Kita akan cerita, bila kita cinta

Kata seorang sahabat 'kita akan bercerita, bila kita cinta'.

Mantap. Itu yang saya terfikirkan tatkala pertama kali mendengar ayat itu dari seorang rakan baik. Kerana untuk kita bercerita kepada seseorang yang kita tidak cinta, amatlah susah.

Jika antara kawan baik(BFF) dan kawan biasa, dengan siapa kita akan lebih bercerita. Anda lebih tahu jawapannya , bukan?

Jadi saya secara automatik terfikir tentang satu perkara.
Perkara dengan Allah.
Sejauh mana kita mencintai atau cinta akan Allah.

Dengan sedikitnya jumlahnya kita bercerita pada Dia, adakah kita tidak cinta atau kurang bercinta atau tak cinta lansung?

Persoalan ini bertalu talu datang dalam fikiran ini. Sebabnya secara fitrahnya, kalau orang yangg bercerita dia tahu apa reaksi orang yang dicintainya itu. Dia mahu bercerita kepada orang yang mereka cintai itu.

Kerana hakikatnya :
Mereka akan memujuk, jika kita sedih.
Mereka akan mendengar dengan penuh empati.
Mereka akan memberikan perhatian tak berbelah bahagi.
Mereka akan cuba menenangkan perasaan kita.
Mereka harapkan semua yang terbaik dan kebahagiaan kita.

Adakah itu semua tiada pada Allah yang Maha lembut itu?
Sedang Allah sudah berkata dalam surah al baqarah ayat 186.

'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.'

Sedangkan kita tahu manusia itu tidak maksum melainkan nabi dan para Rasul. manusia yang tidak maksum ini ada kebarangkalian untuk lebih menyakiti berbanding membahagiakan.

Tak sepatutnyakah kepada Allah lebih kita utamakan untuk bercerita? Owh , jangan pula salah faham disini. Bukan bermaksud kita tidak boleh berbicara dengan manusia disini. Tapi dimanakah kita letakkan keutamaan itu?Allah dahulu sebelum manusia, atau sebaliknya. Sebab saya tidak menolak lansung konsep, curahan hati(curhat) yang sememangnya menjadi keperluan psikologi seseorang manusia ye.

Cuma sekarang ini, untuk kita lebihkan bercerita dengan Tuhan yang memiliki segalanya itu,adalah sangat perlu utk kita lebihkan berdoa dan bercerita kepada Dia dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar perkara. Tak perlu anda hanya menuggu waktu selepas solat baru hendak bicara. Jika kita cinta, kita mahu cerita sepanjang masa!

Ketika keletihan selepas kerja,selepas menjaga anak, sewaktu makan, sewaktu berjalan-jalan melihat alam. Bicara pada Allah, nescaya Dia akan bicara semula pada kita. Dalam hati kita dan dalam kehidupan kita. Ketenangan , keringanan, kebahagiaan. Itu cara bicara Allah pad kita yang tak mungkin kita akan dapat daripada mana-mana manusia kini.

Jadi, jom bicara dengan Allah!

Allahu'alam.




Kommentare