Yep, semudah membuat pancake coklat 'fluffy'
Tertanya dahulu saya suatu ketika bagaimana mahu buat pancake beserta coklat sebagai isinya.
Bunyinya mudah, tapi isi resepinya, boleh tahan juga banyaknya. Kussss..semangat dibuatnya..^_^
Tapi bila dicuba , ianya amat mudah dan menghasilkan satu pancake yang enak. tambahan pula dicicah bersama madu dan dinikmati sewaktu kedinginan.
Wow! Sekali cuba, nak lagi dan lagi.
Bila teringatkan pancake coklat ini, terrefleks saya pada sesuatu perkara dalam hidup kita yang tinggal berapa kerat aje lagi ni.
Iaitu USAHA.
Pancake coklat panas yang manis dan enak bercecahkan madu tidak akan menjadi jika tidak kita cari resepinya, berpenat lelah memasaknya, menyediakannya dan juga memakannya. Itu semua memerlukan usaha yang bukan sedikit jumlahnya. Jika tiada usaha , maka akan hilanglah penangan nikmatnya.
Semacam itulah kehidupan. Kita sering membayangkan kehidupan yang bahagia, sedangkan kita masih bermalasan dalam bekerja, sebagai contohnya. Jadi diceruk manakah hendak kita jumpakan kebahagiaan itu. Kalau menunggu sememangnya sampai berjanggut pon ianya takkan datang bergolek.
Usaha itu perlu semangat.
Usaha itu juga perlukan tenaga.
Usaha itu perlukan pengorbanan, jika tidak mampu banyak, bermulalah dengan sedikit.
Bila bicara tentang bahagia, bahagia yang kita nak adalah selepas berakhirnya kehidupan kita di dunia. Itu adalah kemuncak bahagia. Tapi tak pul saya nafikan kebahagian didunia. Sebenarnya, jika bahagia di hari akhir yang kita kejarkan, pastinya tidak akan terlepas kebahagian didunia.
Dan Abu Bakar as siddiq pernah mengatakan 'Engkau akan temui kehidupan jika engkau mencari kematian'. Sangat dalam maknanya jia kita benar-benar memikirkan apa yang beliau maksudkan. Kalau dalam bahasa mudah, jika engkau hendak bahagia didunia maka, carilah makna kehidupan di hari akhir nanti; SYURGA.
Syurga. Demi tuhan yang memegang nyawa saya, cuba beritahu saya siapakah yang pernah mengucapkan kalimah syahadah yang tidak mahukan syurga.
Pelik juga jika ada yang mengiyakan. Seakan seperti seseorang yang sudah penat membanting kerja siang dan malam, kemudian dikatanya, "aku tak perlukan gaji".
Jadi untuk dapatkan syurga itu ianya memerlukan usaha. Iya, mungkin jika hendak dikupas tentangnya, takkan pernah habes usaha-usaha yang boleh kita lakukan untuk dapatkan syurga. InsyaAllah kalau ada kesempatan, saya akan cuba menulis tentangnya.
Cuma usaha untuk ke syurga itu memerlukan semangatnya, tenaganya dan pengorbanannya untuk menghasilkan titik tolak pertama ke arah syurga itu.
Teringat saya berkenaan dengan kisah sahabat yang bernama Amru bin Thabit yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w sebagai penghuni syurga hanya kerana dia berusaha bersungguh menunjukkan syahadahnya ketika di perang uhud. Dia berjuang dengan penuh keikhlasan hati kerana Allah dan RasulNya, sehingga dia terbunuh, walaupun di masih lagi merupakan seorang yang sangat baru memeluk agama islam yang suci itu.
SubhanAllah. Itu takkan terjadi sekiranya dia tidak mengkerahkan seluruh tenaga dan juga semangatnya untuk menegakkan panji Islam.
Dan itu memerlukan usaha.
Jadi bagaimana kita yang diberi kesempatan untuk mengharungi kehidupan setiap hari? Bernyawa, berjalan, makan dan minum setiap hari?
Apakah usaha kita?
Jadi jom kita mula.
Disini saya senaraikan 3 perkara yang kita boleh mulakan untuk meningkatkan usaha.
1- Niat . Peruntukkan niat kita untuk mendapat syurga Allah dan redaNya
2- Bermula dengan sedikit tetapi berterusan.
3- Setkan target atau sasaran. Danjika tercapai dipertingkankan.
Allahu'alam.
p/s : blog menghadapi sedikit perubahan, begitu juga bentuk penulisan in the future.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen