Rindu...
Rindu itu adalah...
Anugerah dr Allah...
Insan yang berhati nurani..
Punyai rasa rindu...
Rindu.
Itu jek mampu keluar dr mulut aku semalam walaupun sebenarnya airmata , sedu aku ketika duduk seorang diri menghadap laptop yang keras tak bernyawa menggambarkan lebih daripada apa yang terkeluar dari mulut aku.
Sesungguhnya aku tersangat amatlah rindu. Rindu sangat2.
Rindu yang tak mampu aku luahkan hanya dengan kata2.
Rindu yang dahulu aku tak paham kenapa dia boleh hadir.
Rindu yang tak boleh untuk aku ceritakan begitu sahaja kerana tiada siapa yang akan paham kecuali si Dia.
Sesungguhnya ya Allah, aku rindu pada Rasulullah...aku rindu padaMu.
Aku amat rindukan kalian.
Aku yakin ya Allah bahawa Engkau menyaksikan seduku semalam.Aku yakin Engkau sentiasa memerhati diriku ini. Aku tahu Engkau dekat dengan diriku.Aku tahu Engkau sentiasa ada disisiku. Namun ya Allah...rindu itu tetap hadir.
Aku teramat sangat merindui kalian.
Tambahan pulak bila aku mendengar kisah perjuangan kekasihMu yaAllah. Kisah perjuangan nya dalam menegakkan Islam dan menyampaikan risalah agamaMU ya Allah.
Aku terharu.Aku terharu.Aku amat terharu.
Aku terharu dengan pengorbanannya. Aku terharu dengan setiap usaha yang Rasulullah lakukan. Aku terharu dengan akhlaknya. Aku terharu tentang segala galanya tentang dirinya.
Aku terharu bagaimana cintanya dia pada umatnya.
Aku terharu tatkala melihat pengabdian dirinya kepada MU.
Sungguh aku kagum.
Nikmat yang Kau berikan padaku ya Allah, terlalu banyak.
Aku punya Rasul yang amat menyayangi diriku walaupun dia tidak pernah mengenali diri ini. Aku punya diriMUyang sentiasa ada dekat denganKU. Yang sentiasa memerhatikan diriku ini.
Yang sentiasa memberikan aku nikmat yang membolehkan aku tidur lena sepanjang malam. Ya , aku tidak pernah bertemu kalian. Ya, itu mmg benar, tapi aku yakin, sedalam dalamnya dalam hati aku yang Engkau adalah penciptaKU dan Muhammad adalah Rasulullah yang akan aku jumpa di SANA nnt. Melihat kalian di SANA merupakan hadiah yang paling best dan yang paling aku tunggu- tunggu kan sekali dalam hidup nie.
Yang sentiasa memberikan aku nikmat yang membolehkan aku tidur lena sepanjang malam. Ya , aku tidak pernah bertemu kalian. Ya, itu mmg benar, tapi aku yakin, sedalam dalamnya dalam hati aku yang Engkau adalah penciptaKU dan Muhammad adalah Rasulullah yang akan aku jumpa di SANA nnt. Melihat kalian di SANA merupakan hadiah yang paling best dan yang paling aku tunggu- tunggu kan sekali dalam hidup nie.
Sebab itu aku rasa amat rindu. Amat rindu pada kalian yang selama ini menjadi buah hati ku. Engkau yang selalu menemani, yang menghilangkan gundahku, yang memberikan segala nikmat dunia pada diriku.
Muhammad yang sentiasa memberikan inspirasi, contoh pada dirinya membuat diriku menilai.
Adakah aku hambaMu yang benar- benar bersyukur?
Adakah aku hambaMu yang benar- benar bersyukur?
Adakah aku benar - benar mengamalkan ajaranMU?
Alhamdulillah.Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah kerana ini semua Engkau berikan padaku ; perasaan ini, rasa ini.
Syukur yang tidak terkata kerana aku diberi rasa RINDU ini.
Rindu yang langung tak mahu aku lenyapkan dari hati. Rindu yang aku sanggup alami biarpon berbu ribu kali . Biar berbaldi baldi air mata dihabiskan, kerana rindu yang semacam ini adalah rindu yang patut setiap seorang hambaMu rasakan .
Ia adalah kesedihan yang membahagiakn jiwa.
Ia adalah kesedihan yang membahagiakn jiwa.
Alhamdulillah.
Kommentare
Kommentar veröffentlichen