga setelah lakukan isytisyarah(meminta pendapat), maka buatlah. Selagimana ummah boleh mendapatkan kebaikkan dan juga selagimana ianya dapat membantu membumikan tarbiyah islam dimana kita berada. Maka perbuatlah.
Cuma persoalannya, disebalik macam mana pon keputusan ynag kita buat, samada suka atau tidak, sukarela ataupun tidak, kita PERLU memartabatkan keputusan ynag kita buat sebaiknya. Dan juga dengan memartabatkan apa yang ada, kita akan mampu membuka mata ummah. Membuka mata ummah yang sesuatu pekerjaan didunia ini, apa pun ia adalah mulia selagi mana kita buatnya kerana Allah. Siapa kata surirumah tidak mampu berjaya seperti orang dibidang professional yang lain? Siapakata seorang doktor tidak mampu berbuat selain daripada pekerjaannya mengsantuni pesakit? Siapakata juruter pekerjaannya hanya dengan robot²? Siapakata arkitek hanya mampu membina bangunan? dan siapakata pensyarah hanya mampu menjadi orang ynag mengajar? You have made your own choice to be in that position dan martabatkan ia. Kembangkan ia.
Jika kita jadi professional, jadilah professional yang berkebolehan dan mantap. Jika kita jadi surirumah, jadilah surirumah yang ada banyak lapangan dan berdaya tinggi. Discover dan berani mencuba benda baru. Saya sangat mengagumi beberapa figure yang berkebolehan. Beliaulah pakar dibidang professional, beliau juga aktivis yang berjaya, beliau jugalah busssinessman yang berjaya.
Nah, ada yang kata. Owh beliau berjaya kerana beliau berkebolehan. Saya sangkal statement itu. Kita semua pon berkebolehan. Hendak ataupun tidak sahaja.
Manusia itu seperti logam. Terpilihnya ia semasa jahiliyyah, terpilihnya juga ia semasa islam, sekiranya mereka faham. (sahih bukhari)
Come on, we can do more than that. Cuma kena tahu mana niche yang hendak kita pergi. Tak semua orang boleh lakukan perkara yang sama. Kita ada kelebihan kita yang tersendiri. Jika kita terpaksa jadi surisumah, maka jadilah surirumah terbaik dan serba boleh. Begitu juga dengan lapangan yang lain. Jadilah yang terbaik. Creme de la Creme kata orang² French. Sistem Kapitalisme sebenarnya sedikit sebanyak membuatkan kita tak cukup kreatif sebenarnya. Bukan hendak menyalahkan sistem itu, tapi sistem itu telah membutakan banyak mata dikalangan kita sehingga menampakkan, hanya sesetengah bidang itu sahaja yang dimartabatkan sebagai professional, dan kita terhenti setakat itu.
Sayangnya sedangkan di dalam al quran, ada spesifik doa ttg ilmu..Allahumma zidni 'ilma (ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuan ku)
Begitu juga dengan ayat dari surah ar Rad ayat ke 11 yang berbunyi ' Bagi tiap² seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa ynag ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan pada sesuatu kaum bala bencana(disebabkan kesalahan mereka sendiri) Maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkannya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.'
Maka keputusan ditangan anda. Anda membuat pilihan dan jangan membuatkan pilihan itu mengekang anda untuk terus memilih. Pilihlah untuk memartabatkan diri dan bidang kita kerana Allah, sebab Allah akan buka ruang lebih luas untuk kita manfaatkannya sehingga mati. Jika anda adalah seorang arkitek yang suka memasak, maka kembangkanlah potensi masakmu disebalik kerja² arkitekmu.
p/s: selamat hari merdeka, moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa merdeka kerana menuruti perintahNya.
Allahualam.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen