Dunia nih macam gudang toy r us!

Hari ini tetibe sahaja selepas siap menunggu proses simulation yang memakan masa setengah setiap satunya habes, hati saya nih tergerak utk mendengar lagu siti nurhaliza. Tetibe aje. Saya sendiri pon tak tahu kenapa. Basically dah lama saya tak dengar lagu cik siti nih.

Kemudian saya capai handphone dalam beg, saya browse dalam you tube dan mainkan lagunye bersama hafiz AF yang bertajuk 'muara hati'. Berkali selepas saya habeskan saya ulang sekali lagi dan lagi dan lagi.

Sedap lagunya. Bisik hati kecil nih.

Saya mainkan lagu cik siti nih berkali kali hatta dalam perjalanan menuju ke masjid utk solat. 

Sampai di tempat wudhuk, baru saya berhenti mendengar.

Ketika mengambil wudhuk tetiba saya terasa tersentak. Terasa terkilan. Terkilan kerana tak menyedari, hanya mendengar lagu yang tak sampai 5 minit tuh selama 2 jam lamanya! Di ulang dan di ulang lagi..
Ketika itu saya bisik pada diri "oohh ini rupanya dia...permainan yang Allah sentiasa sebutkan  dalam Al quran ini..senda gurau belaka.."

"Hmm..mmg betul pon permainan."


Mana taknya saudara..tatkala kita berada dengan permainan ini..kita akan leka dengan keseronokkan sementara yang dibisikkan syaitan dan di api apikan oleh nafsu kita. Secara normal bila tengah dok ralit dengan permainan nih..kita akan bagi berbagai alasan untuk terus bermain dengannya..selepas beberapa ketika bermain...samapai satu ketika kita akan buang dan tinggalkan..dah kata namanya permainan..ape barang kalau kita ade satu sahaje..mestilah bosankan..jadi kita akan terus mencari permainan baru..berganti satu selepas satu..

Perkara ini adalah suatu yang normal sebab..itulah sifat fitrahnya perkara² lagha..membosankan..walaupun nampak cantik daripada luar..
Mengosongkan jiwa sebab kita tak dapat apa2 pon melainkan keseronokkan sementara yang kita sangka akan bertahan lama.

Walhal saudara..kalau ayat al quran tuh yang kita baca amati, 'bermain dan bergaul' dengannya..lain kesannya..saya challenge saudara untuk buat satu perkara : selama 40 hari..anda hanya cuba dengar al quran, baca dan amati ayatnya..tabpa ada gangguan lain..kemudian setelah 40 hari..anda cuba dengar satu lagu..tanpa menyentuh al quran sedikit pon.. Akan terasa perbezaannya..saya boleh guarantee kat sini..

Sebab al quran..fitrahnya menyembuhkan, menggembirakan dan menenangkan yang memang berlawan dengan perkara lagha dunia nih..especially permainan2 murah kat dunia nih..

So dunia ni dah mmg seakan ladang toy r us utk permainan2 lagha nih. Banyak sangat 'toys'nya..berjenis-jenis....sapa yang masuk  ke dalamnya tanpa bawak ubat(al-quran) atau takda mind set nak gunakannya utk kesenangan diri dalam jangka masa yang infniti...mmg akan jadi macam kanak2..duduk di satu corner..excited bermain dengan permainan yang ada...bila dah bisan ngan satu..akan cari yang baru..lagi dan lagi dan takkan berenti kanak2 melainkan kita paksa dia berenti ataupun bila ladang itu yang hancur dan dah takde lagi dah permainan yang boleh di mainkan lagi..Allah...

So hari nih..benar-benarnya Allah nak tunjukkan..takde ape nye dengan dunia nih..akan sangat2 bosan..melainkan kalau kita manfaatkannya untuk kesenangan akhirat..

Perkara yang kita buat utk kejar akhirat..samalah fitrahnya macam kita membaca Al quran..fitrahnya menenangkan..menceriakan..mententeramkan jiwa..mengubati..so jangan main lama2 ngan dunia...sbb anda akan terleka dan jatuh ke lubuk hina....tapi gunakanlah permainan yang ada..especially yang bermanfaat...sambil bawak dan sekali ubat mujarab (al quran) bersama..utk cari kesenanaNgan di hari akhir yang menenaNgkan nnt..

allahualam..

Kommentare