Pelik Tapi Benar
Pelik tetapi benar.
Di kala islam di pandang kolot , ada segelintir daripada jiwa² besar dalam masyarakat yang menyedari kehebataan Deen yang Allah kurniakan ini.
Deen ini melengkapkan diri bagi yang memahaminya keindahannya. Momokkan yng menyebabkan 'imej' deen ini buruk amat memedihkan jiwa.
Sebabnya, al Haq(kebenaran) itu tersembunyi, tersembunyi disebalik keburukkan yang digembar gemburkan. Di sempitkan skop deen yang sangat sempurna , lengkap dan saling melengkapi ini kepada suatu skop yg teramatlah sepit. Dikatakan deen ini hanya untuk orang masjid dan hanya berkenaan halal dan haram.
Walhal inilah Rahmat kepada seluruh alam.
Buktinya, jika anda tidak pernah melihat sejarah, silalah bongkar. Kenal Empayar Abassiyah? Di zaman ini, tiada yang kemiskinan, ilmu yang mencatur peradaban masa kini, didatangi hampir keseluruhannya dikala empayar ini.
Oleh siapa?
Oleh orang yang memahami islam itu
Iya, kita mampu hebat dengan islam.
Kerana islam adalah segalanya, untuk setiap jiwa.
Tidak kira siapa kita, siapa bangsa kita.
Cuma, macam mana untuk kita terjemahkan kehebatan islam yang penuh dengan warna warni ini?
Ada bermacam caranya. Kita boleh menyampaikan melalui apa sahaja medium yang kita mampu.
anda terrer tulis, maka tulislah.
anda pandai buat baju? maka buatlah.
Anda pandai berkata? maka banyak berkatalah.
Anda pandai membuat manik² comel yang dijadikan gelang, maka ciptalah
Asalkan medium itu masih tidak melanggar syarak, insyaAllah ok sahaja.
anda terrer tulis, maka tulislah.
anda pandai buat baju? maka buatlah.
Anda pandai berkata? maka banyak berkatalah.
Anda pandai membuat manik² comel yang dijadikan gelang, maka ciptalah
Asalkan medium itu masih tidak melanggar syarak, insyaAllah ok sahaja.
Cubalah sampaikan keindahan islam, pada yang memahami.
Pada yang baru nak memahami, bacalah sirah, bukaklah lembaran sejarah, atau bertanyakanlah kepada yang memahaminya.
Kerana apa? Sesuatu yang berharga seperti islam amatlah rugi kalau kita tak cuba nak ambil tahu tentang. Ia bagaikan kita dapat durian runtuh, kemudian kita membiarkan sahaja hadiah kita yang kita ada itu tanpa menoleh sikit pon atau nak membelek pon.
Rugi kan?
Jadi jomlah!
allahualam
Kommentare
Kommentar veröffentlichen