Selagimana tiada cop G.I.L.A

Dari tadi Aina pandang aje BFFnye aisyah, ke sana kemari, ke sini kesitu.

Sekejap kat tikar sejadah, sekejap baca quran,

sekejap check tepon, sekejap dia mop lantai , sekajap dia buat itu dan ini.

Aina yang melihat sahaja dah terasa penat.

Infact begitulah hidup rakannya itu aisyah. Setiap hari. Ada sahaja perkara yang dibuatnya. Nak kata lekat kat rumah tuh, memang payahlah. Kalau lekat tuh, memang boleh dikatakn setahun dua tiga kali gamaknye kot.

Hairan aina. Aina tahu Aisyah sering mewar-warkan kerja² dakwah dan tarbiah katanya. Pernah juga diajaknya oleh Aisyah masuk ke bulatan gembira, tapi ntah...belum terbuka kati kot. Baik nafsi² aje lagi senang.

Cuma satu perkara yang aina perasan, walaupun se'hectic' itu hidupnya, sepenat mana pon keadaannya, aisyah tak pernah mengeluh walaupun sekali.

Aisyah malah boleh tersenyum. Dengan senyuman yang lebar dan manis pulak tuh!

Malah dia akan menangis hiba pabila perkara seharian yang menjadi kegemarannya tak dapat dilksanakan. Ataupun dalam seminggu itu dia tidak berkontek dengan mana² ahli bulatannya gembiranya.

Malah juga, aisyah tak pernah mengabaikan dirinya, walaupun dirinya sehectic itu. Setiap kali pulang dari tempat kerja, pasti akan dibelikan aisyah goreng pisang kegemarannya. Aisyah ambil tahu masalah dirinya dan pelbagai hal lagi yang tak diceritakan disini.

Memang super dan memang GILA pada masa yang sama kerja aisyah ini.

Apa yang dia dpat dengan susah payah nih?

Selalu didahulukan diri orang lain berbanding dirinya.

Tapi hari nih aina geram. Dia mahu tanya. Mahu tanya aisyah persoalan yang menghantui dirinya.

"Aisyah, sini kejap, nak tanya sikit nih".

Aisyah datang dengan senyuman manis dan duduk disebelah aina, " Ye aina, ade apa?"

"Aisyah, saya nak tanya lah sikit tentang diri awak. Selama 5 tahun saya kenal dengan awaklah, saya nampak hidup awak hari² dalam struggle. Awak selalu kejar banyak perkara, buat banyak benda, susahkan diri untuk orang lain, malah untuk saya juga tidak terkecuali"

"hmm...apa yang awak dapat dari buat benda² nih semua?, sebab orang gila aje kot nak buat kerja macam awak nih" kata aina separuh berseloroh

Aisyah tersenyum. "sebab saya nak jadi orang gilalah saya buat tuh semua"

Aina  konfius.

"iye aina, saya nak jadi orang gila. Gilakan syurga"

***************************************************************************

Kita Mahu jadi gila 

Kalau disoroti surah al Qalam, Allah memujuk Nabi Muhammad s.a.w dengan mengclaim dirinya tidak gila.

Nabi saw yang mulia itu dipanggil gila kerna kerjanya. Kerjanya yang gila².

Ada satu murobbi berkata ' selagimana tiada orang yang certified kita buat kerja gila, selagi tuh, kita kene tambah mujahadah, tambah usaha, sampai ada orang seru kita seperti itu, sebab nabi pon di panggil gila.

Kita nak gila² dalam nak beramal.

Kita nak gila² dalam berakhlaq dan bequdwah.

Kita nak gila² dalam bermujahadah.

Kita nak gila² bekerja mentarbiah.

Mungkin hasil kerja gila kita itu, kita takkan ada masa sangat untuk diri.

Dapat duduk kat rumah, kita setelkan hal rumah dan kualiti time dengan keluarga dan anak². Kita bergaul dengn mereka atas dasar ilallah.

Ketika diluar, kita gigih mentarbiah membina jiwa² diluar dengan program , usrah dan mana² wasilah lagi yang diperlukan. Tatkala seruan dakwah datang, kita sahut dengan penuh semangat.

Malah, kesudahannya, Kita takkan cukup tidur, makan sekadar mencukupkan nutrien seharian untuk terus bergerak badan sengal² sepanjang hari , kulit mungkin nampak sedikit kusam dek keletihan.

Tapi hasil yang paling indah adalah kita masih lagi mampu tersenyum dengan manisnya.

Kerehatan = kelalaian Daie

Pada seorang daie, tiada dalam diarinya kelelahan yang tidak mengaysikkan.

Bagi seorang daie, susah itu indah. Keletihan itu bermakna dirinya tidak dalam kelalaian dan kerehatan dan kelalaian itu adalah satu taboo buat dirinya.

Jika dirinya sudah nampak berada di zon selesa, dia akan mula merangka jalan untuk menghindarinya. Dicarinya ilmu, peluang² mentarbiah manusia² diluar sana.

Jika daie itu berhenti walaupun seketika, sedarlah yang perkara itu merupakan satu kerugian walaupun setakat satu saat.

Qiamlah tatkala kita punya tenaga kerana itu sumber kekuatan kita.
Bacalah quran sebusy mana pon kita sebab itu menjaga hati kita.
All outlah dalam amal dakwa dan tarbiah, mendidikdan mendidik terus manusia.

Jadila daie yang bergaul supaya kita tidak dikira bermain main.
Timbalah ilmu, supaya akalmu tidak tumpul.Jiwamu sentiasa subur dan amalmu sentiasa cerdas!

Jagalah rumah dan seisi keluargamu agar dia menjadi qudwah yang secara tidak lansung kepada ahli keluargamu dan juga masyarakat.

Dan kerja daie itu penuh sempurna.

Segala sisi perlu ditunaikan haknya. perlu ada qudwahnya,

perlu ada mujahadahnya,

SEBAB , kita tiada masa yang banyak lagi. Masa dan ajal sedang mengejar, jika kita tidak all out sampai naik gila, jadi bagaimana?

Jadi saya ingin bertanya satu soalan cepumas;

Masihkah kita tak mahu menjadi GILA?





Kommentare