Jangan bermimpi jika tauhidmu lesu!
Zaman sekarang nih, dakwah berkembang
secepat tumbuhnya cendawan selepas hujan.
Hebat, pelbagai, bermacam bentuk wadah
dan kreativiti.
Hanya utk membangkitkan ummah yang dah
jatuh terjelepuk lesu tak bermaya ini.
Namun satu perkara yang saya secara
peribadinya merasakan sangat ralat dalam 'kesibukkan' kita mentarbiah
ummah pabila kita mengekang kesuburan iman dalam hati.
Mengekang bagaimana?
Dengan mengekangnyanya amalan kita.
Dengan merasakan, aku buat dah banyak nih. Setiap minggu berprogram,
melaksanakan amal jamaie yg tak pernah putus.
Kadang sampai lupa untuk kita
bermuhasabah. Tatkala Allah menegur kita dengan ujiannya kita
terpana. Terkejut sehingga memfuturkan. Ditanya, kenapa ujian ini
yang Allah berikan. Walhal itu satu tarbiah terus dari Allah
membangkitkan jiwa yang lemah dihipokritkan dengan gerakan tubuhnya
sahaja.
Dan kita yang bersalah sebenarnya
kerana 'meninggalkan' Dia pada pertama kalinya.
Dalam kupasan berkenaan asas² islam ,
imam al maududi rahimahullah ada mengatakan yg kesan tauhid yang
mendalam itu adalah teras dan kekuatan sebuah gerakan dakwah itu
sendiri.
Kefahaman Tauhid yang membenam akan
melahirkan daie yg sangat mantap. Tak hairanlah seorang ustaz pernah
berkata, jika kita tidak kuat ruhinya dengan Allah, pastinya,
bergerak macam mana sekalipun kita pasti akan tergugur suatu hari
nanti.
Kerana jalan yang pasti ini panjang dan
berliku. Ia ada turun naikknya. Ada duri dan penghalangnya.
Jika tidak kuat dalam nya , hanya
bergantung pada luaran, ianya adalah sangat rapuh. Kerna dengan
kekuatan dalaman yang subur cinta dan kedekatannya pada Allah;
akan lahir
- jiwa yang berpandangan luas, kerana ia tahu semuanya milik allah didunia ini
- jiwa yang berani , kerana ia yakin hanya Allah yang berhak mematikan, gerakannya takkan pernah lesu dengan semangat,
- Jiwa yang murni dan mulia , kerna ia tahu milik Allah semua kekuatan dan dia tahu mudharat dan manfaat itu dalam kekuasaanNya
- Jiwa yang penuh kemuliaan tanpa ada sedikit pun cebisan kekotoran hati dan dihindari penyakit hati kerana ia tahu rezki, gagal dan berjaya seseorang hanya dalam kawalan Yang Maha Esa
- Jiwa yang tawadhu' dengan keyakinan bawa perkara baik dan buruk berlakunya kerana Allah izinkan.
- Jiwa yang tidak pernah putus asa dan patah hati dalam apa jua keadaan, malah akan usahakan dengan lebih bersungguh jika ternampak sebarang kekuarangan dan ketenagan yang hakiki
- Jiwa yang tahu tiada jalan lain baginya melainkan dengan membersihkan diri dengan amal sole utk mendapatkan kejayan dan kemenangan
- dan jiwa yang punya kekuatan besar, azam yang tinggi kerna dia yakin dengan sempurna Yang Maha Esa akan bantu dirinya dala apa jua keadaanya
Secara teorinya, hebat bukan? Kita
impikan bukan?
Tapi persoalan, sejauh mana amal kita
untuk mentarbiah jiwa yang lemah ini.
Jangan berlengah wahai daie.
Cari penghargaan Allah dengan dekat
padaNya. Cengkamkan jiwa dengan ketauhidan yang membenam ttg Allah.
Tidak dapat tidak, perlu kita lakukan,
perlu kita usahakan.
Kita mahukan syurga atau tidak
sebenarnya nih?
Jika ya, usahalah!
Jazakillah khairan Kak Nadiah
AntwortenLöschenwaiyyaki
Löschen