Qudwah dai‘e tidak melatah


Sebagai du’at yg melaung laungkan semangat membawa janji Ilahi, kita sentiasa menjadi atau terperosok dalam perhatian masyarakat.

Tidak kiralah samada komuniti itu kecil atau besar, kita akan jadi tunggak utama perhatian masyarakat. 

Pantang kita berbuat silap ataupun terlari qudwah sedikit, pasti kita akan menjadi topik perbualan hangat dikalangan masyarakat..

Mungkin kerana sinonimnya pembawa dakwah dan kebaikan , sedikit kejelekan akan membawa padah kepada imej pendakwah dan apa yang di dakwahinya juga.
Pfft..kalau budak usrah tuh, aku dah tahu sgt dah perangai diorang, cakap jek lebat, hah..bila mai tang kena tolong menolong, berlapang dada, habuk pon tarak!

Sentap. Tak pasal² usrah yang kena tempias..kasihan..

Atau sentap kali kedua : ‘ diorang nih, tahulah sebok berprogram sana sini..tapi takkan manner dalam perbualan telefon tu takde..tup² habes jek perbualan terus letak..salam ke ape takde..ape diorag igt diorang je ke yg sebok dalam dunia nih..
Luah seorang rakan..terhadap akhlaq rakannya yang ‘lebih baik’ itu.

Begitu, qudwah itu memainkan peranan.
Qudwah dari du’at itu adalah juga apa yang didakwahnya. Kata seorang murobbi, dakwah akan meminta apa yang kita dakwahkan.

Pelbagai analogi ynag mengatakan dakwah itu akan menjadi berat kepada mereka yang menanggungi beban jahiliyyah. Jahiliyyah yang merosakkan atau terhalangnya pancaran qudwah itu dari menyinar.
Kerana apa, kerana islam dan jahiliiyah takkan boleh bersatu, ini sudah secara clearnya difirmankan Allah dalam surah ‘Al kafirun’. Penegasan berulang kali, secara ‘loud and clear’ telah ditunjukkan oleh yang Maha Kekal.

Usaha untuk berqudwah

Tatkala kita dah mengetahui yang jahiliyyah itu takkan bersatu dengan islam, jika masih ada sisanya, adakah kita mahu membiarkan sahaja.
Analogi yang sedikit kasar ‘ tatkanlah selama ini jika badan anda diselaputi tahi yang busuk, anda tak mahu membersihkannya? Hatta kalau ianya melekat sekalipun, anda akan mencari jalan utnuk membersihkannya, bukankah begitu?’
Dalam surah Ar rad ayat ke 13:

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Jadi.  Takda alasan, bukan?

Alasan du’at zaman sekarang ,memang cukup sempoi..mengalahkan pendakwa raya. Tatkala disuruh turun padang; macam² alasannya, penatlah, takde masalah, sakitlah, peninglah , demamlah, demam kura kambing ayam itik..semua ada!
Fuuuh..berpeluh memikirkannya..

Tidak ingatkah kita pada firman Allah dalam surah maryam ayat ke 70 ynag berbunyi :

Dan Allah akan menambahi hidayah petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk; dan amal-amal yang baik yang tetap kekal faedah-faedahnya itu, lebih baik balasan pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik kesudahannya.

Kita adalah manusia yang penuh pengharapan kepada allah untuk mendapatkan hidayah yang berterusan.

Tapi kalau usaha kita bagaikan suam suam kuku sahaja, bagaimana kita mahu expect allah untuk memberikan kita itu semua. Dalam tahajjud, kita memohon allah memebrikan bantuan, tapi jika kita berhadapan dengan manusia, samada a ikhwah akhawat sendiri atau masyarakat, kita mula menunjukkan belang jahiliyyah.

Alasannya : terimalah aku seadanya , aku memerlukan masa untuk berubah.
Ya, memamg, masa yang diberikan itu perlulah selari dengan usaha yang dilakukan. Kalu pengharapannya  sampai nak masuk list ke seribu, tapi usaha list pertama pon tak lepas, apa ynag anda mahu sebenarnya.

Sahabiah tatkala mereka bertanyakan kepada Rasulullah apa ynag perlu dilakukan untuk masuk syurga, tengoklah apa tindakan mereka. Bukannya beralasan, bukannya berlengah.

Ambil contoh abu sufyan  r.a, tatkala panggilan islam itu menyapa dirinya, beliau terus meninggalkan jahiliyyah serta merta.. dipecahkan segala berhala, ditukar prinsip dirinya, dibuang segala ego ynag membekas! Di ajak pula isterinya untuk menganut agam allah yang satu itu! Dan sanggup berjuang sehingga buta matanya yang sebelah.

Nah, jika sahabat ini beralasan, sebagaimana kita beralasan, pasti bukan begini dalam sirah yang dicatitlkan.
Namun contoh daripada sahabat, semuanya jauh daripada apa yang telah kita pamerkan begini.
Mereka tak mencipta alasan, tapi mencari jalan, menepus alasan.
Meraka berusaha untuk beramal, bukan mencari alasan yang terbaik selepasnya.
Mereka bermujahadah dengan mengikat mulut dr beralasan. Jika alasan itu diberikan padanya, akan ditepisnya bagai angin lalu sahaja. Contohnya ada juga pada tabi’in kita iaitu imam ahmad rahimahullah.

Qudwah dalam usaha

Ya. Ada yag mengata sangat tidak adil jika kita membandingkan diri marhaen kita dengan para sahabat.

Ya , mereka adalah antara produk terbaik. Produk contoh, tapi apa gunanyalah produk contoh, jika kita tak cuba ambil iktibar.

Mengejar syurga tanpa disediakan contoh adalah amat payah. Jika nak memasak anda perlukan rsepi, ini kan pula syurga.

Ikhwah wa akhawati fillah..kita mengejar kesempurnaan , tapi saya tak menafikan ketidak sempurnaan yang kita ada kini.

Ya, akhlaq kita bukan seperti mereka,
Kekuatan kita tak juga seperti mereka,
Mungkin mujahadah kita juga tak seperti mereka.

Tapi tahukah kita dalam kita bermujahadah menggapai qudwah yang kita rasa tak mungkin kita capai, disitulah terpancarnya qudwah dari kita.

Qudwah dalam mujahadah kita memenuhi tuntutannya drNya.
Usaha kita untuk menggapai akhlaq terbaik, menurunkan ego ynag membekas, bercakap baik tatkala orang berkata kasar dan buruk.
Mempamerkan senyuman pada yang mengcemberutkan muka.

Wallahi kekuatan itu datangnya dari allah SWT jua.
Apa yang mampu buat adalah USAHA. MUJAHADAH.
Berkorban segala sisi, tenaga, masa , susah payah menanggung perasaan.

Cuma sekarang ini, terpulang pada kita.

Yang mana kita mahukan. Masih berada jauh dilubuk hitam berkarat, atau kita mahu sempurnakan akhlaq ini yang akan terus menyinarkan qudwahnya tanpa perlu kata² hata pon suara terkadangnya.

Dan ingat, kerana hendak memenuhi kesempurnaan akhlaqlah rasulullah SAW diutuskan bukan.

Jadi, apa tunggu lagi,

Mari sempurnakan akhlaq mulai hari ini.

Moga Allah permudahkan.

Allahualam



Kommentare