Niat itu Bicara Jiwa
Niat satu bicara pada jiwa
Tak tersuara tapi nampak diriak anggota
Kadang baik dalam istiqamahnya
Kadang buruk tak tahu macam mana nak kata
Tapi ketahuilah,
Daripada niat bermula segalanya
Ibadah dikira pahala yang berganda
Niat yang kcil jangan di pandang hina,
Jika kerana Yang Maha Esa,
Pasti akan mampu menolong kita disana
Jangan kerana niat kita tercela,
Kerana daripada niat meng'define'kan siapa kita,
hatta dimana kedudukannya!
Niatkanlah yang besar semata,
Agar kerja kita BESAR sentiasa
Perkara remeh bagaikan angin lalu sahaja,
Tak terganggu dek perjalanan jauh kita.
Tak terganggu dek perjalanan jauh kita.
Bukanku kata mahu kejar UA semata,
Tapi kerana cinta pada Allah dan RasulNya
akan ku kejar semua!
Dan UA itu tanda cinta kita padaNya!
Kerana
jika kita sentiasa berkecil kecilan sahaja,
UA pasti dirasakan hanya perjalanan jauh sahaja,
Meraih cintaNya bukan cukup hanya cukup makan sahaja,
Adakah kita buat kerana diri KITA semata,
atau kerana cinta dan juga janjiNya..
Yang pasti tiba..
Allah..syurgaMu itu sangat mahal tak ternilai hargaNya,
Marilah kita bergandingan bahu bersama ,
Bermula degan Niat kita melangkah bersama,
Toleh ke belakang bukan kerja kita,
tapi kita meredah belantara rimba,
kerana kita tahu, dihujungnya ada Dia, Syurga, dan juga RasulNya!
allahualam
*UA= ustaziyatul alam
Kommentare
Kommentar veröffentlichen